20.7.11

Resepi Rahsia #18 :: Kek Seth Tan a.k.a Devil's Food Chocolate Cake



Assalamualaikum.
Hai semua.. Nampak kek kat atas tu?? phew..lama kan saya tak sharing pasal baking kek. Haritu lah, saja jelajah blog2 'masterchef' utk cari idea nak masak vege. Skali terpaut pada kek yg menggoncang jiwa ni. It makes me melting like a chocolate ganache dah.. Maka Ahad lepas, walaupun penat seharian mengemas rumah, saya gagahkan diri jugak buat kek ni.

Actually resepi ni saya jumpa kat blog Kak Nor, dan dia pulak amik dari blog Ayu dan dia tu pulak amik dari cupcakeschek.blogspot.com. Pergh resepi berantai kan. Ok la tu, sharing2 kan.

Ok jom tgk resepi kek ni. Kek 'Seth Tan'...haha nampak mulia sket nama kek nya.




DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE


Bahan-bahan:

1 cup tepung serba guna
1/4 cup serbuk koko
3/4 tsp soda bikarbonat
1/4 tsp garam
1/2 cup gula (saya kurangkan 1/4 je)
1/2 cup gula perang- ( sy guna 1/4 jugak)
65g butter
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only for this recipe)
1/2 cup air suam
Cara membuatnya:-
1) Panaskan oven 170 degrees.
2) Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, dan garam. Ketepikan.
3) Pukul butter dan gula sehingga kembang dan masukkan telur. Pukul lagi.
4) Masukkan bahan ayak tadi berselang seli dengan buttermilk dan air suam (selang seli 3 bahagian) . Akhir skali masukkan esen vanilla.
5) Bakar selama 30 minit.


Ok untuk topping cream cheese dan chocolate ganache, boleh guna setengah saja dari resepi asal dah cukup. Sebab bahan2 utk kek tadi takde lah banyak sgt jadi nye. Buat setengah pun akan berlebih jugak nanti. So jangan membazir. ;)


Cream Cheese Frosting (use half of this amount)
250g cream cheese
125 butter
1 cup gula icing
1 tsp esen vanilla
juice of a squeezed slice of lemon

Pukul cheese dan butter sehingga creamy dan masukkan gula icing, vanilla dan lemon juice.



Chocolate Ganache (use half of this amount)
200ml double cream ATAU whipping cream
250g dark chocolate
secubit garam

Panaskan cream menggunakan teknik double boiler. Masukkan coklat dan garam. Kalau sehingga cair.

Bila kek dah sejuk, boleh la sapukan cream cheese dan tuang coklat ke atas nya.


SIAP!

Okeh, ni versi exaggerate..hehe Bagaimanapun rupa bentuk, ia tetap sedap! Peminat no.1 saya adalah Irfan.. hahaha "maaaa~~~ nak kek...!"



Oh sebenarnya kek ni nk menyerupai kek Chocolate indulgence kat Secret Recipes. Cumanya saya tak buat layer2 je.. Next time kalo rajin saya buat jadi gini terus. Wahhh tingginya cita2..hehe.



**saya kurangkan gula sbb ada pesakit diabetes. tp kalo korang suka manis2, sila la ikut btol2.. :)





Selamat mencuba!

2 comments:

b said...

yeyeyeyeye kek ini sangat sedap okeyhh!!!!

tengss! :)

..:: WiRdA ::.. said...

sikit pulak kek ni...dah habis tak sampai seminggu pun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...