Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

29.7.11

Resepi Rahsia #20 :: Puding ROTI Karamel

Aha. This is my 1st trial ever. Sebenarnye tak suka sgt makan puding karamel, sebab kandungan telur yang banyak tu buat saya loya sket. Tapi semlm tengah jalan2 kat blog Secubit Garam, tetiba nampak puding ni. Oh gebu lah dia buat. Sebab dia letak roti. So jadi lah namanya puding roti karamel. Terus saja teringin nak buat. haha

Jom tengok resepi.

Bahan-bahan
4 sudu besar gula (untuk jadikan karamel)
4 keping roti
3 biji telur A @ 4 biji gred B (di pukul manja dan di tapis)
1 cawan air suam
1 cawan susu cair (saya guna susu segar)
1/2 cawan susu pekat (kalo nk manis lagi, letak 1 cawan)
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara
1) Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali (guna api kecil), masak hingga gula jd perang. Kemudian masukkan 1 sudu besar air. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

2) Panaskan pengukus.

3) Carik2kan roti (buang kulit) kemudian blender bersama air suam dan susu.

4) Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.

5) Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam).


Kalau guna loyang yg kecil sikit mesti lagi nampak gebu. Rasa puding ni, lebih kurang je ngan rasa puding karamel original.

Tadaaaaaaaaa~!

Puding Roti Karamel

Loyang 8 inci mcm ni lah jadinya, nipis sikit dan tak nampak kegebuan... ;)





Mesti cuba.

2.6.11

Resepi Rahsia #17 :: Mi Pavlova


Hello! Lama kan tak jadi chef bajet terel kat sini. Haritu kat entry birthday hubby, saya ada tunjuk Pavlova buatan sendiri buat julung2 kalinya. Maka dengan itu, ada dua tiga org kawan minta resepi even saya dah bagitau saya pun cilok dari internet aje. Haha, maybe nk bukti 'org tempatan' sendiri yg buat sehingga jadi, baru nk cuba kot. Nevermind, I'll share with u ols~


Mi Pavlova

Bahan-bahan:

4 biji putih telur (besar)
1 cawan gula Castor
1/2 camca teh cream of tartar ATAU 1 camca teh white vinegar (saya guna cream of tartar)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca besar tepung jagung

1/2 cup whipping cream
Buah-buahan segar - strawberi, kiwi, etc...


Cara membuatnya:

1. Panaskan oven 140C dan sediakan loyang yg dilapik kertas turas. Kalau nak bentuk pavlova jadi bentuk elok, lukis lah bulatan 7inch atas kertas tu. Hehe. Tak lukis pun ok je.

2. Pukul putih telur dgn kelajuan sederhana sehingga kembang. (soft peak)

3. Masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Teruskan pukul sehingga putih telur kelihatan berkilat dan menjadi stiff peak.

4. Taburkan tepung jagung, cream of tartar dan esen vanila ke dalam meringue (adunan putih telur) tadi dan kacau perlahan-lahan dgn plastik spatula. Better buat satu arah saja. ;)

5. Tuangkan adunan di atas dulang, dan bentukkan mengikut kesukaan atau mengikut bulatan yg anda lukis tadi. :)

6. Bakar meringue selama 1 jam 15 minit atau sehingga ia kelihatan seperti warna kulit telur.

7. Tutup oven and biarkan pintu oven terbuka sedikit supaya meringue tadi sejuk sepenuhnya. Meringue akan retak sedikit bila dah sejuk.

8. Untuk cream, pukul whipping cream dengan esen vanila sehingga kembang.

9. Sapu perlahan-lahan cream tadi ke atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.


** biasanya pilih buah yg masam2 manis sikit sebab pavlova adalah sgt manis. ;)


SIAPPPPP!

mmg dia akan merekah pun. jgn igt tak jadi pulak. tp kalo tak merekah byk sgt lagi comel kot. haha



gebu eh?


Selamat mencuba!




tgh dlm process membuat macarons sehingga berjaya,

2.9.10

Resepi Rahsia #11 :: Sagu Gula Shah Alam

Haha againnn...bias gila tajuk resepi saya kan.. Biar lah ini kan blog saya.
So, mari membuat desert cepat, cekap dan amanah. Huh apa kaitan..


~*Sagu Gula Shah Alam*~

Bahan-bahan:
Sagu (ikut suka lah nk byk mana)
Gula merah/Gula melaka
Santan / Susu Cair
Daun pandan

Cara membuatnya:
1) Basuh sagu kemudian rebus didalam air bersama daun pandan sehingga masak. Toskan dan isi dlm mangkuk2 kecik. Letak dalam peti sejuk.
2) Cairkan gula merah/melaka di atas api. Bila siap, isi dalam mangkuk. (perlu ckp ke?)
3) Kalau taknak guna susu cair yg pantas, sila guna santan yg di suam2kan atas api, letak secubit garam.
4) Nak makan, sila la kluarkan mangkuk sagu dari peti ais dan tuanglah susu/santan bersama gula cair tadi. Yey!

Woooooooooooooooooooooooooooooot!

++ Nama sebenar-benarnya :: Sagu Gula Melaka ++

Saya malas, jadi pakai susu cair saja,

10.9.09

Resepi Rahsia # 001:: Cik Puding Ku Sayang

Semekom..
Selamat pagi tuan2 dan puan2 di berada di rumah, di opis, di dlm keta mahupun di mana jua anda berada..selamat membaca entry istimewa bulan ramadhan sy pada hari ini ye.

sebenarnye sy ingin membuat sharing kerana sharing is caring, tentang juadah sampingan di kala berbuka puasa mahupun bersahur nanti ye puan2..
oh mungkin tuan2 dan puan2 ada yg sudah terer dgn menu ini tetapi sy ttp nak sharing kerna inikan blog saya jadi suka ati saya lah mungkin ada yg tidak penah buat...

Tajuk menu sy adalah :: Cik puding ku sayang (bukan nama sebenar)


Bahan2nye ialah :
  • 1 paket agar2
  • 1 tin mix fruits cocktail ( ikut suka nk letak buah ape pun)
  • 1 cawan susu cair (mcm susu ideal tu)
  • 3 sudu kecil tepung kastad
  • 2 senduk kecil gula ( ikut kadar kemanisan diri anda, jgn sampai kena diabetes)
  • 4 cawan air
Cara membuatnya :
  1. ambil periuk yg sesuai, dan letak atas dapur, nyalakan dapur itu.
  2. masak agar2 dgn 4 cawan air tadi.
  3. masukkan mix fruits dan susu cair diikuti dgn tepung kastad. (pastikan bancuh tepung kastad terlebih dahulu dgn air) **jgn bancuh ngan air panas k....nahas akibatnya!
  4. kemudian masuk gula senduk per senduk..rasa lah kemanisannya ye.. tp kalo time puasa takleh rasa, sukatan ini sudah memadai..kerna air mix fruit td pun dh manis.
  5. tutup api. tak perlu terlalu lama..kang abis buah2an tu lunyai. (**lunyai = hancur)
  6. tuang ke dlm bekas puding. tunggu sehingga beku dan dah bleh makan.


++inilah hasilnya...puding buah kastad sebenarnye..hahahaha.. enak dimakan bersama susu cair juga!++

ye puan2 dan tuan2..mudah bukan? Jadi apa tunggu lagi? Kita berjumpa lagi di hari dan waktu yg lain..sekian, selamat mencuba~!


chef perasan,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...