Showing posts with label lagi lagi raya. Show all posts
Showing posts with label lagi lagi raya. Show all posts

18.11.13

Tragedi Raya 2013 yg tertangguh

Jeng jeng jenggggg...

Kisah ni patut dicoret supaya sentiasa beringat. :p

Tak tau lah nk kata sedih ke, lawak ke. Tapi perasaan masa tu mmg macam2.. mujur semua cool.

Kisahnya begini.

Macam biase setiap tahun b4 raya sure ada photoshoot studio.. dan konfem kami pastikan beli baju raya dah time tu... maka ni lah hasil tangkapan raya kami..



Meriah nauuu kann...
Siap feeling Yuna, Najwa Latiff bagaiii~~

Beberapa hari pastu packing beg balik kampung. Yeahh dah ready semua... balikkkkkkk!!!
Balik umah MIL dulu..sbb tahun ni raya seblah saya. So esoknya baru balik Changlun...
Malam raya, masa tu dh nk dekat kul 10mlm.. kena la siap2 kan baju raya esok. Nak iron bagai..
Tetiba papppp! Tak buka beg lagi. Hati dup dap dup dap..Ya Allahhhh...

Buka beg, cari cari.. benti.. cari lagi.. haihh nk cari apa lagi, skali tgk dh bleh nampak semua baju dlm beg kannnnn! MANA BAJU RAYA KAMII??????????!!!!! Wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Bawa balik baju Irfan sorang je!! Baju kami konfem tertinggal kat sofa di rumah siap hanger lg. T_T Baju sy takpe la ade selai dua lagi..baju si Arjuna? takdak langsung! wuaaa..

Cepat2 lah kami p pekan Changlun tu..cari baju raya..sebbaik mlm raya kedai buka smpai kul 12 kot.. tapiii malam raya kot..baju size ape je laa yg tinggal kannnnn...huk huk..
Cari lah jugak.. cari dan cari dan cari... mahal baju kat Changlun mengalahkan harga kat KL tau!! sabaqqq ja la..

Esoknya.. ni lah baju raya kami..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


TETAP TEMA BIRU!


Tobat tahun depan baju raya aku sumbat dlm keta awal2!!!

16.8.12

Tibanya Syawal..

Tibanya Syawal tanda ingatan
Ku kirim rindu di angin lalu~

Aishh rindu btol nk blogging. Entry puasa ke resepi rahsia ke iftar ke semua lesap.. tak sempat nak post entry. Tu haa entry besday hubby pon tak buat sampai kesudah..kihkihkih. Tup tup dah nak raya lah. Tup tup kejap lagi jugak lah saya sekeluarga akan balik raya. hihi suka suka! Sepanjang Ramadhan tak sempat nak balik berbuka puasa kat dua2 belah umah. Ingatkan dapat lah balik awal seminggu tanpa perlu apply cuti, tp ternyata tinggal harapan ajo lah. Rezeki Ramadhan datang berduyunnn tibhaaaa~ (sila ikut rentak juliana banos).

Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT.

Oh, lupa nk ckp, saya amik order kuih raya aritu. Tapi tak sempat nk promo kat blog, kat FB laju je masuk order. So saya buat sekadar termampu je. First trial, mana branih nk amik byk2 sgt apatah lagi nk hired org tlg kan. InsyaAllah tahun depan kalau berkesempatan dan kalau masih ade yg nak order maka akan buat busat-busat punya! hehe.

Sebelum kesibukan melanda, minggu pertama lg Encik Arjuna dah ajak pi cari baju raya. Ajaib gila sebenarnya bila dia yg ajak pegi beli sbb selalunya mak datin ni lah yg dok pulun. hehehe. Tapi tu lah, ingatkan dah paling awal laaa kann.BUT STILL tak de jugak baju size irfan dgn warna pilihan! Urghhh.. tensen mak. Dah kena tukar ke warna pilihan kedua. (sila rujuk gmbar) :P SETTLE BAB BAJU RAYA.

