Showing posts with label Malacca. Show all posts
Showing posts with label Malacca. Show all posts

15.4.14

Boleh jadi tukun ni!

Voooommmmmm....vooommmm...
(bunyi vacuum)

Ku tak mampu lagi nak tiup habuknye.. ;p

Amboi lama nauuu tak jenguk. Kira tahun ni tak tulis langsung tuuu..hewhew.. rasanya mmg kena install application Blogger ni kat hp. Baru sesenang FB ku hapdet nanti.

Jenuh nak khatam balik apa yg patut tulis. Kalau ikut perjalanan diary..Dari lepas raya lettewww.. haha

RECAP PANTAS!
----------------------

Anniversary 16/11/13
-------------------------
Ulangtahun ke 6 kami.
Anak alhamdulillah, masih seorang teruna comel.
Buat short vacation ke Melaka again and againnnnnn....ye tahun 2012 pon Melaka jugak. hihi
So bila namanya bercuti, mesti ada suasana pantai2..(pegi klebang), lawat tempat bersejarah (mampu?) dan sajian makanan2 lazatttt!
Ni akibat kalau pilih tarikh kawin time musim hujan.... Nak memilih pulau2 indah mmg harapannnnn! T_T

Bila irfan tido, bleh la fefeeling mcm baru kahwin..ahaks!



Hari meningkat usia
-----------------------
9/1/2014
Ehem2, hari saya menjadi wanita jelita. hahaha
Naik satu lagi umur. Sebbaik satu je kan. Terus iols beli Shaklee Collagen Powder, tambahan utk set2 penjagaan kulit hat lain. Terus org teka umur iols 23 youuu~~ menyampah kanss?
Bila namanya birthday, what do u expect kan.. mesti lah ade seprais sepraisssss!
Memang mak terkejut beruk kau.. dapat seprais atas stereng keta. hewhew. Terimaaa kasih cinta~!


Selang beberapa hari tu, saja2 lah kami plan pegi Kundasang. Fefeelinggg dejavu di kinabalu lah kononnn! Akibat dilahirkan pada musim ala2 hujan tak nak habis lagi.. maka sempat tgk puncak kinabalu tu masa hari 1st day je tauuuuu!!!! Esok nya nk berposing dah tak nampak dah..dia main cak cak dibalik awan nanooo...huhu. Takpe lah janji dapat telan susu awal lembu pon jadilah..


*AMARAN : Jangan lakukan di toilet rumah anda. Toilet Rumah Terbalik takpe. hewhew


Hari Umur Meningkat si A.I
---------------------------------
15/2/2014
Dia dah 5 tahun lah!
Dah masuk tadika. (Oh nanti saya buat entry tadika.)
Dah pandai bercakap.
Dah pandai nak minta shopping utk dia. Over kans?
Dah boleh kira one to one hundred.
Dah bukan baby katanya.. "Irfan bukan baby..Irfan abang."  Adakah dia bg hint nak adik? hewhew

oh dan lagi satu.. Dah pandai demand nak KEK LAMBORGHINI! mampuuu???
Memandangkan mama dia adalah pembuat kek tegar, maka irfan ada 3 celebrations..hahaha untonggg lahhhh anakku ituuu!

Hari besday abah takde, so mama buat mini celebration je. Kereta tak menjadi lamborghini pon lah kan. Takpe, asalkan keta. hehe





Pastu mama yg baik hati ni buat lagi kek utk hantar ke tadika, so para little caliphs tu semua bleh makan kek same2. Ni mama punya theme sendiri, Pororo! haha
(gambar ehsan teacher irfan)

Dan pabila abahku pulang dari kerja.. baru lah mampu menyediakan kek khas Lamborghini. 
Happy sungguh khalifah kecil itu. :)
HAPPY 5th BIRTHDAY ALIF IRFAN
Mama doakan Irfan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.
Jadi anak soleh, dan paham tentang Islam. :)


Haa panjang kan kann..?
RECAP 5 bulan.. tu pon baru citer 3 bulan penting je..haha jadilah..utk ingatan saya bila nak tgk tua2 nanti.:)

Nanti ada masa sambung lagi..:)


Mak yg bz,

7.2.11

kelapa shake

Before balik dari Melaka haritu, kami singgah gerai tepi jalan ni, rasanya area Klebang/Tg Keling tu kot. Ramai giler orang beratur, rupanya sebab benda ni...


Kelapa Shake. WAJIB cuba!


Air kelapa blended dengan isinya dan ape lg tah, boh plak eskrem vanilla kan..makan plak bawah pokok ketapang sambil angin laut tuip-tiup... tetiba rasa nk nyanyi lagu angin bayu.. tu nasik lemak pun sodapppp!





Lepas ni pegi Melaka, yang ni aku akan cari dulu. haha

24.1.11

Melaka IV :: Everly Resort

This is the Finale Episode - Malacca~. Ngeee pocoyo saja kan..finale konon mcm org kesah. Kesah ke tak, mak tetap kesah, sbb mak suka memori di sini. :P

Pertama kalinya dalam percutian, kami memilih utk tido di dua hotel berbeza. So selepas check-out Holiday Inn nan indah, kami menuju ke Tanjung Keling, untuk check-in di Everly Hotel pulak. Actually hotel ni dulu nama ape tah, skrg dah tukar nama, so haritu, masuk hotel, mcm ada renovation sket2. Cat itu ini. Tapi takpe, tak mengganggu hidup penginap di situ pun.

