Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

25.8.10

Resepi Rahsia #09 :: Nasi Hujan Di Tengah Hari

Adoiyai...sejak dua menjak nih asyik hujan saja petang..lebat plak tu. Kalau panas, terik lah sgt matahari tu. Dalam saya dok potpetpotpet tu, teringat pasal nasi hujan panas. Oh resepi nih, ekceli saya agak2 saja. Dulu time study, ada menumpang kat umah makcik BFF, si makcik BFF telah buat nasi ni..dan menunjukkan teknik colouring nasi hujan panas. Jadi saya pandai2 saja lah membuat nasi ini dgn gaya anggun lagi mabeles. Kahkahkah.


~Nasi Hujan di Tengah Hari~
Bahan-bahan :
Nasi
Beras secukupnya
2 sudu minyak sapi
3 biji bawang merah -kisar
2 biji bawang putih -kisar
1/2 inch halia -ketuk
bunga lawang dan buah pelaga
serai -ketuk
daun pandan
garam dan gula
pewarna merah dan hijau yg dibenarkan

Ayam
Ayam secukupnya - perap dgn garam dan kunyit
1 biji bawang besar -kisar
3 biji bawang putih -kisar
2 sudu cili boh
4 sudu tomato puree
buah pelaga
kulit kayu manis
garam dan gula
Cara membuatnya ::
Nasi
1) Tumis bahan kisar dan ketuk dengan minyak sapi sehingga naik bau.
2) Masukkan semua bahan2 lain, masak sehingga hampir kering. Titiskan dua tiga tempat pewarna2 yg anda suka. (amaran :: jgn terlalu banyak kerana warna akan menyerap sampai ke dasar periuk). Siap!
WEeeeeeeeeWiiiiitt!
++Nama sebenar :: Nasi Hujan Panas++

Ayam masak merah
1) Goreng ayam terlebih dahulu.
2) Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili dan tomato puree dan masak sehingga pecah minyak.
3) Masukkan bahan selebihnya dan juga ayam. Siap jugak!

Waaaaaaaaaaaaaweeeeeeeeee!


Jadi semuanya boleh di makan dengan jelatah/acar timun dan juga papadom.

Papadom
1) Beli kat kedai dan goreng terus. sekian.

So complete set RM9 henggit. (hahahaha mahai tak kedai saya?)

Yummmmmmmmeiiiiyyyyyyy~!




Jom cuba try test tgk!
Selamat berbuka!

17.8.10

Resepi Rahsia #06 :: Nasi Tom Tom Bak!

Yuhuuuu~
haiii~cik kiah, kak tipah, mak minah..bertemu lagi kita di ruangan rehsepi rahhhsiyeee..(kasi sengau sket sebutannye)
Ohw, buat julung2 kalinya saya nk try buat nasi-tomato-wannabe ini selepas kebuntuan saya di selesaikan oleh sahabat di YM. Resepi dihujung jari. Dia cuma ckp tumis macam biase dan letak tomato puree je. Sukatan? Saya tibaii saja. Hahaha..Jadi saya tidak akan memberi ajaran sesat untuk nasi itu walaupun ianya jadi tetapi bg saya ia blom cukup mabeles untuk di sharing is caring. Hahaha. Maka dengan itu, saya letak gambar saje lah..

Tadaaa! (pendek dh bunyinye..sbb tak share resepi)

~Nasi Tom Tom Bak ~
OK, biasanya org makan ngan ayam masak merah ulala..tapi arini saya tukar, saya buat lauk daging panggang berskala 180 rektar. Kah kah kah nama nk perasan gempak saja..


~Daging Panggang Berskala 180 Rektar~
Bahan-bahan:
Daging sebesar tapak tangan (saya tatau brapa gram..hihi)
3 bijik bawang merah - kisar
3 biji bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Mixed herb
Serbuk kunyit
Garam, gula dan pepper


Cara membuatnya:
1) Perap daging dgn semua bahan tadi. Kemudian sila bakar dlm oven 180 darjah 5 merah selama lebih kurang 20minit.


Showwwwwtimeeeeeeeeeee!


