13.8.10

Resepi Rahsia #05 :: Nasi Mamita Saya

Dolu-dolu, masa mamita saya seorang cekgu sekolah menengah, mamita juai macam2 pada seblah petang. Kalau bulan Ramadhan, samaada mamita buka gerai kuih dan ikan bakar ataupun ambil tempahan kuih raya. Dua-dua pun saya suka menyibuk. Tapi untuk budak berumur bawah 12 thn ketika itu, pastinya potong ceri dan letak kat biskut samperit (bunga) adalah tugasan harian yang borink. Haha. Ok selain itu, mamita juga penah jual Yong Tau Foo dan juga Nasi yang saya nk bg resepi ni. Hehe..saspen tak nasi apa? :D Baiklah untuk tidak membuang masa, mari kita lihat resepi berbuka yang saya masak semlm..teng teng teng...

AMARAN :: Resepi ini mungkin bukanlah 100% Mamita, kerana rasanya ada terskip dan tertambah bahan jugak. Asalkan rasa sama sudah...hahaha

~Nasi AYAM Mamita~

Bahan-bahan Nasi dan Ayam:
2 cawan beras (ikut lah anda nk makan brapa org..ini utk 3 org)
1/2 ekor ayam (kalau suka makan ayam, sila beli sekor)
1 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
*** bahan kisar adalah untuk nasi, perap ayam dan sup. So sila agak2 sendiri***
1 1/2 camca mentega
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai
2 biji buah pelaga
secubit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
daun pandan (optional - kalau nk lebih bau wangi)
Bahan untuk sos cili
4 tangkai cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
sedikit perahan limau nipis
garam dan gula


Cara-cara membuat :

Nasi
1) Mula-mula, rebus ayam dlm kuantiti air yang banyak lebih kurang 10 minit. Angkat ayam.
2) Panaskan mentega didalam periuk nasi, tumis bahan sehingga naik bau. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, serbuk kunyit dan serai.
3) Masukkan beras dan air rebusan ayam tadi pada sukatan yang betul. Kemudian masukkan daun pandan, satu sudu kecil garam dan sedikit gula. Kacau dan tutup.
**Nak sukat air untuk masak nasi, masa basuh beras tu sukat la sepsiap brapa cawan air yang perlu untuk sukatan beras tu.**

Ayam
1) Perap Ayam dengan kicap, sedikit bahan kisar tadi, sedikit gula dan garam.
2) Lepas tu, buleh la goreng. Tak perlu lama sgt, sbb anda dh rebus sekejap tadi.
Sup
1) Masukkan bahan kisar yang selebihnya ke dalam air rebusan ayam tadi. Letak buah pelaga, bunga lawang, garam dan gula, serbuk sup dan apa2 sehingga jadi sup.. Adoi tak larat explain. Nak senang amik sup bunjut. =p

Sos Cili
1) Kisar bahan sos tadi dengan sedikit air masak. Siap.


Fuhh.. dah siap. oh meh bunyi template seprais lg.

TadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA!!

++ Macam Nasi Ayam kan? (memanglah ia adalah nasi ayam!!!) ++


Selamat Mencuba dan Selamat Berbuka!

**Arini OFF masuk dapur kerana akan ke Buffet Ramadhan..almaklumlah celebrate 1001days! Jom join!!




Jgn tertekan tgk resepi panjang2, tak sampai sejam pun saya buat,

6 comments:

peah @ peps said...

resipi wirda sume canggih2 ler..nama pelik2..memberi kesedaran sivik kat kami ni...kena rajin skek..asyik2 goreng..asyik masak kicap..

wirda: tiap2 mlm masak ni..performance as a wifey ni..mesti tinggi...kalau kat office..appraisal dah level outstanding dah neh..

b said...

sirius sedap gila..penang style..... terbaekk... tarak tipu...!

^wirda^ said...

peps:: itu lah tp di tmpt kerja sy adalah average..malass nnti bos aim nk bg kejeeee je..mana dan nk berblogging...haahahaha


b:: nanti rasa yg mamita nye!

atulhani said...

mamita tu aper... hehehe

^wirda^ said...

mamita = mak

NisS^ImmEr said...

kak, resipi hainanese chicken rice ade tak? yg ala2 chicken rice shop tuuu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...