Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

15.4.14

Boleh jadi tukun ni!

Voooommmmmm....vooommmm...
(bunyi vacuum)

Ku tak mampu lagi nak tiup habuknye.. ;p

Amboi lama nauuu tak jenguk. Kira tahun ni tak tulis langsung tuuu..hewhew.. rasanya mmg kena install application Blogger ni kat hp. Baru sesenang FB ku hapdet nanti.

Jenuh nak khatam balik apa yg patut tulis. Kalau ikut perjalanan diary..Dari lepas raya lettewww.. haha

RECAP PANTAS!
----------------------

Anniversary 16/11/13
-------------------------
Ulangtahun ke 6 kami.
Anak alhamdulillah, masih seorang teruna comel.
Buat short vacation ke Melaka again and againnnnnn....ye tahun 2012 pon Melaka jugak. hihi
So bila namanya bercuti, mesti ada suasana pantai2..(pegi klebang), lawat tempat bersejarah (mampu?) dan sajian makanan2 lazatttt!
Ni akibat kalau pilih tarikh kawin time musim hujan.... Nak memilih pulau2 indah mmg harapannnnn! T_T

Bila irfan tido, bleh la fefeeling mcm baru kahwin..ahaks!



Hari meningkat usia
-----------------------
9/1/2014
Ehem2, hari saya menjadi wanita jelita. hahaha
Naik satu lagi umur. Sebbaik satu je kan. Terus iols beli Shaklee Collagen Powder, tambahan utk set2 penjagaan kulit hat lain. Terus org teka umur iols 23 youuu~~ menyampah kanss?
Bila namanya birthday, what do u expect kan.. mesti lah ade seprais sepraisssss!
Memang mak terkejut beruk kau.. dapat seprais atas stereng keta. hewhew. Terimaaa kasih cinta~!


Selang beberapa hari tu, saja2 lah kami plan pegi Kundasang. Fefeelinggg dejavu di kinabalu lah kononnn! Akibat dilahirkan pada musim ala2 hujan tak nak habis lagi.. maka sempat tgk puncak kinabalu tu masa hari 1st day je tauuuuu!!!! Esok nya nk berposing dah tak nampak dah..dia main cak cak dibalik awan nanooo...huhu. Takpe lah janji dapat telan susu awal lembu pon jadilah..


*AMARAN : Jangan lakukan di toilet rumah anda. Toilet Rumah Terbalik takpe. hewhew


Hari Umur Meningkat si A.I
---------------------------------
15/2/2014
Dia dah 5 tahun lah!
Dah masuk tadika. (Oh nanti saya buat entry tadika.)
Dah pandai bercakap.
Dah pandai nak minta shopping utk dia. Over kans?
Dah boleh kira one to one hundred.
Dah bukan baby katanya.. "Irfan bukan baby..Irfan abang."  Adakah dia bg hint nak adik? hewhew

oh dan lagi satu.. Dah pandai demand nak KEK LAMBORGHINI! mampuuu???
Memandangkan mama dia adalah pembuat kek tegar, maka irfan ada 3 celebrations..hahaha untonggg lahhhh anakku ituuu!

Hari besday abah takde, so mama buat mini celebration je. Kereta tak menjadi lamborghini pon lah kan. Takpe, asalkan keta. hehe





Pastu mama yg baik hati ni buat lagi kek utk hantar ke tadika, so para little caliphs tu semua bleh makan kek same2. Ni mama punya theme sendiri, Pororo! haha
(gambar ehsan teacher irfan)

Dan pabila abahku pulang dari kerja.. baru lah mampu menyediakan kek khas Lamborghini. 
Happy sungguh khalifah kecil itu. :)
HAPPY 5th BIRTHDAY ALIF IRFAN
Mama doakan Irfan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.
Jadi anak soleh, dan paham tentang Islam. :)


Haa panjang kan kann..?
RECAP 5 bulan.. tu pon baru citer 3 bulan penting je..haha jadilah..utk ingatan saya bila nak tgk tua2 nanti.:)

Nanti ada masa sambung lagi..:)


Mak yg bz,

1.6.12

oh betullah dah masuk June..


Baru perasan (buat2 perasan) dah lama tak update blog. hihi
Kan best kalo bleh design kabinet dapur attached skali laptop kat situ, pantas skettttt kot update blog. Actually byk benda nk post, boleh je post thru ipad, tp semua entry nk ngengada letak gmbar. hihi.