Ok bilik berpenghuni selang seli dgn 4 bilik yg masih dalam renovation (cat tak habis lg kot). So mak pun jadi seram! Nak plak lepas mandi tetiba kat cermin bilik air ada tulisan kan..gila saspen. Ciss rupanya bekas org yg dok bilik ni dulu..honeymoon kot! Hotel ni rasa nya dah lama, sbb tu hiasan dalaman pun mcm dolu2 jugak. Dolu2 mungkin gempaq gila laa dpt bilik cenggini. Err tp skrg pun gempaq jugak..besar kot.. Jom tgk.




Ada bedroom in the room. haa busat kan?



Ada mini bar pulak. Oldskool sket. ;)


Ada tetingkap lg dari bedroom


View dari living hall

From balcony


Aish budak ni dah fobia kot mandi kolam lepas tenggelam.. main air di tepian saja. :P



you'll be served a welcome drink. tapi i minum as a goodbye drink..haha


Ok tu saje review hotel. Bleh la kalo nk bawa family ramai kat sini. Effortable and nice! Oh ye ade private beach jugak.




best memory,

21.1.11

Melaka III :: Jalan-jalan cari makan

Wallah~


Stop stop..jgn mengomel lagi bila asyik2 entry penuh gambar again and again. Nak buat camne, dah blog ni mcm cakera keras untuk saya simpan segala memori, agak2 lupa apa terjadi tahun 2008, saya bleh buka balik..agak2 nak kenang2 setiap besday ada apa, saya buka label birthday. So, that's my purpose.



Wokey berbalik pada episod Melaka lagi. Memandangkan tiada aktiviti yg memenatkan badan, maka terrrrpaksalah melakukan aktiviti mengisi ruang2 dalam perut. Makannnn saja kejenya.


Destinasi wajib kunjung kalau nak makan (KALAU tak mau pi Umbai), adalah Muara Sungai Duyong.

Menu adalah Ketam cili, Sotong goreng tepung, Sotong berlada, Kailan, Siakap tiga rasa, Siakap Suwit Sour, Fresh oren satu jag dan Ikan Duyong seketoi. Ok yg last adalah dusta semata2. Oh makan bleh dikira murah jugak, untuk 3 org, Rm110 :p

Siput Buluh masak-glemer-masuk-suratkhabar.

Kenyang perut senang hati pegi nyanyi2 dan dpt pulak kek seprais2 dari hubby. Nice!

Hepi 29th to me!



Esoknya, makan2 di Little Taiwan (Halal) kat JJ yg baru buka tu. Banyak jugak menu nya.


Memang lazat!


Budak ni nk buat peace tapi tak reti.


Gini je lah mama!



Syoknya makan.

19.1.11

Melaka II :: Betoi2 lepak saja..

Ha mcm yg saya ckp kat entry Melaka I tu la, mmg cuti kali ni nk btoi2 lepak takmo penat2. Maka bangun pagi gosok gigi, cuci muka, pakai baju..chuppp kami mandi dulu okey dan lepas tu turun menjamah buffet breakfast.

Tengok budak kecik nih makan byk saja kat hotel. Sympton nk suh bawa slalu kah?
ha ni je sarapan "diet" saya. (sah tipu)

Lepas makan, saja nk menggunakan semua service yg dorang sediakan, so pegi bawa Irfan main kat playroom. Slama ni dok hotel tak pedulik pun benda alah ni..hahaha


Nampak sgt, hanya org-org yg bercuti tanpa tujuan melancong saja yg ada masa masuk kid's playroom ni kan kan?


Dah check out, kami lepak2 kat dataran pahlawan...


Boleh pulak lupa bawa stroller, sebbaik ada kenderaan comel ini membantu.


Melaka pun ada pulau buatan- Pulau Melaka. Tapi yg berfungsi hanyalah masjid ini.

BERSAMBUNG...



syok!

17.1.11

Melaka I :: Holiday Inn Hotel Malacca

Tahun nih, saya request hadiah besday adalah sebuah percutian relax dan santai dari hubby. Maka kami pun memilih Melaka Maju 2010!! Hurayy!

Sesudah pulang kerja, dan settlekan segala urusan penting. Maka kami terus meluncur laju untuk check-in seawal mungkin. Nah, sampai awal juga.

Last I was here adalah 3 weeks before beranak dulu. Tengah sarat. Jadi kira-kira 2 tahun jugak lah tak jenguk. Tak perasan plak ada hotel ni belakang Makhkota Parade. Ok mmg strategik hotel ni, btol2 tengah town. Bilik jugak indah, pool jugak lagi2 indah... ohhh i love it soooo much!



Mmg empuk..lagi satu bantal dia tulis "Firm"..ahh lena dibuai mimpi


deluxe twin


from toilet. can see thru haaa~

by Red Earth.. not hotel red earth mcm kawan sy igt..haha



the infinity swimming pool.. hari mendung, jadi takde la sunset..huhu sayangnye~


sonok dia dapat masuk kolam paras pinggang dia..lompat2...

dan terus tenggelam..haha trauma...takmo mandi dah..

dah aktiviti bertukar kepada kocak2 kaki...ala2 dayang2 tepi kolam :P


Sudah mandi manda pasti la perut berkeroncong. Amik buffet hotel mmg berbaloi2..


Dulu time kat Equi bangi, hubby bg try tiram tu, i geli euuww.. tapi yg ni nampak fresh, oh pasti lah mencuba dgn lafaz bismillah....

desert dia semua sgt sedap.. tu chocolate mosse ke ape tah namanye..so yummeiy~



Dah makan, nk jalan2 kutu rayau. Jadi saya memilih ke Jongker Walk. Nama saja penah dok blajaq kat melaka, tapi Jonker Walk adalah pengalaman pertama saya aritu. Masa sarat dulu pun tak pegi sbb mak ckp dah malam, sila duduk kat hotel, kang terberanak kat situ pulak..T_T


BERSAMBUNG..

sgt tenang dan indah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...