29.7.11

Resepi Rahsia #20 :: Puding ROTI Karamel

Aha. This is my 1st trial ever. Sebenarnye tak suka sgt makan puding karamel, sebab kandungan telur yang banyak tu buat saya loya sket. Tapi semlm tengah jalan2 kat blog Secubit Garam, tetiba nampak puding ni. Oh gebu lah dia buat. Sebab dia letak roti. So jadi lah namanya puding roti karamel. Terus saja teringin nak buat. haha

Jom tengok resepi.

Bahan-bahan
4 sudu besar gula (untuk jadikan karamel)
4 keping roti
3 biji telur A @ 4 biji gred B (di pukul manja dan di tapis)
1 cawan air suam
1 cawan susu cair (saya guna susu segar)
1/2 cawan susu pekat (kalo nk manis lagi, letak 1 cawan)
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara
1) Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali (guna api kecil), masak hingga gula jd perang. Kemudian masukkan 1 sudu besar air. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

2) Panaskan pengukus.

3) Carik2kan roti (buang kulit) kemudian blender bersama air suam dan susu.

4) Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.

5) Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam).


Kalau guna loyang yg kecil sikit mesti lagi nampak gebu. Rasa puding ni, lebih kurang je ngan rasa puding karamel original.

Tadaaaaaaaaa~!

Puding Roti Karamel

Loyang 8 inci mcm ni lah jadinya, nipis sikit dan tak nampak kegebuan... ;)





Mesti cuba.

2 comments:

atulhani said...

saya suka puding karamel !! hehehe

..:: WiRdA ::.. said...

mesti terel buat neh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...