5.11.15

Sekolah Abang

Assalamualaikum semuanya.

Lama tak tulis pasal Irfan.
Anakku itu sekarang dah 6 tahun, maknanya kurang dari 2 bulan dia akan masuk darjah satu. :)


Baru-baru ni, irfan baru je lepas Grand Ihtifal Little Caliphs. Kira macam graduation day gitu. Yang ni nanti kita sambung new entry je. Humm bila dah habis ihtifal, Irfan mula laa malas2 nak pegi tadika dah.

Saya bagitau dia, "eh ni last dah irfan nak pegi tadika, lepas ni takde dah tau, irfan dah nak masuk sekolah abang"
# Tuan-tuan puan-puan, Irfan panggil sekolah abang tu sekolah rendah ye. #
Irfan pon, " haaa! nak pegi nak pegi!"


Lepas balik sekolah dia tanya,

"mama bila kita nak beli baju putih sekolah abang ni?"
"laa nanti laa, Januari baru sekolah buka."
"Januari tu apa?"
"bulan la, sekarang november, lepas tu disember, lepastu Januari..haa baru irfan masuk sekolah abang!"
"ooo.. ermm mama.. Wednesday nanti pakai baju apa?"

Ah sudah. Dia bajet ada hari pakai baju sukan macam tadika pulak. Hum ada la kot kan utk pendidikan jasmani. Ada ke Darjah satu? hummm..


Selang sehari.

"Mama, nanti Irfan pegi sekolah abang januari kan?"
"a ah."
"hmm... nanti teacher cakap dekat abang-abang... ' okey semua murid-murid, perkenalkan kawan baru kita..' Lepas tu Irfan jalan masuk, kan mama??"

Oh drama sangat kau anak. hahaha. Tak tahu laa tu bahawasanya satu kelas adalah sebaya dia semua. Ingat dia masuk kelas abang terus lah tu. kekekeke.


Selang lagi sehari.

"mama, bila nak disember ni???? lambat lahh, tak sabar irfan nak pegi sekolah abang"

Adoilaaaa lambat lagi nak oi.
Sekolah pon masih dalam rayuan. Harap2 dapat lah kat bukit jelutong ni je.  Kalau tak jenuh laa nak hadap jem sampai seksyen 13. :)


Humm macam tu la setakat hari ni dan saya pasti dia akan terus bertanya sampai sekolah buka. haha
Semoga Irfan terus excited nak pegi sekolah hari2.
Anak darjah 1 awak excited jugak?




10.10.15

Resepi Rahsia #32: Donut Gebu BigApple

Assalamualaikum semua~

Lama betul tak share resepi. Banyak sebenarnya tau saya simpan dari bulan puasa lg. :p. 

Petang ni anakanda Irfan nakkkk sangat buat donut. Hari-hari ada je yg dia nak ajak masak. Ok la jugak, bg terisi sikit activity dia daripada main ipad je kan.

So ni first time saya buat donut lembut gilerrrr mcm big apple tu tau. Hihi~Mujur jumpa resepi ni. Sebelum ni dok buat donut ala kampung je, yg padat2 yg penat makan tu. haha 😆

Ok jom masuk dapur dengan bahan2 ni!

500g tepung roti
100g gula
200g air
11g yis
4 biji kuning telur
100g margerin
1 tsp garam

Saya campak semua dlm breadmaker. Lepas sejam setengah doh naik. Tumbuk bg keluar angin. Pastu uli dan bentukkan dengan acuan. Takde acuan sila bulat2kan mcm bola 40g, tebuk la tengah tu. Malas lg, buat je semua bulat2 besar duit 20sen je.

Kalau tak ada breadmaker, boleh uli pakai tangan atau mixer. Lepas uli, biar 20minit, then baru tumbuk balik bagi kluar angin tu. 😊

Ok lepas dah bentukkan, biarkan selama 20-30min lagi utk doh naik lagi sekali. Saya letak dlm oven yg suam2 suhu utk percepatkan proses kembang tu. 


Dah naik mcm ni, boleh laa goreng. Panaskan minyak dengan api sgt kecil. Balik2kan donut tu dlm kuali supaya tak hangit. Hihi. Dah siap, salut laa dengan gula ke coklat ke atau makan kosong pon sodappp!