LATEST skali, sy baru blk dari pulau lagenda, Langkawi. Ada org tu teringin nak pegi. Jadi sempena hepibedaytoyou, sy bawa lah dia pegi situ. Kami check in kat Malibest Resort, Pantai Cenang. Kalau pegi langkawi mesti nak dok kat situ. Sebab apa? haa tgk gmbr bawah..

Sungguh indah dipandang, giler cool lah bleh lepak makan nasi lemak pagi2 depan pantai kan? buka je pintu laut terbentang luas. Angin sepoi2 gitu menyentuh muka yg mulus. Nak feeling lg, jln2 tepi pantai, lepak bawah pokok baca novel. ok poyo disitu. * Nak dok depan pantai cmni, bilik super deluxe, RM180, bukan waktu puncak. (gila skema)
*bila dh dpt dok bilik mcm tu, bleh buat muka mcm ni pulak. Tak ke rasa best? kihkihkih

Budak kecik itu, ye yg baju biru tu, dia takut pantai yg ade ombak gitu. kalo pantai tu tak berombak baru mau mandi. TAPI, dia takut tu satu hal, masalahnya kami pon takleh mendekati pantai tu. Apa kes? -.-"

Sepanjang kat Langkawi, besday boy takmo melawat tmpt2 sejarah tu. Dah tak penah pegi pon taknak pegi. haha. So mmg jln2 makan angin, makan laksa, makan cendol, makan KERBAU! haa ni kes cari STEAK KERBAU nye citer...

Buffalo Park ni jlnnya mcm nak pegi Makam Mahsuri. Tapi kalau jumpa simpang dia tu, kena masuk ke dalaaaaaaammmmm lg sampai jumpa titian ni.. kalau hujan lebat, batalkan niatmu kesana sbb kejadian seperti dibawah bakal berlaku. Masa ni hujan baru berhenti. Kami tgk motor tu lalu, sebbaik cetek lg. Katanya, kalau hujan lebat, mmg takleh lalu langsung. Ngeri nok, mak terbayang tetiba buaya melintas. Buaya kan makan kerbau dlm citer Sang Kancil tu. Eh kebetulan kami pandu Kancil jugak. hik hik
 
Mmg tempat dia dalam giler okey. Nasib baek mmg steak dia sedap! Ye, MEMANG SEDAP! Jangan risau, steak lembu pon ade kalau tak suke kerbau. Thank you incik GPS yg byk membantu kami di langkawi. Oh kancil kami sewa utk 3 hari 2 mlm, RM100 je. ok la kot harga tu. Bajet sket tak keje neh.  Kalau korang byk duit, nak sewa bmw ke porsche ke boleh.. RM350 sehari. hik hik.


Walaupun tak boleh nk usung kek homemade dlm beg ke sana even mmg terpikir idea gila itu, mak tetap berusaha mencari sepotong kek kat bakery berdekatan. Wah maju pantai cenang skrg ade bakeri tau! Tapi kenapa besday mesti ade kek kan? bg tepung talam ke kuih lompang ke takleh ek?


Happy Bornday Hubby! Tunggu entry khas besday!

19.10.11

Japan #02 :: Universal Studio Japan

Kami berlepas dari KLIA jam 11.45 malam waktu tempatan menaiki pesawat udara MAS. Eceh.. ayat permulaan nk skema je kan. Baru2 nk berlepas biase lah mata pun masih segar bugar, nak pulak di beri hidangan ringan tak sampai sejam perjalanan.

Baru je terlelap sejam..dahh diberi breakfast pulak seawal 4.30 pagi kalau tak silap saya. Nak taknak kena melantak jugak, kalo tak kebulur pulak bila dh sampai nanti. Namun, breakfast Irfan saya simpan dalam beg sebab kesian pulak nk paksa budak tu bangun tido utk makan semata2. Elok je sesudah makan, tak sampai sejam encik pilot pun bagitau kami dah nk mendarat. Ciskek.. mmg tak sempat sambung tido. Perjalanan lebih kurang 6 jam lebih itu sangat lah pendek rasanya.

Ohaiyo gozaimas Kansai!
(gagah sengih jugak walaupun muka nampak lesu gila..haha)



Kami tiba di airport yg termahal di dunia, the Kansai man-made island airport, jam 7 pagi waktu tempatan (waktu jepun lah tu) . Waktu Jepun adalah sejam lebih pantas dari Malaysia sebab nama pun negara matahari terbit kan, so dorang nampak matahari dulu lah. Pukul 5 pagi dah cerah. o_O.

