5.11.15

Sekolah Abang

Assalamualaikum semuanya.

Lama tak tulis pasal Irfan.
Anakku itu sekarang dah 6 tahun, maknanya kurang dari 2 bulan dia akan masuk darjah satu. :)


Baru-baru ni, irfan baru je lepas Grand Ihtifal Little Caliphs. Kira macam graduation day gitu. Yang ni nanti kita sambung new entry je. Humm bila dah habis ihtifal, Irfan mula laa malas2 nak pegi tadika dah.

Saya bagitau dia, "eh ni last dah irfan nak pegi tadika, lepas ni takde dah tau, irfan dah nak masuk sekolah abang"
# Tuan-tuan puan-puan, Irfan panggil sekolah abang tu sekolah rendah ye. #
Irfan pon, " haaa! nak pegi nak pegi!"


Lepas balik sekolah dia tanya,

"mama bila kita nak beli baju putih sekolah abang ni?"
"laa nanti laa, Januari baru sekolah buka."
"Januari tu apa?"
"bulan la, sekarang november, lepas tu disember, lepastu Januari..haa baru irfan masuk sekolah abang!"
"ooo.. ermm mama.. Wednesday nanti pakai baju apa?"

Ah sudah. Dia bajet ada hari pakai baju sukan macam tadika pulak. Hum ada la kot kan utk pendidikan jasmani. Ada ke Darjah satu? hummm..


Selang sehari.

"Mama, nanti Irfan pegi sekolah abang januari kan?"
"a ah."
"hmm... nanti teacher cakap dekat abang-abang... ' okey semua murid-murid, perkenalkan kawan baru kita..' Lepas tu Irfan jalan masuk, kan mama??"

Oh drama sangat kau anak. hahaha. Tak tahu laa tu bahawasanya satu kelas adalah sebaya dia semua. Ingat dia masuk kelas abang terus lah tu. kekekeke.


Selang lagi sehari.

"mama, bila nak disember ni???? lambat lahh, tak sabar irfan nak pegi sekolah abang"

Adoilaaaa lambat lagi nak oi.
Sekolah pon masih dalam rayuan. Harap2 dapat lah kat bukit jelutong ni je.  Kalau tak jenuh laa nak hadap jem sampai seksyen 13. :)


Humm macam tu la setakat hari ni dan saya pasti dia akan terus bertanya sampai sekolah buka. haha
Semoga Irfan terus excited nak pegi sekolah hari2.
Anak darjah 1 awak excited jugak?




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...