Dalam kesibukan melanda pulak, sempat jugak kami join majlis berbuka puasa dengan anak2 yatim Rumah Badan Amal Nur Zaharah di Janda Baik. Surau Cahaya SPK pon ada buat iftar dengan anak2 yatim hari yg sama jugak. Saya ni sebenarnya hati tisu, bukan bleh tgk anak2 yatim ni, tgk gmbr pon bleh nak sebak2. Dengar cerita psl keinginan dorang pon dah basah pipi..adehh..sayu sayu..T_T

Kalau keje makan gaji pon ade cuti, maka saya pon kena isytihar cuti tanpa gaji jugak selama sehari untuk melayan naluri wanita bershopping. Maka jejaklah kaki ini di Kenanga City Mall tu. Ala takde lah shopping ape pon, cari baju Irfan je sambil teman kazen nak cari baju raya. Pastu pi Pavilion jamu mata dan perut. TETTTTTTTTTTTT Habis cuti.

Hari2 dalam kepala otak dok pikir nak buat kuih..kuih kuih dan kuih. Kuih lagi... sampai tertido aku gentel jem utk tart nenas tawuu?! Asal termenung dlm keta, Encik Arjuna mesti sergah "hah teringat kuih la tu".. sepupu pulak hantar sms pon nak perli2 "Ingat nak ajak kluar esok, tp mesti hg buat kuih lg kann?" MEMEEEYYY PONNNN!

Haha DUA SETENGAH MINGGU saya struggle buat kuih bg siap. Kalah struggle nak amik exam Engineering Math 3 tauuuu.. huhu rezeki kan.

Saya ada terbaca status seorang kawan, dan termotivated secara automatik..lebih kurang mcm ni bunyinya...
"Kalau gaji kita rm2000, tapi kita kerja macam org gaji rm20k, jangan mengeluh kalau takde kenaikan sbb Allah SWT akan beri ganjaran dlm bentuk lain, mcm anak yg soleh, rezeki pada pasangan atau ibubapa, kesihatan.. dan begitulah kalau sebaliknya." 

Allah Maha Adil, kan?

Sebab tu kalau kita tgk org buat bisnes berjaya, sebab dia berusaha sungguh2. Tak keje, tak berusaha, takde lah rezeki/duit. Ye tak? Kalau makan gaji, kalau mengulat sket pon gaji still ON kannnn? Just a lesson for me yg kadang2 lalai bila berada dlm comfort zone.

Oklah, panjang pulak entry ni. Ni sbb dok tunggu Arjuna ku sayang yang tak pulang2 ke rumah lg. huhu bila bleh balik kampung ni..adoyaiiii~~

Ok, mcm biasa, mcm tetiap tahun, tak kisah lah nak kata apa pon, sempena 27 Ramadhan ni, malam yg diampunkan dosa2 kita, saya menyusun 10 jari, mohon maaf pada semua yg membaca blog ni tak kira lah apa salah yg saya dah buat. Bak kata citer 7 Ramadhan tadi, "Jangan biarkan sesaat berlalu pergi kerana ada dosa dalam diri kita..."

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA!


Dengan ingatan tulus ikhlas daripada
 & Familia

8.11.11

Selamat Hari Raya Korban

Lambat jugak buat entry ni.. anyway, memandangkan ramai lagi yg tak habis lagi pening daging kat kampung tu, so saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha.. semoga ibadah korban yang kalian lakukan diberkati Allah SWT. Amin.



Tahun ni saya tak balik lg beraya. Jadi bergotong royong korban di Surau Cahaya SPK saja lah. 3 ekor lembu menjadi korban tahun ni. Oklah gambar pun tak banyak, sbb tak bawa pun kamera. hehe.



salam dari perantauan ( perantau la sgt...)

9.9.11

Open house takde, open cubicle pun boleyy!

