10.10.15

Resepi Rahsia #32: Donut Gebu BigApple

Assalamualaikum semua~

Lama betul tak share resepi. Banyak sebenarnya tau saya simpan dari bulan puasa lg. :p. 

Petang ni anakanda Irfan nakkkk sangat buat donut. Hari-hari ada je yg dia nak ajak masak. Ok la jugak, bg terisi sikit activity dia daripada main ipad je kan.

So ni first time saya buat donut lembut gilerrrr mcm big apple tu tau. Hihi~Mujur jumpa resepi ni. Sebelum ni dok buat donut ala kampung je, yg padat2 yg penat makan tu. haha 😆

Ok jom masuk dapur dengan bahan2 ni!

500g tepung roti
100g gula
200g air
11g yis
4 biji kuning telur
100g margerin
1 tsp garam

Saya campak semua dlm breadmaker. Lepas sejam setengah doh naik. Tumbuk bg keluar angin. Pastu uli dan bentukkan dengan acuan. Takde acuan sila bulat2kan mcm bola 40g, tebuk la tengah tu. Malas lg, buat je semua bulat2 besar duit 20sen je.

Kalau tak ada breadmaker, boleh uli pakai tangan atau mixer. Lepas uli, biar 20minit, then baru tumbuk balik bagi kluar angin tu. 😊

Ok lepas dah bentukkan, biarkan selama 20-30min lagi utk doh naik lagi sekali. Saya letak dlm oven yg suam2 suhu utk percepatkan proses kembang tu. 


Dah naik mcm ni, boleh laa goreng. Panaskan minyak dengan api sgt kecil. Balik2kan donut tu dlm kuali supaya tak hangit. Hihi. Dah siap, salut laa dengan gula ke coklat ke atau makan kosong pon sodappp!

Proses nak siap ade laa dekat 2jam, irfan memang tak senang duduk, sikit-sikit jenguk doh. Hahaha so pastikan anda pon bersabar ye. Kalau nak makan petang, sila buat dr pukul 3ptg.



Selamat mencuba. 


1 comment:

Ema Zainal said...

Tq wirda...sangat rajin nie weyy...teringin nak rasa air tangan wirda....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...