13.2.12

Kalau dah boleh bercakap..

Sapa lg kalau bukan anak teruna mama sorang tu. Hehe
Alhamdulilah dia dh boleh bercakap cumanya pelat sikit. Normal la tu kan budak baru nk bercakap. Sampaikan nk makan pon dh pandai demand...
"irfan nak makan ape?"
"afan nak asik (nasi), nak mee, nak fraisshh soshh (fries cicah sos), nak ashlet (coklat), ashemm (aiskrim)..."

Haaa hamek.. Tapi bila dh buat bukan nk makan sgt pon kecuali mee or fries..hadeh.

Kadang2 bagus jugak dia dok layan youtube tu sbb dia dh belajar byk jugak dr situ. Mcm abc, 123 till 20 even mcm kelakar je dia sebut eleven sampai twenty tu..haha. Kartun Pocoyo tu pon bagus jugak, byk ajar dia jugak. So bila mama repeat mcm yg Pocoyo buat, dia cepat ingat. Macam pocoyo tunjuk "this is an oven" so bila saya tunjuk, dia pon dah tau guna ayat tu. Cuma sebutannya jadi....
"dis dis avennnn" (oven mama laa tu)
"dis dis shushu" (ye, itu susu)
"maaa..dis dis watch!"

Tapi tetiba tadi dia buka freezer....
"Allahhhh ajimmm!..... ashemmmmm!.... Maaa nak ashemm?"
( read : astagfirullahalazim...aiskrim..maa nak aiskrim?)

Persoalannya kenapa kena istigfar? Haha


Lg 2 hari utk irfan besday,

9.2.12

DIY Playdoh

Permainan yg paling saya tak suka main dulu-dulu adalah plastesin atau nama komersialnya "playdoh". Sbb bau chemical dia tu yg buat saya tak tahan. Tapi bila dah ada anak ni, mestilah nk kena bagi pendedahan dengan playdoh ni. Memandangkan saya tak keje lagi, dan Irfan pon dok saja kat umah, maka saya kena lah create something utk dia belajar... Kira ala2 playskool lah. Eceh..

So, untuk mengelakkan bau chemical dan menjamin keselamatan anak bermain dgn plastesin ni, ayuh ikuti projek DIY playdoh saya!!!

Bahan2 :
1 cawan tepung
1/2 cawan garam
1 sudu besar cream of tartar
1 sudu besar minyak
1 cawan air
setitik pewarna (ikut suka lah nk color ape pun)

Satukan semua bahan kering dalam mangkuk.


Satukan air dan minyak di dalam periuk, panaskan sekejap. (bg warm je)


Kemudian tuangkan kedalam mangkuk berisi bahan kering tadi. kacau hingga terbentuk doh.

Doh yg terbentuk ketika masih suam ni akan sedekit melekat. Dont worry okeyy..


Boleh bahagikan kepada 3 bahagian dan buatkan lubang di tengah2 lalu masukkan setitis pewarna. Uli hingga sebati warnanya.

TADAAAAAA! dah siap dan dah boleh main!!!!!

Senangkan? Mcm ni mak pon excited nk main kan.. Tak perlu risau kalau anak tergigit playdoh ni pon sebab tiada bahan chemical langsung. Tapi janganlah saja2 pegi bagi dia telan pulak kan..hehehe.. Selamat Mencuba!!



puas hati,

31.1.12

I'm 30 and I know it!


I baked this pavlova for myself. Happy 30th Birthday to me!


It been a month already. I supposed to post this entry early January,it slipped my mind. The party was held on 7 January, at my home sweet home. haha dh lama kan?

Actually it's all about this cute lil boy, my nephew, Ammar Danial. He turns 1 on 8 January, a day before mine. His exciting parent want to celebrate at my house. So we combined all Capricorn babies - 30 (me) + 1 (danial) = 31 (my big bro). Nice one!

Triple celebration~!

Hihi I got a present from mak! Cayanggg makk! muahhh

Org yg wajib bg hadiah adalah Encik Arjuna. Ngee~ and it was a....


TED BAKER's purse!!!


wishlish tercapai. hihi Millions thanks to hubby.


Oh and I got another purse from my big bro n SIL.. Victoria Secret fresh from London.. Thanks alots guys!