Nak buat open house tak sempat.
Nak harap company ni buat, mmg tinggal harapan lah.
Nak sepakat ramai2 dalam department mcm leceh.
Last2 sambil menyanyi lagu "kita semua sepakat..di kampung hai penin lalat.." aku dan lunchmates buat sesama kami saja. haha


Maka dua hari sebelum, kami bahagikan tugas masing2. Ala2 potluck raya lah. Aku mengambil tugas berani mati dengan memasak rendang ayam. Baru penah buat sekali last year, dah berani nk jamu kawan2 thn ni. Harap2 dorang tak kena cirit birit lah. Amin.. Aku ade buat triffle jugak. Tp boleh pulak aku lupa nak bawa. Elok la jugak tinggal, sebab tak brapa menjadi. Kesilapan teknikal. :p



Anggota lunchie ada 5 org kesemuanya.

aku - buat rendang
yana - buat kuah lontong, nasi impit pun dia amik tugas dgn ikhlas dihari raya, dan tambahan tiba2, kuah kacang.
jue - menyerah tugas masak nasi impit kepada ahli no2 tadi. Jadi dia bawa air dan puding.
mus - ditugaskan membawa sambal ikan bilis utk makan bersama lontong, tp dia buat seprais jugak dgn membuat pulut kuning 5 pagi. haha tahniah bonda!
atika
- membawa kuih raya. anak kecil kami bg excuse..haha


juadah kami


Dah habis kami berpotluck. Kami buat open cubicle utk semua staff department kami. Jamu kuih raya lah. Kalau nk jamu lontong, kena bawa periuk besau...haha


kuih raya 1st tu, mcm biasa tgk kan. kek lapis sarawak pesan dari kawan. kuih2 lain, org lain punya.



Haa best jugak makan2 gini. Lain raya bleh buat lagi..

dari kiri yana, jue, atika, mus dan wanita anggun...hahaha pulun kami pakai baju raya kedua masing2.



badan dah tebal mcm kamus dewan. >.<

6.9.11

Merdeka Raya

Tahun ni sambutan raya mcm biasa saja. Wan Din (datuk) baru lepas operation. Irfan takut bunyi mercun. Keta Arjuna kena masuk workshop sbb eksiden kecil ber'effect' besarrr. Adik ipar nak kawin. Ha macam2 hal.

So tahun ni, akan berkurang kehadiran saya menerjah open house org, dan membuat open house utk rumah sendiri adalah misi mustahil untuk tahun ini sebab sepanjang weekend Syawal, sudah penuh segala aktiviti.

Weekend ni, nak pegi hantar SIL nak register kat Uitm Melaka. Weekend lepas tu balik Parit Buntar, sebab BIL nak akad nikah skali dgn kenduri pihak pempuan. Weekend last tu pulak, balik skali lagi untuk kenduri seblah pihak kami pulak. Phew.. nampak tak nampak tak? Jadi sapa2 nak datang umah saya, datang je weekdays..mak tak kisah. Tapi inform dulu, supaya ada hidangan raya untuk korang. Koman2 mak beli je piza berperisa rendang. Ade ke? Haha.


Memandangkan raya pun biasa2 saja. Gambar pun biasa2 saja. Tak byk sgt snap gambar. Sebab Irfan tu asal nampak mama dia pegang kamera, dia pun sibuk nk main. Main sampai habis bateri. T_T



1 SYAWAL....
dari kiri :: sepupu, kakak ipar, adik ipar, wanita anggun, sepupu

Semakin membesar famili kecik saya. ( Sepupu tu mcm ahli famili jugak sebab mak ada jaga jugak masa kecik since their mom passed away.)


2 SYAWAL....
nak jugak sedondon
MerdekaRaya

Tok Teh saya. Namanya Puteh. Comel kan?
Beraya di rumah Atuk Geng Melati


3 Syawal...

Nampak dua2 besi tu lurus kan?

Nampak tak salah satu tu bengkok mcm S? Itu lah punca kereta kami tersadai sehari di Raya Ketiga. T_T


4 Syawal....
Layan je laa..

Bertema merah gitu..ahaha


5 Syawal....


Lebih kepada pergi kenduri saja hari ni...