Cuci2 muka, gosok gigi, buang apa yg patut, salin apa yg perlu. Nah terus naik bas dan menuju ke Universal Studio Japan (USJ)! Wehuuuuuuuu (ilang mengantuk). Tak sempat pun nk menikmatan rupa bentuk airport tu..hahaha.

Perjalanan ke sana amik masa lebih kurang sejam, lalu bas benti berehat dulu di hentian rehat kecil..

hentian rehat..


Dan akhirnya tiba di muka pintu Universal Studio Japan!



Pukul 8 pagi.. dah penuh depan pintu gerbang dengan segala rombongan sekolah anak2 nippon. Adeh, dorang ni tak skolah ke? Baru hari Khamis kottt.. dah bleh imagine camne nk kena beratur untuk naik rides. T_T


Jumlah geng kami yg pegi...termasuk yg tgh amik gambar..hehe.



Memandangkan saya dah penah pegi Universal Studio Singapore, jadi takde lah rasa ralat sgt bila tak explore semua. Sempat jugak lah main roller coaster menggila dia...yiiihaaaa...


pastu bg can Encik Arjuna main 4D train Spiderman. Kat Singapore, dia sama mcm train kat area Egypt tu..(lupa nama dah..)


Then sempat lg naik Back to the future ride.. pening kepala berpinau2..haha


Last skali tgk show Waterworld yg tak sempat nk tgk kat Singapore dulu. Cumanya kami tak paham lah citer dia sbb dorang speaking japanese kann.. mak layankan je tepuk dan sorak..hahahha. Sapa yg dok depan mmg wajib basah lah..


Selebihnya bergambar je.. tak larat beratur dh..


Tour guide kami ckp, ada satu restoran piza dalam ni(dlm peta no70) , ada 3 jenis piza dia bleh makan. Tapi malangnya hari kami pergi tu, dorang tukar menu. oh em ji kami terpaksa berlapar sampai masa dinner nanti. T_T. Nasib baik saya tapau nasi lemak dalam flight tadi, so bleh jamu irfan yg tu dulu. pheww..

Encik Arjuna and the gang je duduk minum kat situ.. 2 air je tu.. lebih kurang RM40-50. T_T


USJ ni tak byk sgt souvenier yg tulis "Universal Studio Japan"..huhu makanya, saya pun tak beli satu pun souvenier kat situ boleh? Even tshirt pun ade laa satu je tu pun mcm kualiti rendah saja. Macam tak berbaloi dgn harga langsung. Tak macam kat Singapore which is too many choices. Pastu byk Sesame Streets punya barang je, tu pun tak tulis pape. Fridge magnet pun tak jumpa.. adeh! Tp itu saya tgk kat kedai main dia je la.. kedai kecik2 utk setiap ride tak de masa nk belek.. hehe Saya rasa anak2 jepun tu dah cilok awai2 dah kot sbb dorang je beli berkampit2. haha.


Oh masa kami tak lama pun kat situ campur tolak masa nk beratur lagi kan. Sebab schedule kami akan pegi ke tmpt lain pulak. Jadi kami pun kluar lah USJ tu pukul 2ptg dan pegi Hard Rock Cafe Osaka kat sebelah USJ tu.

Settle2 semua benda. Pukul 4ptg dah kena naik bas dan bertolak ke Shanshibashi, di mana hotel utk kami menginap.


After check-in, tak sampai sejam, kena turun pegi makan dalam pukul 6 ptg. Malam tu kami makan makanan Turki. Lazat.


After makan, shopping2 since tmpt shopping kat belakang hotel je. Tapi saya tak beli ape pun sgt. Sebab pk byk lagi hari yg perlu dishopping kan. haha

Kedai tutup pukul 8 mlm. Bila semua tutup kami balik hotel dan tido. Letih giler kot. Oh btw, hotel pertama kami Cross Hotel adalah antara hotel paling cun..terutama bilik mandinya. I loikee~~ (nanti last baru saya buat entry hotel2 saja ye)





to be continued...


phew..selesai jugak entry 1..haha

13.10.11

Japan #01 :: Konnichiwa~

Assalamualaikum.
Rentetan dari entry tak terkata, terang2 dah nampak saya baru pulang dari negara matahari terbit. Alhamdulillah wishlist awal tahun aritu tercapai jugak. Million thanks to hubby for your work hard to achieve the target and get the free ticket to Japan! Syukur sgt2.


