19.8.10

ceritera dolu2 #003 :: Permainan Bulan Puasa

Dolu-dolu, setiap kali menjelang bulan Ramadhan, aku, incik abang, dan cik sepupu slalu sangap tatau nak main apa sementera tunggu nak minum air sirap selasih bila azan Maghrib berkumandang. Jadi antara permainan mutlak kami di bulan puasa adalah seperti berikut :-

Perhatian : Gambar2 cantek ini adalah hasil gugel. Peace no war! ;)

#1 :: Main batu seremban
Kala ini habis batu2 longgokan depan umah tok aku untuk menutup lopak telah kami sepahkan demi mencari 7 biji dragon balls batu yang sesuai untuk dipermainkan. Semestinya mencari batu yang berpontensi untuk menjadi bulat bila lama2 main. Hey, orang akan kagum kalau kau punya batu yang bulat2 okay! Kira prooo wa cakap lu! Main mesti ada target, sapa sampai markah seratus dulu, dia menang. Dan semestinya aku adalah BUKAN PEMENANG sbb jemari mulus aku jarang lah nk buleh pakok semua batu tu. Kalau batu kecik boleh lah dapat markah 14 skali pakok. :p (pakok= membuat lipatan batu masuk genggaman..aishh payah lah nk terang.tau kot.)

#2 :: Main tudung botol
Haa..penah main tak? Main tudung botol ni pakai 5 keping tudung botol je. Sama seperti batu seremban, abang aku lah sang juara. Bencik! bencik! Kami akan berkunjung ke Kedai Runcit Din satu2nya dalam kampung tok aku tu, untuk membeli air menet (air berkabonat buatan malaysia) semata2 nak dapatkan tudung botol. Mesti hanya tiga saja tudungnya sbb kami beli sorang satu. Maka kami akan cari lagi 2 keping hasil belian org lain, itu pun kalau pakcik Din tak sapu sampah lg. hihi. Perhatian :: Kami beli air menet untuk buka puasa. Sebab kami mmg sentiasa patuhi perintah Allah SWT.

#3 :: Main congkak
Yeah, antara permainan lain di bulan puasa samada di rumah atau sekolah adalah congkak. Takde congkak kayu tu, kami korek congkak tanah. Kreatif, inovatif, teknokrat cemerlang kan kami? Malangnya, untuk game ini, abang aku juga sang juara. Aku syak yang ni dia main tipu, purak2 ada baki guli dalam tangan, so mestilah takkan mati2. Cisskek!

#4 :: Main Dam
Dam...Damn...aku mmg tak suka main dam, sbb aku tak reti main. Haha. Pasti kalah mutlak. Sapa2 nak kalahkan aku dgn senang, sila ajak main dam. Sekian.(-_-")

#5 :: Main Catur
Hey, tak reti main dam, tidak bermakna aku tak reti main catur okayyh. Kamonn..ini kalau aku kalahkan abang aku, mmg dia takkan puas ati sampai dia menang balik. Jadi ini saja lah permainan yang aku pernah MENANG dengan abg aku. Kahkahkah


Ya itu saja permainan aku adek bradik mengikut ranking selera kami di bulan puasa. Anda bagaimana???




Rindu zaman itu,

2 comments:

atulhani said...

batu seremban kat johor lain kot, kami main ada 5 batu je....mungkin pasal johor dah dekat dengan seremban.. cam hang, jauh kat utara, kena main 7 batu... ehehhehehehe

^wirda^ said...

haha..ekceli kami panggil dia "main batu 7" kalo 5 batu kami panggil "main batu 5" ada gak main batu 5 tu..:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...