26.8.11

No more recipes, entry RAYA laa pulak..

Assalamualaikum.

Cepat jugak puasa tahun ni, tetiap minggu dok kalut buat biskut, tgk2 dah tinggal 3 hari lagi nk raya. Tu pun kalau ikut kalendar thn ni la, sampai 29 Ramadhan je. Last aku dengar pengumuman raya yg berbunyi "ESOK RAYA" adalah masa aku skolah rendah. Kalau tak silap laa... tak igt dah lepas tu ade lg ke tak. Yg tahun2 lain, mcm biasa lah, "LUSA RAYA" which is dah boleh agak dah.


Oh semlm dah tutup oven pukul 12mlm. My last cookies is Milky Oat Chocolate. Nak jugak tuu buat. haha. Dah lewat sgt, tak sempat nk amik gambar dah. Letih dan terus pengsan lepas tu. :D


Betullah kata kawan2..sebab list biskut tak siap lagi la aku tak rasa mode raya melonjak2. Lepas je habis kemas dapur semlm, semangat tu terus datang.. Wahhh mak tak sabar nk balik raya. Mestilah lagi over dari Irfan sbb Irfan bukan tau pun raya tu apa. Hahaha.


Korang balik kg bila? Ada yg dah balik pagi ni kot. Harini datang keje semua jalan clear je. Ramai dah cuti tu. Baguslah tu.. bg laluan kat kami yg nak balik mlm nanti. Hehe.


So, mari buat ucapan klise tapi ikhlas.

Sempena menyambut bulan Syawal ni, skali lagi, aku nk minta maaf pada semua yg membaca blog ni. Kot2 laa ada lagi yang terkecik hati dgn kata2, terbenci sbb bg resepi tak sedap, ataupun terasa tak pasal2... maka aku minta maaf ye. Tetiap tahun minta maaf. Ye lah, mana lah kita nak tau kalau2 ini Ramadhan yg terakhir.. Jadi eloklah bermaafan sesama kita. :)
Kami dari keluarga CeriteraKasih..ecewahhh.. mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
.
Semoga semua selamat sampai ke destinasi.



Jumpa lagi lepas raya!



weeeeehuuuuuuuuuuuu balik rayaaaaaa!




excited konon..beg pun tak kemas lagi..hihik!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...