Showing posts with label vegetarian. Show all posts
Showing posts with label vegetarian. Show all posts

28.7.11

Resepi Rahsia #19 :: Bread Pie Vege

,
Resepi ni diadaptasikan dari blog Kak Nor ni. haha mcm filem pulak nk adaptasi bagai. Dah lupa nama asal apa yg Kak Nor bg, so main hentam je namanya. Nak search kat blog dia pun tatau nama apa. hehe tp mcm ni la lebih kurang resepinya. Cumanya saya guna roti Wholemeal yg lebih berkhasiat dan jugak lebihkan sayur2an. Still dalam Misi Vegetarian punya kes lah ni. Hehe..

Bahan-bahan:

Roti Wholemeal/ Biasa,
bawang besar (kuning)*
timun*
seleri*
capsicum*
tomato*
cendawan shitake/butang*
ayam/sosej/daging * (optional)
olive oil
cheddar cheese
mozzarella cheese

potong dadu semua yg bertanda *

Cara membuatnya:

1) Panaskan oven 140C. Giliskan roti sehingga nipis dan potong tepi. Masukkan ke dalam bekas pembakar muffin atau tart. Bakar selama 5-10minit. Siap, dah jadi mcm bentuk pie roti

2) Goreng semua bahan yg di potong dadu dengan olive oil sehingga masak.

3) Masukkan bahan goreng kedalam pie roti tadi. Taburkan cheese keatasnya dan bakar selama 5-10minit lagi. SIAPPP!


Senang kan?? Sedap di makan panas2 dan garing.




Selamat mencuba!

27.7.11

Misi V

Dah hampir genap sebulan dah misi V untuk sang Arjuna. Yeah misi V yg macam saya cerita kat sini haritu. So sepanjang misi dilancarkan. Pelbagai sayur dah explore. Yang sebelum ni tak penah masak pun sayur tu, dah kena cuba masak. Hehe bagus jugak. Kalau tak asyik2 masa sayur lebih kurang je, boh sos tiram, kacau2 siap.. hahaha.

So kat bawah ni jenis masakan sayur yg saya dah cuba. Biasa2 saja. Tu pun tak sampai 10 yg sempat bergambar. Yang lain, selamat telan b4 bergambar. hahaha.


Kimchi, di makan dengan nasi putih panas2.. perghh terus mak ckp Korea "annyeonghaseyo~!"

Rendang Shitake, haa yg ni saya makan ngan nasi minyak. Resepi dari Matgebu lah.

Pak Choy Mushroom Oyster, saya bagi kuahnya lebih sket..(resepi rutin dolu2 @ resepi sayur malas)

Terung Bakar Bercili, haa ini 1st time buat.. seumur idup tak penah masak terung sendiri. Hahaha.

Sup cendawan halus. (apa tah namanya cendawan panjang2 tu) Simple2 saja.



Lain-lain adalah Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku, Masak Lemak Kobis, Asparagus goreng oyster, Kacang buncis goreng, Cendawan Goreng Tepung dan ulam saja. Hehe. Selebihnya, makan kat kedai pun ada. hihi



Alhamdulillah, skrg Arjuna bleh campur sikit Ayam Kampung dan Ikan Laut. But still, dia takleh pulun sgt. Tak kisah lah, jadi takde lah boring sgt dia nk ngadap sayur sepanjang Ramadhan nanti. Ermmm sedapnya Ayam Kampung kan. Masak Kerutuk. Hunting for Ayam Kampung lah kat pasar weekend nanti. ;)





yg memasak,

1.7.11

V untuk .....

Ikhtiar. (eh V bukan untuk ikhtiar...hehe)


Ini adalah ikhtiar kami.
Usaha dengan cara lain dari mengambil langkah pantas untuk dibedah dan dibuang organ. Alhamdulillah, Encik Arjuna jumpa seorang professor ni. So dia galakkan untuk ikut kaedah ni di samping makan ubat yg diberi. Memandangkan record pesakit cancer pun boleh sembuh dan disahkan oleh hospital. Jadi tak salah kalau mencuba. Hope miracles happen to him too. Just percaya pada kuasa Allah SWT.


So for these 3 months, he need to be a vegetarian. Yes, V is for Vegetarian. Alhamdulillah dua hari dah berjaya. phew... penin jugak bila pikir nk masak sayur apa tetiap hari. Si tukang masak tak brapa handal ni jugak terpaksa review nama resepi menggunakan bantuan encik gugel. Kalau yg pelik2 tu copy and paste je la. Kalau yg lain tu, agak2 je laa. Janji i got the idea from there pastu main campak2 apa yg patut dalam kuali. ;) Syok jugak jadi vege ni. Saya pun terikut2 jadi vege pulak. Hehe. Tak lama lagi kulit i mulussss gitewww.. haha.

Ok 1st menu...


Mixed Vege with Shiitake Mushroom


2nd menu is...
Kangkung goreng tepung.


Haa takat tu je yg saya masak untuk permulaan. Tunggu laa lepas ni byk resepi sayur je la yg di post. hehe. Oh esok nak pegi Cameron Highland. Borong sayur lah kami nanti.


Eh minta tolong, kalau tau apa2 resepi vege, tak kisah lah, just tau nama menu je ke, penah masak ke, penah makan ke..atau penah tgk kawan post kat fb ke...just let me know. 3 bulan lamaaaa tu nak perah otak pikir resepi. Lagi nak bulan puasa pulak. :)





Mudah2an ini jalan terbaik...amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...