26.7.11

Percutian Familia

LADANG TEH

KEBUN STRAWBERI


KEBUN SALAD



Hah mana lagi kalau bukan di Cameron Highland! Di situ lah percutian ala2 family day utk family kecik saya tu awal bulan lalu. Family saya cuma ada 5 org; Abah, Mak, Abang, Saya, dan Adik laki saya. Okey saya anak perempuan tunggal. Tapi bila semua dah kawin, total ada 8 org termasuk menantu. Tapi bila dah beranak pinak. Jadi 12 org ahli keluarga. Wah dah tak muat satu keta dah. Kena beli bas lepas ni kalau nk berjalan2 satu keluarga. hehe.

Sayangnya percutian ni, abah tak dtg pulak. Bz jaga padi katanya. Orang dah pencen mmg rajin bercucuk tanam. hehe. Tipu, abah masa tak pencen lagi pun rajin jugak berkebun bersawah. Mmg anak jati kampung. Tak pulak berjangkit kat anak2 dan menantu. hehehe.

Ermm last saya datang Cameron adalah 3 thn lepas. Masa tu saya baru pregnant, tp blom check lg. So tak tau lg kata pregnant. So bila rasa loya nk muntah, bajet mcm mabuk jln la. Ye lah dah jalan pusing2 sapa tak pening. Hehe.

Ok seawal subuh kami bertolak dari KL, saya dan adik saya dari KL, mak dan abg saya dari Penang. Lalu bertemu di puncak Cameron.

Haa ni mamita saya dan cucu terbaru.. semua ckp muka saya photostat muka mak. Anda rasa?



Kami sewa apartment di sana. Erm..di Tanah Rata kalau tak silap. Murah saja, RM300 je sewanya. Ada 3 bilik, dapur lengkap pekakas semua, tv, dan sofa. Lalu malam tu, kami buat ala2 bbq. Tapi sorang2 adalah pelahap, maka telan semua makanan b4 ambil gambar. T_T


Yang masih terselamat.. semua disediakan oleh Chef Faizal..abg saya la tu...;)



Dah kenyang mestilah tak boleh sayangkan lemak, maka semua itu harus dibakar dengan cara berjalan2 di pasar malam Brinchang. Rasanya mmg ada setiap sabtu.

Benda yang ada di mana2, sayur goreng. Oh lupa nak amik gambar kuih glemer, namanya Kuih Brinchang. Sedap. ;)


Sibuk beli belah sambil menggedik. :p

Steam boat pulak. Ok tipu, mana boleh makan bila tiada ruang lagi dalam perut.

Haa makanya, kami tunggu esok hari, STEAMBOAT tengah2 hari pun boleeeeeehhh!


Adeh pegi 2 hari je. Cepat benorr. So lepas bersteamboat tu, kami beli belah la segala benda wajib seperti stoberi dan sayur2, dan terus lah turun ke tempat asal masing2. Ye tujuan datang pun sbb semangat VEGETARIAN sang Arjuna seperti yg saya citer kat SINI aritu. hehehe.

Lelaki ini kiut kiut!

Encik Chef (abang saya)

Puan Kakak Ipar, mak kepada 1st & 2nd Lelaki ini kiut.


Encik Adik Lelaki, dan Puan Adik Ipar...tu nenel tecik milik mereka. ;)


Dan akhir skali, Puan blogger dan Encik Arjuna saya. ;)




I LOVE MI FAMILIA!



miss u ols!

2 comments:

b said...

banyak lagi aturcara yg tidak di catatkan..misalannya sessi mengurut kkaki beramai ramai di mana mak mertua saya tak beghenti bercakap bergegas satu bangunan suara punya la kuat....hilang ketenteraman org lain nk ngurut..hahaha

pastuh aturcara awal2 melawat ladang teh dan buat2 jakun, dan juga rekod sampai plg awal jatuh kepada pasangan angkasa-lulu..dan juga episod muntah badang nenel atas kepala ipann


p/s-mana gmbar irfan byk2? sian xde gambaq dia

..:: WiRdA ::.. said...

ala...tak larat nk buat milestone..hahaha cc tak join urut kaki..so takperlu itu semua..:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...