Since I got 2 purses, so I wish there will be more rezeki for me n family..InsyaAllah.. amin.


P/S:: Pavlova is open for order now!


3 series club!

8.1.12

2012

Alahai lambatnye nk update blog thn baru. Almaklumlah dh tak berkerja ni, access to internet utk update2 blog ni adalah tak sempat...ecee konon padahal malas.

2011 was so wonderful year that i ever had.. Most of missions were accomplished. Travel here n there, especially tour to the rising sun country - Japan..then Bandung again... Phuket..and not to forget, Koh Pangan..a small island of Koh Samui. Oh i didnt blog about it, believe or not, we didnt bring the camera at all..hahaha

Back to our home sweet home missions, since january...tv kabinet done, dining hall done, minor renovation for plaster ceiling done, and painting the living hall also done. Just cita2 to have a walk in wardrobe je tak jalan...and also irfan's room. Harap2 this year lah. InsyaAllah.p



2011 ended with sad story. Our department was restructured and transfer to China, or the other words, it has been closed. Suddenly happened. But I believe, there will be a brighter day to me. Setiap dugaan ada hikmahnya.

So 2012, i will join 3 series group... Hahha omg! Lg beberapa minit je nih. Ok nnt lah buat entry omg i'm 30!

I pray for better life, dipermudahkan segala urusan dan rezeki. Amin.


Selamat menyambut tahun baru 2012!






23.12.11

Japan #05 :: Shopping Spree at Tokyo



Hai lama kan tak update blog. Semangat dah kurang sbb bz meneruskan hidup. aceh.. sambungan kisah di Jepun. Yeah awal2 pagi dh checkout hotel Fuji Mihana, hotel yg aku tertinggal jam tu. hihi.



Kami singgah di Asakusa. Kat area kuil ni ada jual local item. So sebab tu buat pitstop kat sini dulu. Sebab kira harini last day lah utk shopping2.



Haa ni dorang dok tilik nasib kalau tak silap.


Gambar di Asakusa berakhir di sini sbb anda sendiri bleh lihat ketajaman mata wanita itu utk memulakan aktiviti shopping. hihihi. Sesak pon mak redah jugak ngan stroller tu.



Sesudah habis melepaskan nafsu shopping, haruslah bersyukur ke atas rezeki masing2. Kami singgah di satu2nya masjid (cami) di Tokyo.


Next destination is Shinjuku. Tapi harap maaf tiada gambar sgt nk amik kat situ sbb xtvt shopping jugak dan keadaan sedikit sesak. Tak lama pon kat situ sbb encik tour guide nak suh kami shopping sampai penat kat Ginza. hehe. So ada apa ngan Ginza?


Nah inilah Ginza - a place to be seen emptying your wallet! haha ok yg dalam gambar ni adalah laluan utama 4 lane yg DITUTUP pada wiken semata2 nak memudahkan pejalan kaki bershopping. And if im not mistaken, ade 5-6 lorong semua tu adalah pusat beli belah mengikut jenis2 barang. Kalau beri masa sehari - 2 hari baru cukup kot nk tawaf. Tapi kami cuma ada 2 jam saja kat sini. Mmg kaedah shopping saya adalah, berkenan amik dan amik dan try dan byr. Ka-ching!!


Kebetulan hari tu lah Steve Jobs meninggal. Oh lihat dorang siap letak apple yg di gigit lagi sama mcm logo APPLE. ;)


Nampak mcm lama sgt kan shopping dari siang sampai mlm. Nak buat camne, kul 5 dah gelap. Kedai pulak tutup pukul 8. haa tu nampak forever XXI (forever 21), 5 tingkat yawwww~~~! Heaven btol memilih pakaian. Seblah dia yg tak sempat pegi adalah Zara 5 tingkat jugak.. Cis tapi takpe.. sbb Zara pon mcm mahal jugak kat sana. Lepas shopping makan2 dan balik hotel. Zzzz tp encik hubby pegi merayau ke Hardrock dan dpt gambar seperti dibawah. :p


Tokyo Tower di waktu siang.



Tokyo Tower di waktu mlm dan menjeleskan saya. Ok bai.

Syoknye shopping,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...