28.5.15

6 Tahun lah!

Ohh tipah keliru.
Bila dah post entry birthday husband baru perasan, mana pegi entry birthday Irfan? OMG, imiginasi apakah yang berlaku aku dok ingat dah post lama dahh rupanya hanya di mukabuku. hewhewhew.


Maka ini lah dia kisahnya.
This is last minute plan. Ala2 taknak buat sgt pon, tapi mcm nak buat, tapi macam takde la bajet banyak pon. Maka niat dihati hanya nak bawa dia main2 di taman layang2 sambil dia feel~~~ harinya nan indah. Memandangkan sekarang Irfan lebih cenderung kepada permainan luar rumah, suka nak pegi playground, so birthday dia kami bawa dia ke taman layang2 kat kepong tu. Err apa tah nama sebenar dia? Taman metropolitan ke taman wawasan tah? haha

So, saya paksa adik saya pegi bawa anak, saya paksa kazen saya pegi bawa anak, saya paksa kazen lagi sorang tlg beli tikar dan terpaksa pegi jugak , automatically. haha dan tak pasal2 birthday pon bertema Picnic! wahh omputih sangat~~
Nak lagi jimat, kami lancarkan POTLUCK. haha mak sukaaaa~~


Sesampainya kami disana, what do u expect kannn, hari hujung minggu.. manusia ramai nak arwah~ nahhh demi birthday Irfan, abah dia pon sanggup parking 1km jauhnya. hahahahhaa I love u abah!

Maka berjalanlah kami dengan gigih bersama makanan dan belon. Masa tu pon dah pukul 5 lebih. hahaha Mujur tak hujan tau!

Bila dah berjaya masuk, cari port, hampar tikar merah petak2, hidang makanan, letak belon, letak kek, tadaaaaa HAPPY BIRTHDAY IRFAN! done. kejap je. pastu makan dan lepaskan kanak2 bermain riang.


abaikan sepah2 tu, sebab semua kalut nak makan.hahaha Maklum laa jauh perjalanan kaki tadi.

ok lah dia dapat hadiah gak walaupun lastminute party.

yang ni mak pon suka nak main. :D

gaya macam nak pukul je. haha

Irfan superlicious choco cake. Haa nama cake yang over.


Oh ya, nampak tak belon berdiri megah tu? Tau tak tetiba kami menjadi penjual belon pulak. haha
Kisahnya ada couple ni, nak shoot prewedding, tapi dia bajet ada lah orang jual belon berdiri megah begitu kat situ. Malangnya memang ada tapi bentuk upin ipin, bentuk kucing dan lain2. hahaha
Kami macam taknak bagi. Tapi dia ckp,
"boleh laaa kakk... berapa henggit pon saya bayarrr"

Saya macam nak bg free je kalauuu saya beli. Tapi memandangkan kazen yang beli, maka adik dia yg jualkan hahahhaa. hampeh.
Anyway, simple picnic ni best jugak. Budak lebih ingat kot. Sebab dia involve main2 semua.
Rasa tetiap tahun pon nak buat Picnic Theme lah. Lagi best. :) hihihi

Memandangkan tak beli hadiah lagi, balik tu singgah lah Toy'r'Us, belikan dia Glider ni. Ye masih bertemakan outdoor activity. No more Hotwheel or Tomica bebeh! :)


Sekian kisah harijadi Irfan.
Selamat Hari Lahir ke 6 anakanda!
Awak masa ni dah boleh bercakap lebih baik dari dulu, walaupun banyak lagi vocab yg belum tahu. Awak dah boleh mengira beratus sampai ribu.
Awak dah boleh menulis dan mengeja. tulis nama sendiri yang panjang tu sekali.
Awak dah boleh baca tanpa intonasi.
Awak boleh hafal ayat hafazan tapi awak malu nak baca depan mama.
Awak tahu pasal solat, cuma awak nak solat kat sekolah saja. Mana boleh gitu. haha
Awak dah boleh baca doa2 lazim, tapi awak cuma baca doa makan je depan mama.
Awak pemalu tapi bab tunjuk apa awak ada awak tak malu sgt. haha
Awak tak suka orang tengok2 awak.
Awak masih tak suka orang cakap kuat2, bising2.
Awak suka tengok Minecraft, Ultraman, dan Nerf. No more upin ipin, boboiboy, tomica dan hotwheel.
Awak dah mula suka main lawan2 superhero dan mama adalah lawannya secara paksaan.
Awak dah berani pergi berkawan dekat playground walau awak masih tak tanya nama kawan awak.
Awak aktif, awak penyayang, awak mudah tersentuh. :)
Awak akan cari abah bila mama marah awak. Kalau abah tak ada awak pandai pulak whatsapp abah. haha
Comel.
Mama love u.
Sangat-sangat.

We love u darling!


Mama Irfan,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...