Proses nak siap ade laa dekat 2jam, irfan memang tak senang duduk, sikit-sikit jenguk doh. Hahaha so pastikan anda pon bersabar ye. Kalau nak makan petang, sila buat dr pukul 3ptg.



Selamat mencuba. 


28.5.15

6 Tahun lah!

Ohh tipah keliru.
Bila dah post entry birthday husband baru perasan, mana pegi entry birthday Irfan? OMG, imiginasi apakah yang berlaku aku dok ingat dah post lama dahh rupanya hanya di mukabuku. hewhewhew.


Maka ini lah dia kisahnya.
This is last minute plan. Ala2 taknak buat sgt pon, tapi mcm nak buat, tapi macam takde la bajet banyak pon. Maka niat dihati hanya nak bawa dia main2 di taman layang2 sambil dia feel~~~ harinya nan indah. Memandangkan sekarang Irfan lebih cenderung kepada permainan luar rumah, suka nak pegi playground, so birthday dia kami bawa dia ke taman layang2 kat kepong tu. Err apa tah nama sebenar dia? Taman metropolitan ke taman wawasan tah? haha

So, saya paksa adik saya pegi bawa anak, saya paksa kazen saya pegi bawa anak, saya paksa kazen lagi sorang tlg beli tikar dan terpaksa pegi jugak , automatically. haha dan tak pasal2 birthday pon bertema Picnic! wahh omputih sangat~~
Nak lagi jimat, kami lancarkan POTLUCK. haha mak sukaaaa~~


Sesampainya kami disana, what do u expect kannn, hari hujung minggu.. manusia ramai nak arwah~ nahhh demi birthday Irfan, abah dia pon sanggup parking 1km jauhnya. hahahahhaa I love u abah!

Maka berjalanlah kami dengan gigih bersama makanan dan belon. Masa tu pon dah pukul 5 lebih. hahaha Mujur tak hujan tau!

Bila dah berjaya masuk, cari port, hampar tikar merah petak2, hidang makanan, letak belon, letak kek, tadaaaaa HAPPY BIRTHDAY IRFAN! done. kejap je. pastu makan dan lepaskan kanak2 bermain riang.


abaikan sepah2 tu, sebab semua kalut nak makan.hahaha Maklum laa jauh perjalanan kaki tadi.

ok lah dia dapat hadiah gak walaupun lastminute party.

yang ni mak pon suka nak main. :D

gaya macam nak pukul je. haha

Irfan superlicious choco cake. Haa nama cake yang over.


Oh ya, nampak tak belon berdiri megah tu? Tau tak tetiba kami menjadi penjual belon pulak. haha
Kisahnya ada couple ni, nak shoot prewedding, tapi dia bajet ada lah orang jual belon berdiri megah begitu kat situ. Malangnya memang ada tapi bentuk upin ipin, bentuk kucing dan lain2. hahaha
Kami macam taknak bagi. Tapi dia ckp,
"boleh laaa kakk... berapa henggit pon saya bayarrr"

Saya macam nak bg free je kalauuu saya beli. Tapi memandangkan kazen yang beli, maka adik dia yg jualkan hahahhaa. hampeh.
Anyway, simple picnic ni best jugak. Budak lebih ingat kot. Sebab dia involve main2 semua.
Rasa tetiap tahun pon nak buat Picnic Theme lah. Lagi best. :) hihihi

Memandangkan tak beli hadiah lagi, balik tu singgah lah Toy'r'Us, belikan dia Glider ni. Ye masih bertemakan outdoor activity. No more Hotwheel or Tomica bebeh! :)


Sekian kisah harijadi Irfan.
Selamat Hari Lahir ke 6 anakanda!
Awak masa ni dah boleh bercakap lebih baik dari dulu, walaupun banyak lagi vocab yg belum tahu. Awak dah boleh mengira beratus sampai ribu.
Awak dah boleh menulis dan mengeja. tulis nama sendiri yang panjang tu sekali.
Awak dah boleh baca tanpa intonasi.
Awak boleh hafal ayat hafazan tapi awak malu nak baca depan mama.
Awak tahu pasal solat, cuma awak nak solat kat sekolah saja. Mana boleh gitu. haha
Awak dah boleh baca doa2 lazim, tapi awak cuma baca doa makan je depan mama.
Awak pemalu tapi bab tunjuk apa awak ada awak tak malu sgt. haha
Awak tak suka orang tengok2 awak.
Awak masih tak suka orang cakap kuat2, bising2.
Awak suka tengok Minecraft, Ultraman, dan Nerf. No more upin ipin, boboiboy, tomica dan hotwheel.
Awak dah mula suka main lawan2 superhero dan mama adalah lawannya secara paksaan.
Awak dah berani pergi berkawan dekat playground walau awak masih tak tanya nama kawan awak.
Awak aktif, awak penyayang, awak mudah tersentuh. :)
Awak akan cari abah bila mama marah awak. Kalau abah tak ada awak pandai pulak whatsapp abah. haha
Comel.
Mama love u.
Sangat-sangat.

