4.8.10

Dah buat ke Pap Smear?

Hey ladies, dah buat kah ujian pap smear? Saya baru je buat semlm selepas bercadang nak buat setahun yg lalu. T_T Sila jangan contohi saya ok. Hah saya tahu pasti ada yang mulutnya sudah terkumat kamit nak bertanya soalan maka saya sudah sediakan soalan berjawapan disini untuk anda baca saja. Bagus kan saya? Theheehe ;)

Eh Wirda, apa tu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan UPSR bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya antara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa bagi yang masih bernyawa dan membaca blog ini.

Servik itu apa pulak ye?
Serviks adalah pangkal rahim..tak perlu kot saya gunakan bahasa pasar disini..hihi. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Orang yg kahwin saja ke perlukan ujian ini?
Oh secara general, bukan spesifik kepada wanita yg berkahwin TAPI setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks halal mahupun dotdotdot ATAU wanita yang mencapai umur 26 tahun sehinggalah berusia 70 tahun, perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  • Mereka yang memulakan hubungan seks pada usia kurang dari 18 tahun. (+ve thinker, kahwin awai nih)

  • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang. (dotdotdot kah?)
  • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks. (erm be +ve, punya suami yang kahwin lebih dari satu)
  • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  • Perokok (jadi yg ini tak semestinya dia dh kahwin ke?..saya tak sure)
  • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear. (nanti saya tanya doktor brapa kerap perlu lakukan ujian ini)

Eh doktor tu buat ujian tu macamana?

Ala lebih kurang macam ujian penulisan bahasa melayu kertas satu. Ok saya tipu. Hehe. Serius sket ye Wirda! Ok, pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum (haha anda akan saspen kalo tgk benda ini). Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan menggunakan spatula, sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik. Ini semua keje doktor, jadi tak perlulah saya terang lebih detail sbb saya bukan doktor sakit puan. =p


Bila-bila pun boleh buat ujian ni ke?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Gynea saya cakap, seeloknya 7-10 hari dari hari pertama period tapi ada gak ckp hari ke 10-20. So nk senang pegi je hari ke 10 tu..haha. Lagi satu, sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya. Sabar semalam je pun.....wink~(^V*)/

So, pada yang blom buat lagi, silalah segera ke klinik2 atau hospital berdekatan yg menyediakan perkhimatan ini. Selamat berujian! ;)


saspen nk tunggu result (-_-")


NOTA SAYA :: Kepada si adik ipar dan chichas2 melati, sila take note..jgn membuat tuduhan tidak berasas mengatakan saya mengandung anak kedua..hahahaha kecoh lah korang! hahha

14 comments:

Am said...

mmg kena buat wpun terasa ngeri huhu...ye la, tgh sihat xpasal2 kena pg bukak kat dokte (__)" risau kalo ade penyakit tp xtau...

^wirda^ said...

itu laa..dh lama tak tunjuk kan..hahaha
tp skrg mmg tgh risau sbb mcm ada discharge since preggy sampai skrg..T_T

b said...

euwww..... pornografi

ummi Eiz said...

bagus2...good sharing...

^wirda^ said...

b :: ceh apa yg porno nye..tak letak gambaq real kire ok la nih..kite blajaq sains..haha

ummie iez :: yeah sbb aku kan caring..caring is daring..erk!

NisS^ImmEr said...

depa letak besi ke apa dlm tu, mcm sakit je. sakit tak? hg ade keputihan ke masa pregnant? aku pun ada, tp bila check dgn doc dia kata keputihan tu normal, sbb takde bau n tak berwarna. tp rimas jugak sbb bila slalu kuar. kdg skit, kdg byk, kdg takde langsung.

ashikin said...

dah buat pap smear test masa lepas hari ke-44 (pantang) aritu kat klinik pakar wanita An- nur, BBBangi... mmg bagus wat test ni, result dia pun dalam masa seminggu je leh tau...

farakaka said...

wtf..adakah doc memsuk kapas yg di gunakan utk korek telinge ke dlam toot toot anda..OMG!!!!

atulhani said...

sakit tak wirda? setiap tahun saya ada buat medical check up, result boleh tahu dalam hari yang sama.. tapi... hari tu saya takmo buat pap smear.. macam takut dan rasa tak perlu...... huhuhu

^wirda^ said...
This comment has been removed by the author.
^wirda^ said...

Niss :: haha mula2 doktor tu dok sebut kat aku jgn panic..aku dh cuak ape kes kan... hahaha rupanya nk masukkan speculum tu.. yg dia guna kat aku tu plastik bukan besi..mmg hg kena rilek..kalo tak sakit la kot..haha tu pun mcm seriyauu..hahaha bab discharge tu nanti i story..haha

ashikin :: itu lah dulu gynea pun suh buat lepas bersalin..tp ngilu kot pk baru lepas jahit dh nk kena 'selongkar' lagi..no wayyy..ahhaha

fana :: oh by the way, gambar tu tunjuk kapas.. tp i dia guna mcm berus susu tu...ya auw auw...hahaha

atul :: takde la sakit pun.. cuma juz rileks..jgn angkat punggung..mcm nk beranak tu laa..hahahah buat lah puan atul oii.. utk kesihatan sejagat..hahaha

mrsDudE said...

wirda, aku buat benda ni masa 2 bulan pas bersalin.. sebab aku abes pantang terus period, so kena pospone.. heh.. tak sakit pon, perasaan je lebih.. aku pun tak ingat gynae aku ada gune ke tak besi tu, macam takde. tapi dia amek sample guna macam cottonbud tapi versi giant tu lah.. dia kata tahan sikit, relax (ala macam masa depa nak seluk check bukaan tu je) tuptup dah settle. penat je rasa horror awal2.. hahaha..

^wirda^ said...

mrsdude:: itu lah,takde lah sakit pun..gynea aku tu guna bukan jenis besi.. jenis plastik..sbb aku nampak benda plastik lutsinar..haha tp yg pasti dia tak guna cotton bud..mcm berus kecil mcm cuci botol susu tu..hihi dia buat major checkup sket coz of my discharge..huhu

atulhani said...

wirda: aku kan tak pernah bersalin lagi, tu yang takut.. tatau nak react macamana nanti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...