2.8.10

kenapa dengan dia?


Aku dan dia memang sangat-sangat rapat. Dah berpuluh tahun rasanya. Dia sentiasa akan tolong aku dari segala benda. Tapi serapat manapun kami, aku masih terasa sesuatu yang kurang dalam hubungan kami. Kadang-kadang aku susah nak berkongsi sesuatu dengan dia. Kadang-kadang aku rasa dia tak perlu tahu apa yang aku buat. Kadang-kadang aku rasa aku boleh lakukan sesuatu tanpa minta pendapat dia. Kadang-kadang juga, aku rasa takut atau malu yang tak semena2 untuk berkongsi masalah ataupun cerita dengan dia. Uhmm.. tah pa pe lah aku ni.

Tapi dia.. Dia tak pernah cerita perihal dia. Dia tak pernah berkongsi suka dia. Dia tak suka aku tau masalah dia. Dia tak suka aku menyibuk tanya yang bukan-bukan. Dia perahsia dan aku hanya mampu memandang.

Rapat tapi kurang mengenali. Aneh.

Sekarang aku dengar, dia punya masalah besar. Aku jadi berdebar-debar. Takut dengan masalah dia. Aku ingin telefon dan bertanya, tapi..mulutku terasa malu. Malu tak bertempat? Terngiang jawapan "jgn masuk campur lah" yang selalu dia ungkap.

Buntu.

Aku mungkin tak dapat menolong sepenuhnya. Tapi aku mungkin boleh jadi pendengar sekadar untuk dia lepaskan apa yang dia rasa. Aku yakin dia tertekan sekarang.

Aku nak sangat tahu, kenapa dengan dia? (>_<)



tak tenteram pikirkan dia,

4 comments:

sara ahmad said...

such a good friend, you! that person is such a lucky person to have a friend like you.. :) kalau dia tak sedar, tak tau lah.. hehehe

b said...

haih...kenapakah?

atulhani said...

siapakah dia...? jeng jeng jenngg....

^wirda^ said...

sara :: i hope she will tell me the truth..;)

b :: nanti i story mori

atul :: dia adalah she..lalalaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...