We love u darling!


Mama Irfan,

Untuk dia hey! Untuk dia hey!

hey hey!

Entry ni tentang dia.
24 May, hari dia yg ke 33.

tak perlu tutup lah yang oi.. haha


Tapi sebelum hari tu menjelang, saya dan Irfan sgt gigih mencari surprise buat dia. Err Irfan termasuk ke? tak kot, tp KENA ikut. hahah ye lah takkan nak tinggal anak sengsorang kan. hahaha


Kisahnya, dia outstation dan dengan bangganya, saya tiada kereta untuk keluar. Ajak orang tu orang ni semua pakat bz. Ok fine. Tetiba teringat MyTeksi. Terus install apps tu tapi seram sejuk nak guna. haha. Pikir 2-3 kali, ok cuba je lah. 15 minit request, 9 teksi berkeliaran sorang pon taknak amik. wuaaaaa T_T. Pastu masuk zohor. Saya fikir, kena solat dulu kot, baru Allah permudahkan. Dah sudah solat buat lagi skali, kali ni kalau takde jugak mmg cancel terus. Tetiba, ting! ada teksi bidding! YAY! terus dapat call dari pemandu teksi cakap nak sampai lg 5 minit. Bergegas lah sarung tudung segala. haha

dalam perkhidmatan My Teksi

Irfan first Komuter. biasa dia naik LRT je.


Maka destinasi paling senang dan mudah sampai adalah KLCC. Naik teksi sampai Komuter batu 3, lepas tu turun KL sentral naik LRT sampai ke destinasi gemilang walaupun amik masa selama 2 jam! Ye lah habis masa tang teksi berhemah dalam jem dan komuter separa lemmms tu. hihi tapi Alhamdulillah. Misi tercapai. =)

So hari birthday dimulakan dengan HARI SUKAN irfan hahahaha. Bertabah lah, sukan nak ade harini jugak kann. Si besday boy pon kepenatan tak habis lagi sebab baru balik outstation. Mujur Irfan ada menang jugak, ada laa pingat kenangan tadika. hahaha

Menang pertandingan metanang air yang penuh. Sukan kindy ni bukan kira sape habis cepat, tapi END RESULT. haha bagus bagus. :D

Muka separa ketat sebab dia demam pada hari tersebut.


Untuk dia, saya dengan gigih buat 2 kek terus. Amik kau. Sebenarnya, saya memang suka tunggu besday dia dan try buat kek baru. Ye lah kalau buat saja2 mcm takde punca je. Tak syok la kan. So dua kali laa kena potong kek. :D Untunggg laa bini juai kek kannss~~hahaha

Kek checkered rainbow dan Mango insidious. Wah poyooo sekali nama kek.


Hadiah untuk dia?
bagi handbag.
bunyi mem pempuan plak kan.
tp laki hakak mmg perlu pon, sebab ada banyak2 benda dia nak kena usung.
so kita bagi dia handbag style2 sikit.
#akubajetstylehabis

Irfan pulak bagi Tshirt.
#mestilahirfantaktahumenahuhalni

dua2 33. persamaan kuadratik menyatakan  3+3 = 6 (irfan). #whatever

Happy Birthday hubby!
Semoga awak dipanjangkan umur utk lebih beramal, sihat dari segala penyakit, terhindar dari dosa dan maksiat, berlindung kepada Allah dari api neraka dan dilimpahi rezeki yang tidak disangka-sangka. Amin.



cc,

17.4.15

SET JERAGAT SHAKLEE : PREMIUM SET

Assalamulaikum semua.

Hujan2 ni terpanggil untuk share topik kegemaran wanita seluruh dunia, semestinya tentang JEGARAT!

