2.6.11

Resepi Rahsia #17 :: Mi Pavlova


Hello! Lama kan tak jadi chef bajet terel kat sini. Haritu kat entry birthday hubby, saya ada tunjuk Pavlova buatan sendiri buat julung2 kalinya. Maka dengan itu, ada dua tiga org kawan minta resepi even saya dah bagitau saya pun cilok dari internet aje. Haha, maybe nk bukti 'org tempatan' sendiri yg buat sehingga jadi, baru nk cuba kot. Nevermind, I'll share with u ols~


Mi Pavlova

Bahan-bahan:

4 biji putih telur (besar)
1 cawan gula Castor
1/2 camca teh cream of tartar ATAU 1 camca teh white vinegar (saya guna cream of tartar)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca besar tepung jagung

1/2 cup whipping cream
Buah-buahan segar - strawberi, kiwi, etc...


Cara membuatnya:

1. Panaskan oven 140C dan sediakan loyang yg dilapik kertas turas. Kalau nak bentuk pavlova jadi bentuk elok, lukis lah bulatan 7inch atas kertas tu. Hehe. Tak lukis pun ok je.

2. Pukul putih telur dgn kelajuan sederhana sehingga kembang. (soft peak)

3. Masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Teruskan pukul sehingga putih telur kelihatan berkilat dan menjadi stiff peak.

4. Taburkan tepung jagung, cream of tartar dan esen vanila ke dalam meringue (adunan putih telur) tadi dan kacau perlahan-lahan dgn plastik spatula. Better buat satu arah saja. ;)

5. Tuangkan adunan di atas dulang, dan bentukkan mengikut kesukaan atau mengikut bulatan yg anda lukis tadi. :)

6. Bakar meringue selama 1 jam 15 minit atau sehingga ia kelihatan seperti warna kulit telur.

7. Tutup oven and biarkan pintu oven terbuka sedikit supaya meringue tadi sejuk sepenuhnya. Meringue akan retak sedikit bila dah sejuk.

8. Untuk cream, pukul whipping cream dengan esen vanila sehingga kembang.

9. Sapu perlahan-lahan cream tadi ke atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.


** biasanya pilih buah yg masam2 manis sikit sebab pavlova adalah sgt manis. ;)


SIAPPPPP!

mmg dia akan merekah pun. jgn igt tak jadi pulak. tp kalo tak merekah byk sgt lagi comel kot. haha



gebu eh?


Selamat mencuba!




tgh dlm process membuat macarons sehingga berjaya,

4 comments:

Am said...

Walla... Hebat la... Bleh try nih.. A'a.. Pavlova mmg merekah n rapuh2 sket kan

..:: WiRdA ::.. said...

buat ngan penuh kasih sayang..hahha a ah mmg rapuh pun..yg ade org buat tak merekah tu..tatau la resepi yg macam mana.. ade lg yg buat lepas bakar pun putih berseri lagi..itu lagi mabeles...hihi

Shuhada said...

yeay! jumpa.. ALhamduillah.. akan cuba :) tp kenapa masa akak jual macam x sama je:p

..:: WiRdA ::.. said...

shuhada, haa ni resepi zaman FIRST time buat..haha.. byk dah di modified utk jual.. practice makes prefect..:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...