~Acar Timun Simply SitiWirda~
Bahan-bahan:
Timun
Karot
Tomato
Bawang besar
Cili
Garam dan gula


Cara membuatnya :
1) Potong semua bahan tadi dan gaul bersama garam dan gula. Siap lah tu. ;)
wooooooawwweeeeeeeeeeee~!


~Air Asam Ya Auw Auw~
Bahan-bahan:

1 biji bawang besar
1 biji cili besar
3 biji cili kecil
1 biji tomato
1 mangkuk air asam jawa
1 camca besar kerisik
1 camca teh susu pekat
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1) Potong nipis2 bahan2 tadi dan campurkan kesemuanya. Siap jugakkkk!


YesssssszaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA!


Wah semuanya hanya dengan SATU langkah! Semua org musti bleh buat punya! Da~~

Nak masak apa lg tah?

13.8.10

Resepi Rahsia #05 :: Nasi Mamita Saya

Dolu-dolu, masa mamita saya seorang cekgu sekolah menengah, mamita juai macam2 pada seblah petang. Kalau bulan Ramadhan, samaada mamita buka gerai kuih dan ikan bakar ataupun ambil tempahan kuih raya. Dua-dua pun saya suka menyibuk. Tapi untuk budak berumur bawah 12 thn ketika itu, pastinya potong ceri dan letak kat biskut samperit (bunga) adalah tugasan harian yang borink. Haha. Ok selain itu, mamita juga penah jual Yong Tau Foo dan juga Nasi yang saya nk bg resepi ni. Hehe..saspen tak nasi apa? :D Baiklah untuk tidak membuang masa, mari kita lihat resepi berbuka yang saya masak semlm..teng teng teng...

AMARAN :: Resepi ini mungkin bukanlah 100% Mamita, kerana rasanya ada terskip dan tertambah bahan jugak. Asalkan rasa sama sudah...hahaha

~Nasi AYAM Mamita~

Bahan-bahan Nasi dan Ayam:
2 cawan beras (ikut lah anda nk makan brapa org..ini utk 3 org)
1/2 ekor ayam (kalau suka makan ayam, sila beli sekor)
1 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
*** bahan kisar adalah untuk nasi, perap ayam dan sup. So sila agak2 sendiri***
1 1/2 camca mentega
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai
2 biji buah pelaga
secubit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
daun pandan (optional - kalau nk lebih bau wangi)
Bahan untuk sos cili
4 tangkai cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
sedikit perahan limau nipis
garam dan gula


Cara-cara membuat :

Nasi
1) Mula-mula, rebus ayam dlm kuantiti air yang banyak lebih kurang 10 minit. Angkat ayam.
2) Panaskan mentega didalam periuk nasi, tumis bahan sehingga naik bau. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, serbuk kunyit dan serai.
3) Masukkan beras dan air rebusan ayam tadi pada sukatan yang betul. Kemudian masukkan daun pandan, satu sudu kecil garam dan sedikit gula. Kacau dan tutup.
**Nak sukat air untuk masak nasi, masa basuh beras tu sukat la sepsiap brapa cawan air yang perlu untuk sukatan beras tu.**

Ayam
1) Perap Ayam dengan kicap, sedikit bahan kisar tadi, sedikit gula dan garam.
2) Lepas tu, buleh la goreng. Tak perlu lama sgt, sbb anda dh rebus sekejap tadi.
Sup
1) Masukkan bahan kisar yang selebihnya ke dalam air rebusan ayam tadi. Letak buah pelaga, bunga lawang, garam dan gula, serbuk sup dan apa2 sehingga jadi sup.. Adoi tak larat explain. Nak senang amik sup bunjut. =p

Sos Cili
1) Kisar bahan sos tadi dengan sedikit air masak. Siap.


Fuhh.. dah siap. oh meh bunyi template seprais lg.

TadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA!!

++ Macam Nasi Ayam kan? (memanglah ia adalah nasi ayam!!!) ++


Selamat Mencuba dan Selamat Berbuka!

**Arini OFF masuk dapur kerana akan ke Buffet Ramadhan..almaklumlah celebrate 1001days! Jom join!!




Jgn tertekan tgk resepi panjang2, tak sampai sejam pun saya buat,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...