Saya selalu pegi buat facial, rata2 semua beautician cakap punca utama jeragat adalah dari sinar UV. Kita tak pakai sunblock, kita kekurangan kolagen, kita kekurangan vita C, dan masalah kulit kering!

Jadi apa yang anda perlu buat?
Cuci muka takkan jadikan jeragat tu tertanggal ye sayang.

So langkahnya adalah dapat kan SET JERAGAT PREMIUM ini.


Langkah 1 : NUTRIWHITE ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION

Pakai ini sebagai sunblock anda setiap hari. Dont worry sebab skincare ni sangat2 selamat, tidak menghakis, tiada paraben dan chemical berbahaya. So natural dan sangat sesuai untuk kulit asia mcm kita.



Langkah 2 :  SUSTAINED RELEASED VITAMIN C

Tadi saya ada sebut kan punca jeragat adalah kerana kulit kering dan terdedah sinar UV. So fungsi Vitamin C disini adalah melindungi kulit dari serangan sinar UV dan membantu pembentukan kolagen semulajadi pada kulit. Bila kolagen terbentuk, kulit pon tak kering, maka jeragat pon tak timbul.

Lagi best lagi, Sustained Released Vita C Plus Shaklee ni membekalkan vitamin C untuk kita SETIAP JAM selama 5 jam! So nampak tak bagaimana hebatnya vita C ni melindungi anda sepanjang hari? Dalam tempoh ini lah proses hilangkan jeragat akan berlaku kerana proses pemulihan yang aktif.

Pengambilan Vita C secara berterusan jugak mampu mencerahkan kulit, maka jeragat jugak akan semakin pudar dan hilang! :)




Langkah 3 : COQ HEALTH PLUS

Ini adalah langkah untuk menghalang sinar UV dan pulih dengan LEBIH CEPAT!
Bila kita terdedah pada matahari, semestinya kulit akan jadi SUNBURN. Sunburn ni lah akan jadikan jeragat makin kronik, iaitu jeragat kasar!

Sinar UV ni akan merosakkan kulit dan menghasilkan kulit mati. Then kulit mati akan membentuk bintik hitam yang semakin banyak!

So, Co-enzym Q10 dalam COQ ni akan menghalang kesan kerosakan pada kulit dengan meningkatkan penghantaran oksigen pada wajah.

Ini akan meningkatkan kadar pemulihan, proses rejuvenasi malah menghasilkan kolagen. Ia akan menjadikan kulit berjeragat lebih cerah dan jeragat makin hilang.




Langkah 4 : VITAMIN E COMPLEX

Yes, vitamin E sangat terkenal untuk merawat pelbagai masalah kulit termasuk jeragat kerana kandungan antioksidan yang sangat tinggi!

Hanya 1 softgel vita E plus sehari mampu mengurangkan bintik jeragat dan menghalang penuaan wajah.

Cara paling berkesan selain makan, anda boleh jadikannya sebagai masker.

- gunting kapsul dan ambil minyak vitamin E ini kemudian sapu pada kawasan jeragat.

InsyaAllah, proses hilangkan jeragat akan lebih pantas. JIMAT DAN BERKESAN! :)





Langkah Optional : Shaklee Collagen Powder.

Untuk mereka yang punya budget lebih , langkah ini paling pantas dalam mendapatkan hasil yang tiptop. Sebabnya, kulit anda mendapat sumber kolagen secara terus. Daya elastik kolagen shaklee memang akan memberi kesan dalam masa yang singkat.



BERAPA LAMA KESANNYA?

Ok, actually bergantung pada tahap seriusnya jeragat anda. Kalau jeragat baru, boleh hilang seawal 2-4 minggu. InsyaAllah.

Apa yang penting untuk mendapatkan hasil adalah pengambilan secara berterusan. Jangan stop2 tukar2 produk. Macam tu memang susah nak nampak kesan. :D

InsyaAllah SET PREMIUM ni beri kesan terbaik buat anda di samping menjaga kesihatan organ. :)



For more info,


Whatsapp : 0122747294
Instagram : @slimbeauty_bywirda
FB : Wirda Rasid

11.2.15

Punca, Rawatan & Pencegahan : Bagaimana KANSER terbentuk?