6 Syawal....
Baru tiba di Shah Alam lepas subuh. Ptg tu jugak pegi open house. Hahaha..i loike...


Saya suka raya sbb saya suka makanan waktu raya. Suka makan biskut raya. Suka makan rendang. Suka lemang dan ketupat. Best kan? Perut buncit jgn salahkan makanan. Salahkan diri sendiri. Terima Kasih. Selamat Beraya lagi!




Om nom nom....

26.8.11

No more recipes, entry RAYA laa pulak..

Assalamualaikum.

Cepat jugak puasa tahun ni, tetiap minggu dok kalut buat biskut, tgk2 dah tinggal 3 hari lagi nk raya. Tu pun kalau ikut kalendar thn ni la, sampai 29 Ramadhan je. Last aku dengar pengumuman raya yg berbunyi "ESOK RAYA" adalah masa aku skolah rendah. Kalau tak silap laa... tak igt dah lepas tu ade lg ke tak. Yg tahun2 lain, mcm biasa lah, "LUSA RAYA" which is dah boleh agak dah.


Oh semlm dah tutup oven pukul 12mlm. My last cookies is Milky Oat Chocolate. Nak jugak tuu buat. haha. Dah lewat sgt, tak sempat nk amik gambar dah. Letih dan terus pengsan lepas tu. :D


Betullah kata kawan2..sebab list biskut tak siap lagi la aku tak rasa mode raya melonjak2. Lepas je habis kemas dapur semlm, semangat tu terus datang.. Wahhh mak tak sabar nk balik raya. Mestilah lagi over dari Irfan sbb Irfan bukan tau pun raya tu apa. Hahaha.


Korang balik kg bila? Ada yg dah balik pagi ni kot. Harini datang keje semua jalan clear je. Ramai dah cuti tu. Baguslah tu.. bg laluan kat kami yg nak balik mlm nanti. Hehe.


So, mari buat ucapan klise tapi ikhlas.

Sempena menyambut bulan Syawal ni, skali lagi, aku nk minta maaf pada semua yg membaca blog ni. Kot2 laa ada lagi yang terkecik hati dgn kata2, terbenci sbb bg resepi tak sedap, ataupun terasa tak pasal2... maka aku minta maaf ye. Tetiap tahun minta maaf. Ye lah, mana lah kita nak tau kalau2 ini Ramadhan yg terakhir.. Jadi eloklah bermaafan sesama kita. :)
Kami dari keluarga CeriteraKasih..ecewahhh.. mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
.
Semoga semua selamat sampai ke destinasi.



Jumpa lagi lepas raya!



weeeeehuuuuuuuuuuuu balik rayaaaaaa!




excited konon..beg pun tak kemas lagi..hihik!

11.8.11

Camera raya pon boleeehh

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah 11 hari kita semua berpuasa (of coz bg yg tak tinggal lg lah kan). Ramai jugak kot yg dah siap memborong raya awal2 minggu puasa lg. Haa macam orang tuuuu la... *sambil jari telunjuk tunding diri sendiri. =.="

Hehe bukan apa, sebab selama ni asyik pegi beli last minute. Sudahnya, jenuh memusing satu kompleks, tak jumpa lg, pusing lagi satu mall, tak jumpa jugak sambung esoknya pulak. LETIH oiiii.. Ye lah, kalau badan size2 komersial ni mmg payah cari size di kala minit terakhir. Sebab semua pun DAH HABIS! Size Irfan, size Arjuna, terrrrmasuk size saya. Tapi pempuan slalunya byk choice baju, tinggal nak beli ngan tak je...cerewet lah katakan.

