25.8.10

Resepi Rahsia #09 :: Nasi Hujan Di Tengah Hari

Adoiyai...sejak dua menjak nih asyik hujan saja petang..lebat plak tu. Kalau panas, terik lah sgt matahari tu. Dalam saya dok potpetpotpet tu, teringat pasal nasi hujan panas. Oh resepi nih, ekceli saya agak2 saja. Dulu time study, ada menumpang kat umah makcik BFF, si makcik BFF telah buat nasi ni..dan menunjukkan teknik colouring nasi hujan panas. Jadi saya pandai2 saja lah membuat nasi ini dgn gaya anggun lagi mabeles. Kahkahkah.


~Nasi Hujan di Tengah Hari~
Bahan-bahan :
Nasi
Beras secukupnya
2 sudu minyak sapi
3 biji bawang merah -kisar
2 biji bawang putih -kisar
1/2 inch halia -ketuk
bunga lawang dan buah pelaga
serai -ketuk
daun pandan
garam dan gula
pewarna merah dan hijau yg dibenarkan

Ayam
Ayam secukupnya - perap dgn garam dan kunyit
1 biji bawang besar -kisar
3 biji bawang putih -kisar
2 sudu cili boh
4 sudu tomato puree
buah pelaga
kulit kayu manis
garam dan gula
Cara membuatnya ::
Nasi
1) Tumis bahan kisar dan ketuk dengan minyak sapi sehingga naik bau.
2) Masukkan semua bahan2 lain, masak sehingga hampir kering. Titiskan dua tiga tempat pewarna2 yg anda suka. (amaran :: jgn terlalu banyak kerana warna akan menyerap sampai ke dasar periuk). Siap!
WEeeeeeeeeWiiiiitt!
++Nama sebenar :: Nasi Hujan Panas++

Ayam masak merah
1) Goreng ayam terlebih dahulu.
2) Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili dan tomato puree dan masak sehingga pecah minyak.
3) Masukkan bahan selebihnya dan juga ayam. Siap jugak!

Waaaaaaaaaaaaaweeeeeeeeee!


Jadi semuanya boleh di makan dengan jelatah/acar timun dan juga papadom.

Papadom
1) Beli kat kedai dan goreng terus. sekian.

So complete set RM9 henggit. (hahahaha mahai tak kedai saya?)

Yummmmmmmmeiiiiyyyyyyy~!




Jom cuba try test tgk!
Selamat berbuka!

5 comments:

atulhani said...

hang ni rajin betul masak bulan posa ni yer.. siap bagi resepi ehehhe.. bagus2...! cemerlang..

^wirda^ said...

sbb aku tak rajin membeli..dua kali aku beli semua hancus selera..yg sedap semua jauh2..so kenalah berusaha gigih! hahha

b said...

yes...mase nak berbuka tuh tgk tangan si wirda ni kaler kaler warna warni..saya pon tertanya2 apakah seprais yg dia buat kali nih..rupanya inilah hasilnya...

suka untuk saya nyatakan disini, SANGAT SEDAP DAN TERBAEK! ayam goreng masak merah tuh plak tersangat lah sedap..mak oiiiiiiii..


mekaseh cc~!

shud said...

wah hebat2!! masak nasi hujan panas.. boleh menuntut ni.. ^_^

^wirda^ said...

b :: nanti kita buat nasi tsunami..huhu

shud :: ye nk menuntut, sila jumpa akak di gua kelam raya ke 5..sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...