28.5.15

Untuk dia hey! Untuk dia hey!

hey hey!

Entry ni tentang dia.
24 May, hari dia yg ke 33.

tak perlu tutup lah yang oi.. haha


Tapi sebelum hari tu menjelang, saya dan Irfan sgt gigih mencari surprise buat dia. Err Irfan termasuk ke? tak kot, tp KENA ikut. hahah ye lah takkan nak tinggal anak sengsorang kan. hahaha


Kisahnya, dia outstation dan dengan bangganya, saya tiada kereta untuk keluar. Ajak orang tu orang ni semua pakat bz. Ok fine. Tetiba teringat MyTeksi. Terus install apps tu tapi seram sejuk nak guna. haha. Pikir 2-3 kali, ok cuba je lah. 15 minit request, 9 teksi berkeliaran sorang pon taknak amik. wuaaaaa T_T. Pastu masuk zohor. Saya fikir, kena solat dulu kot, baru Allah permudahkan. Dah sudah solat buat lagi skali, kali ni kalau takde jugak mmg cancel terus. Tetiba, ting! ada teksi bidding! YAY! terus dapat call dari pemandu teksi cakap nak sampai lg 5 minit. Bergegas lah sarung tudung segala. haha

dalam perkhidmatan My Teksi

Irfan first Komuter. biasa dia naik LRT je.


Maka destinasi paling senang dan mudah sampai adalah KLCC. Naik teksi sampai Komuter batu 3, lepas tu turun KL sentral naik LRT sampai ke destinasi gemilang walaupun amik masa selama 2 jam! Ye lah habis masa tang teksi berhemah dalam jem dan komuter separa lemmms tu. hihi tapi Alhamdulillah. Misi tercapai. =)

So hari birthday dimulakan dengan HARI SUKAN irfan hahahaha. Bertabah lah, sukan nak ade harini jugak kann. Si besday boy pon kepenatan tak habis lagi sebab baru balik outstation. Mujur Irfan ada menang jugak, ada laa pingat kenangan tadika. hahaha

Menang pertandingan metanang air yang penuh. Sukan kindy ni bukan kira sape habis cepat, tapi END RESULT. haha bagus bagus. :D

Muka separa ketat sebab dia demam pada hari tersebut.


Untuk dia, saya dengan gigih buat 2 kek terus. Amik kau. Sebenarnya, saya memang suka tunggu besday dia dan try buat kek baru. Ye lah kalau buat saja2 mcm takde punca je. Tak syok la kan. So dua kali laa kena potong kek. :D Untunggg laa bini juai kek kannss~~hahaha

Kek checkered rainbow dan Mango insidious. Wah poyooo sekali nama kek.


Hadiah untuk dia?
bagi handbag.
bunyi mem pempuan plak kan.
tp laki hakak mmg perlu pon, sebab ada banyak2 benda dia nak kena usung.
so kita bagi dia handbag style2 sikit.
#akubajetstylehabis

Irfan pulak bagi Tshirt.
#mestilahirfantaktahumenahuhalni

dua2 33. persamaan kuadratik menyatakan  3+3 = 6 (irfan). #whatever

Happy Birthday hubby!
Semoga awak dipanjangkan umur utk lebih beramal, sihat dari segala penyakit, terhindar dari dosa dan maksiat, berlindung kepada Allah dari api neraka dan dilimpahi rezeki yang tidak disangka-sangka. Amin.



cc,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...