15.8.11

Resepi Rahsia #22 :: Kuih Dolu-dolu

Sebelum puasa haritu, saya saja cari kuih berasaskan tepung beras untuk buat sarapan. Tak cari maka tak tahu. Dah jumpa, nampak mcm simple je. Lalu cuba. Jom tgk.


Resepi 1 :: Kuih Apam



1st time buat, mcm tak gebu sgt je. haha

Bahan-bahan (sy guna half saja, taknak buat byk2)

  • 300g tepung beras
  • 8-10 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar yeast
  • 280-300ml air
  • 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
  • pewarna merah, hijau
Cara-cara membuatnya:
  1. Tepung dibancuh dgn air (sedikit2). Kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
  2. Bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (sy bancuh malam, kukus keesokan pagi)
  3. Bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
  4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  5. Sementera itu panaskan periuk kukus. Bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. Kukus hingga masak.
  6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)


Resepi 2 :: Kuih Serabai

Bahan-bahan:
  • 500 gram tepung beras
  • 300 gram nasi (Kisar bersama sedikit air)
  • 1 1/2 biji kelapa (gunakan air suam utk memerah santan, jdkan 1 liter)
  • 1 1/2 sudu kecil mauripan / Baking Soda
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Campurkan mauripan/ baking soda dengan santan suam. Kacau sebati dan campurkan kesemua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam.(kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara).
  2. Panaskan acuan serabai dan sapukan sedikit minyak. (Saya guna frying pan saja)
  3. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil. Buat hingga habis adunan.
Siap bleh la hidang, biasanya org makan sengan serawa gula melaka tp saya buat makan ngan kuah dal or kari. :)




bukan menu iftar saya,

2 comments:

atulhani said...

seperti biasa.. hang memang rajin.. kalau aku.. beli sudahhhhhhh hahahhaha

..:: WiRdA ::.. said...

sbb nye kalo dh beli kat luar, takde brekfes la utk laki aku dh..beli dan terus pi keje je..haha lagipun time aku cari, mmg takkan ada org juai benda2 neh. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...