3.8.10

Resepi Rahsia # 002:: Green Curry Bergumbira lalala~

Semalam saya puasa. Jadi dengan tidak semena2 teringin nak makan kari hijau atau nama komersialnya, Green Curry. Biasanya saya jumpa masakan ini menggunakan ayam. Jadi saya pun malas nak try daging ke sotong ke sebab mmg dah saya teringin nak makan ayam. Adoii perlu ke saya explain mcm tu? Oh ini 1st time lah saya nk try..saspen tak? :p

Ok, puan-puan sekalian (gaya chefwan sudah menghantui), sila amik pen dan kertas..jika anda merasakan resepi ini menjadi..hehe Oh terlebih dahulu saya nak bagitau, bahawasanya saya telah skip dua tiga bahan kerana bahan2 tersebut tiada dalam peti ais saya. So terimalah resepi rahsia saya sendiri ye puan-puan.

Thai Green Curry Chicken

Bahan utama::
1/4 ayam (serve utk 2 org saje..ihikk)
1 biji kentang (kalo nak la)
1 sudu Sos Ikan
1 sudu Air limau
2 biji Jintan manis
1 kuntum bunga lawang
Cili benggala (untuk tambah seri kehijauan kari tu je)
Santan sesedap rasa
Garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar::
1 biji bawang besar ( oh saya takde bawang kecik, kalo ada korang kupas lah 5-6 bijik sbg ganti)
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 mangkuk kecil daun ketumbar
4 biji cabai melaka (korang panggil cili padi ke cili kecik? kalo letak 5 biji pun mengigil dah mulut)
Nota saya :: bahan lain yg perlu tapi saya tak letak dalam ni adalah~~serai, lengkuas dan daun limau purut. Tapi tak boh pun ok je..;)

Cara nak buat ::
1. Dah nama pun bahan kisar kan, jadi kisarlah sehingga sebati.

2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi bersama bunga lawang dan jintas manis sehingga naik bau...errmmm ghauuu ghauuu bau diaaa~

3. Kemudian boleh lah masukkan santan tadi. Boleh tambah air kalo tak nak pekat sgt.

4. Masukkan kentang. Kacau, jgn sampai pecah lemak.

5. Masukkan ayam dan sos ikan. Kacau dan kacau.

6. Kemudian masukkan garam dan gula. Bila rasa dah cukup memuaskan, sila lah tutup api dan hidangkan sesuka hati. ;)

Maka puan-puan akan melihat hasil seperti ini....

TadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA~~!

++ ayam kari ijau bergumbira (bukan nama sebenar)++

Oh jika kari puan-puan terlalu pedas, pandai-pandai lah alter dgn tambahkan santan lebih sket ke atau letak gula lebih ke air perahan limau lg ke..atau apa saja yg terlintas di fikiran puan-puan selagi ianya logik. ;p

Bagaimana rasanya? Mestilah rasa seperti ayam kari ijau puan wirda..hahahah Seriuslah, takde lah rasa pelik2..sedap amat! =p Cubalah kalau tak percaya, kalo tak jadi, sila buat tuduhan tidak berasas terhadap saya. Ok puan-puan, kita bertemu lagi di lain waktu...daaaaa~~~



Dah nak puasa nih, lagi daring nak masak mcm2,

~oh last posted psl resepi rahsia adalah thn lepas..woww lamanye tak sharing is caring~

7 comments:

NisS^ImmEr said...

aku tak pernah pun seumur hidup. sama ke rasa mcm kari ayam brahim's. haha

^wirda^ said...

hahaa.. kari ayam brahim tu ada ijau ke? haa aku nih baru fes time try ni.. boleh la telan dgn lazatnye..hahaha

peah @ peps said...

mesti try neh....

^wirda^ said...

peps :: sila cuba..hahaa

Shud said...

nak cuba jugaklah nanti!.. thanks akak ;)

b said...

haih..

rakan2... serius tarak tipoo...memang sangat sedap woh~!!!! saya kurang makan ayem...tetapi setelah mencuba gulai hijau beliau, saya terus suka makan ayam~!

^wirda^ said...

shud :: ya anda perlu berlatih menjadi isteri..hahaha

b :: statement terangkatttt hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...