Japan. Jepun.
Memang tak pernah terfikir akan pegi ke sini. Teringin tu mmg teringin. Cumanya berangan kalau keje company jepun, orang hantar pegi training je la kot. Hahaha. Mimpi lah kau.


Bila dah dpt pegi ni, satu benda paling leceh nk buat adalah VISA. Membazir tang gambar. Hellooo kedai2 gambar, tlg take note sket size utk gambar passport ke visa ke. Jangan main kerat je. -_-" Nasib baik pegi under company trip. So takde lah kena buat visa sendiri which is mcm leceh je. So segalanya disettlekan oleh agensi perlancongan kami, APPLE.


Kami pegi 16 org dari company Encik Arjuna. Selebihnya dari company lain. Kira cukupkan satu bas lah, lebih kurang 30 org. Menggunakan perkhidmatan pernerbangan MAS, pergi ke 5 lokasi berbeza setiap hari dan sah2 lah bertukar hotel setiap hari jugak. phew.. Dengar pun mcm pack giler schedule kami kan. But it was awesome! really2 awesome!




to be continued..


bersyukur,

26.7.11

Percutian Familia

LADANG TEH

KEBUN STRAWBERI


KEBUN SALAD



Hah mana lagi kalau bukan di Cameron Highland! Di situ lah percutian ala2 family day utk family kecik saya tu awal bulan lalu. Family saya cuma ada 5 org; Abah, Mak, Abang, Saya, dan Adik laki saya. Okey saya anak perempuan tunggal. Tapi bila semua dah kawin, total ada 8 org termasuk menantu. Tapi bila dah beranak pinak. Jadi 12 org ahli keluarga. Wah dah tak muat satu keta dah. Kena beli bas lepas ni kalau nk berjalan2 satu keluarga. hehe.

Sayangnya percutian ni, abah tak dtg pulak. Bz jaga padi katanya. Orang dah pencen mmg rajin bercucuk tanam. hehe. Tipu, abah masa tak pencen lagi pun rajin jugak berkebun bersawah. Mmg anak jati kampung. Tak pulak berjangkit kat anak2 dan menantu. hehehe.

Ermm last saya datang Cameron adalah 3 thn lepas. Masa tu saya baru pregnant, tp blom check lg. So tak tau lg kata pregnant. So bila rasa loya nk muntah, bajet mcm mabuk jln la. Ye lah dah jalan pusing2 sapa tak pening. Hehe.

Ok seawal subuh kami bertolak dari KL, saya dan adik saya dari KL, mak dan abg saya dari Penang. Lalu bertemu di puncak Cameron.

Haa ni mamita saya dan cucu terbaru.. semua ckp muka saya photostat muka mak. Anda rasa?



Kami sewa apartment di sana. Erm..di Tanah Rata kalau tak silap. Murah saja, RM300 je sewanya. Ada 3 bilik, dapur lengkap pekakas semua, tv, dan sofa. Lalu malam tu, kami buat ala2 bbq. Tapi sorang2 adalah pelahap, maka telan semua makanan b4 ambil gambar. T_T


Yang masih terselamat.. semua disediakan oleh Chef Faizal..abg saya la tu...;)



Dah kenyang mestilah tak boleh sayangkan lemak, maka semua itu harus dibakar dengan cara berjalan2 di pasar malam Brinchang. Rasanya mmg ada setiap sabtu.

Benda yang ada di mana2, sayur goreng. Oh lupa nak amik gambar kuih glemer, namanya Kuih Brinchang. Sedap. ;)


Sibuk beli belah sambil menggedik. :p

Steam boat pulak. Ok tipu, mana boleh makan bila tiada ruang lagi dalam perut.

Haa makanya, kami tunggu esok hari, STEAMBOAT tengah2 hari pun boleeeeeehhh!


Adeh pegi 2 hari je. Cepat benorr. So lepas bersteamboat tu, kami beli belah la segala benda wajib seperti stoberi dan sayur2, dan terus lah turun ke tempat asal masing2. Ye tujuan datang pun sbb semangat VEGETARIAN sang Arjuna seperti yg saya citer kat SINI aritu. hehehe.

Lelaki ini kiut kiut!

Encik Chef (abang saya)

Puan Kakak Ipar, mak kepada 1st & 2nd Lelaki ini kiut.


Encik Adik Lelaki, dan Puan Adik Ipar...tu nenel tecik milik mereka. ;)


Dan akhir skali, Puan blogger dan Encik Arjuna saya. ;)




I LOVE MI FAMILIA!



miss u ols!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...