KANSER.
Bila sebut pasal kanser, kita terbayang hampirnya pada kematian kerana ia adalah penyebab utama kematian di dunia. Yes, ada sesetengah pesakit mampu melawannya, namun ramai yang menemui ajal.



DARI MANA PUNCANYA?

Banyak faktor yang membawa kepada penyakit kanser. Antaranya
  • Radikal bebas - setiap hari kita semua terdedah dengan serangan radikal bebas yang berpunca dari pencemaran, sinar uv, metabolisme, dan sebagainya. Tiada yang terkecuali.
  • Diet yang tidak seimbang - pertumbuhan kanser dalam darah berasid! Jika kita banyak makan makanan manis dan berlemak, badan kita akan jadi berasid dan menggalakkan pertumbuhan sel ini.
  • Genetik - mereka yang ada keturunan pesakit kanser sangat berisiko tinggi.
  • Gaya hidup tidak sihat  Merokok merupakan antara punca utama kanser yang menyumbang kepada 22% kes kanser di seluruh dunia dan 71% kematian daripada kanser paru-paru.
BERMULA DARIPADA SEL YANG ROSAK MEMBENTUK KETUMBUHAN!!

Tahukah anda setiap dalam tubuh kita terdiri daripada binaan sel-sel yang kecil. Selepas 21 hari, setiap sel tersebut akan mati (proses ini dinamakan Apoptosis) dan diganti dengan sel yang baru. Kanser terjadi apabila ada sel yang sepatutnya mati, tapi tak mati!! Sel ini yang dipanggil sel yang rosak!

Pada asalnya sel yang rosak ini tak merbahaya tapi oleh sebab ianya rosak, kadang2 ada sel ini yang memduplikasikan diri tanpa henti. Maksudnya selepas 21 hari pun tak ada yang mati. Jadi, semakin lama sel yang rosak akan semakin membesar dan menjadi ketumbuhan ataupun dalam bahasa medik, TUMOR! Namun, tumor ni masih tidak dikategorikan sebagai merbahaya kerana ianya boleh dibuang melalui pembedahan.

Situasi akan mula bahaya apabila sel yang rosak ini berkembang dan mengganggu sususan tisu di dalam badan. Apabila semakin membesar, kumpulan sel yang rosak ini jugak akan memerlukan oksigen lalu menarik salur darah baru utk terbentuk.

Dengan adanya salur darah yang bersambung dengan kumpulan sel rosak tersebut, maka bermulalah fasa yang berbahaya. Sel-sel yang rosak tersebut akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke kawasan2 lain dalam badan dan menyebabkan kanser.

ok jom kita tengok rajah ini untuk lebih mudah paham. :)








CARA RAWATAN & PENCEGAHAN

Antara cara rawatan kanser yang paling popular ialah kimoterapi. Tujuan utama adalah untuk membunuh sel kanser tapi oleh kerana ianya dibuat keatas seluruh badan, sel badan yang sihat jugak terkena tempias.

Sebab tu lah pesakit kanser yang sudah alami rawatan kimo akan kelihatan pucat, tak bermaya, rambut gugur dan susut berat badan. Ubat yang dimakan lepas rawatan juga mempunyai pelbagai kesan sampingan. T_T

Jadi, alternatif lain adalah denga pengambilan VIVIX, antioksidan yang membantu melindungi dan memperbaharui sel2 DNA yang rosak akibat rawatan dan serangan kanser. Ini kerana vivix mengandungi Revesratrol yang telah diuji secara klinikal mampu menrencatkan sel kanser dari menjadi semakin serius. Ok nanti saya akan terangkan lebih detail dalam entry lain. :)


RESVERATROL bahan yang terkandung dalam VIVIX!


FAKTA PENTING!!


Sel kanser tidak boleh berkembang dalam darah BERALKALI! Jadi sangat2 penting untuk pesakit atau kita mengambil makanan beralkali setiap hari. Sumber paling mudah adalah SAYUR-SAYUR MENTAH, and of course ALFALFA, supplement yang bersifat alkali yang tinggi!

Selain tu, proses oksidasi juga menyebabkan darah berasid. Jadi, ambil ANTIOKSIDAN seperti VIVIX/VITAMIN A, C , E dalam DIET HARIAN anda untuk langkah pencegahan dan rawatan. :)
Vitamin ACE, antioksidan terbaik untuk mencegah kanser.


