28.7.11

Resepi Rahsia #19 :: Bread Pie Vege

,
Resepi ni diadaptasikan dari blog Kak Nor ni. haha mcm filem pulak nk adaptasi bagai. Dah lupa nama asal apa yg Kak Nor bg, so main hentam je namanya. Nak search kat blog dia pun tatau nama apa. hehe tp mcm ni la lebih kurang resepinya. Cumanya saya guna roti Wholemeal yg lebih berkhasiat dan jugak lebihkan sayur2an. Still dalam Misi Vegetarian punya kes lah ni. Hehe..

Bahan-bahan:

Roti Wholemeal/ Biasa,
bawang besar (kuning)*
timun*
seleri*
capsicum*
tomato*
cendawan shitake/butang*
ayam/sosej/daging * (optional)
olive oil
cheddar cheese
mozzarella cheese

potong dadu semua yg bertanda *

Cara membuatnya:

1) Panaskan oven 140C. Giliskan roti sehingga nipis dan potong tepi. Masukkan ke dalam bekas pembakar muffin atau tart. Bakar selama 5-10minit. Siap, dah jadi mcm bentuk pie roti

2) Goreng semua bahan yg di potong dadu dengan olive oil sehingga masak.

3) Masukkan bahan goreng kedalam pie roti tadi. Taburkan cheese keatasnya dan bakar selama 5-10minit lagi. SIAPPP!


Senang kan?? Sedap di makan panas2 dan garing.




Selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...