Your Health & Beauty Consultant,

Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @slimbeauty_bywirda

SHAKLEE : Best Brand in MLM!



Assalamualaikum.. Sejuk pagi rabu ni.. Sejuk lagi hati bila ade berita gini. 

SHAKLEE NO#1




Alhamdulilah.. Tumpang bangga berada dalam business ni. Dalam banyak-banyak business MLM yang jual supplement..this is the BEST!! U all yang consume pon patut bangga tau, sbb makan supplement thorrrrrbaik ni! Hahaha

Dulu saya tak pernah tahu pon business ni adalah MLM. Mujur lah tak tau sebab kalau tau tobat saya takmau amik port langsung. Hahaha (seram pengalaman MLM dulu2)

Kenapa saya tak tau? Kenapa lepas tau saya still teruskan?

TELUS. IKHLAS. Ni lah jawapannya.
Bersyukur sebenarnya bernaung di bawah group yang betul, yang tak mementingkan headhunting, yang tak paksa org keluarkan modal ribu2 untuk terus capai rank pertama lepas tu lantak kau lah.., NO! Shaklee is not like that! Saya tak tahu kalau ada yang amalkannya atau tidak tapi group saya TIDAK! Kami lebih kepada real business, JUAL PRODUK KESIHATAN - bantu org untuk tingkatkan kesihatan dan bantu mereka yang nak tambahkan pendapatan dan tingkatkan ekonomi mereka sendiri. Business yang lebih berkat dari tunggu org lain buat kerja u duduk goyang kaki dapat duit.  Saya mulakan business ni dengan register rm65 sahaja, tanpa modal beli barang langsung!  Dan sekarang Alhamdulillah.. Saya dah dapat berpuluh kali ganda dari apa yang saya bayar dulu. BERBALOI kan?


So, this is the BEST BUSINESS, the BEST BRAND in MLM, the BEST NUTRITIONAL SUPPLEMENTS in the world!! 



this is our humble President Shaklee Malaysia, Mr Victor.



#iloveshaklee
#joinus
#shakleemembership
#platinummillionaire
#spectacular


Founder of PlatinumMillionaire,

Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @slimbeauty_bywirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

29.1.15

My tiga tiga.

Naik angka lagi. ha ha ha.. ok entry yg dah basi sebenarnya. Tapi masih bulan hepibesday. hihi

Beruntung sebenarnya umur dah 33 tahun pon boleh sambut dengan mak abah skali. Alhamdulillah.. semoga Allah panjangkan umur mereka dan sentiasa berkati hidup mereka berdua...amin.

Sebenarnya setiap tahun sambut besday dengan budak comel ni. Anak sedara. Birthday berkembar, jimat kos orang yg belanja. hahaha.


Macam biasa lah setiap kali birthday saya mesti nak redeem semua yang free..tu untung jadi membership sana sini..haha. Yang tak free pon automatik jadi free sebab cinta hati kena belanjaaa. hahaha tq dear hubby for everything.

Dari bangun pagi dapat kad setebal buku.

Dah lupa beli kek, dia beli lagi cupcake comel esok pagi. alaa suwiittt sgt.. #muahciked


dan kenapa kekcomel mesti ade 2 padahal feberet ku cupcake comel tu. Ni keistimewaannya.. dia ni memang kalau beli benda yg ada 2 pilihan, dia akan beli dua2 sebab senang takyah pening nk pilih.. ha ha ha. Macam kalau suruh beli burger kosong biasa sahaja.. ada je kang dia nak up bg best jd burger special atau burger bakar hakikatnya daku suka yg biasa saja. Sungguh tak mendengar arahan demi memberi yang terbaik. haha cemana tu? #redha #syukur #terimakasih #grateful :D



okey masa ni mak kasi can kami dating.. so berpoyo-poyoan lah berdua. Posing kedai spek maknanya bagi hint nak sunglass baru lah kan bagi menggantikan omaiguci ku yang dah patah setahun tanpa sebarang bukti kukuh tu. huhu


Entah dimana silapnya kalau pakai sunglass mesti fefeling nak jadi retis. hahahahhaa #takkaitan #tapikorangponsamakan?



Happy birthday to ME!
Semoga impianku dan perjalanan hidup ku tahun ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah. InsyaAllah. Amin.


yg muda,




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...