Jadi dengan tidak berlengah2, memandangkan puasa timing baekkkk punya awal bulan, gaji pun masuk, terus kami pun serang tempat beli belah Sabtu lepas. Ngeh ngeh ngeh. Tu pun kena jugak pusing Kompleks PKNS dan SACC mall untuk cari baju jejaka2 itu. Oh baju i dah ade..yg tempah kat Bandung dulu tu. Last2, Incik Arjuna sudah malas nk pusing untuk second round, lalu beli kat butik Omar Ali saja. Pastu terus balik. Heh kalau pegi beli situ awal2 kan tak payah pusing2. -_-"



Esoknya, Incik Arjuna ada photoshoot. Nah.. langsung kami pun photoshoot raya skali sbb kebetulan dah ade baju kannnn. ok yg ni lenkali citer.

Dah alang2 kat KL photoshoot tu, kami pun bercadang iftar kat Pavillion saja sambil 'jalan2 cuci mata' lah kononnya.

Last2 hasilnya....

ce teka apakah ia? ala mesti dh tau kan..tajuk entri awal2 dah tulis..T_T tapiiii yg mana? haaa





TADAAAAAAAA!

Memperkenalkan... Canon Powershot S95!
Haa ni baru amik tadi ngan camera bb saja. Meh tgk gambar sebenar yg lebih mengujakan dibawah ini..

Oh saya sgt idamkan this compact camera since my last compact cam powershot dah lingkup. So anggaplah ia sebagai kamera raya i...hahahhaa.

Saya sebenanya tak suka nk usung kamera DLSR merata tmpt. Apekes..rasa mcm noob sgt. Dari pengalaman berDSLR selama 5 tahun lebih..saya rasa kalau setakat nk amik gambar sikit2 masa pegi beraya ke, makan2 kat kopitiam berjumpa sahabat lama ke, takkan nk usung DLSR kan. Berat satu hal, nk bokeh cantek2, lens kena bawa itu ini. Tapi, dengan adanya Canon Powershot S95 ni, semua itu dpt di atasi. Ayat nak 10 je kannn.. :P Tapi serius, ia sangat hebakkk! Nak amik gambar mlm2 pun tak perlu nk bounce flash merata tempat, clear aje. Dah mcm 5dMarkII pulak. hehe. Ok untuk keterangan lanjut, sila gugel atau rasai kehebatannya di kedai2 kamera.


Lepas tu sambung lawat kedai2 jam. Arjuna nk jugak angkat G-Shock untuk pakai bila nk pi shooting. Sudahnya, Irfan yg excited nk pakai...."wowww..watch! Maa~~~ni watch!"-Irfan.


Hek hek. Dpt jugak..lots of love to hubby.. Thank you.




Kasut raya je blom ade. eh.

27.7.11

WW #002 :: Biskut Raya


nak try buat 1-4 tu jugak!




mari serang kedai barang bakery!

18.11.10

Beraya di perantauan

Hah, perantauan lah sgt.. eh tapi betol lah. Ini bukan hometown kami. So bila tak balik raya, kira mcm beraya di tempat org lah. Bajet mcm di perantauan oversea gitu.. haha Ini kalau kira lepas kawin, 1st time la tak balik raya, tapi kalo kira individu, kira 2nd time, sbb time study kat MMU dulu pun penah gak tak balik. Beraya ngan nisma di apartment Iota tu je dan jugak budak2 utara yang len.Tapi time tu mesti laa sedih dan sayu dan nangis bila call mamita. Haha tapi semlm tidak la pulak. Mungkin sbb tgh mood hepi eniveseri lg dan jugak ada orang2 tersayang keliling pinggang. Hehe.


Hari percintaan tu, balik umah pun sampai tgh mlm, dah mandi jadi segar dan takleh tido, lalu update FB dulu. Blur dok pk nk masak apa raya esok. So campak je ketupat mini nona dalam periuk sampai masak. Pukul 2.30 pagi baru lah nak hempuk badan kat katil.

21.9.10

ceritera raya duaribuseploh vol.1

Nahh..saya pun nak jugak buat entry lepas raya. Dah sebulan dok potpet2 pasal resepi lah, nak balik kampung la..bla bla bla..lepas raya adalah impossible kalo diam tanpa berita kan kan?
Senarionya sama seperti yang saya citer b4 balik raya dulu. So sebab tu, terpaksa saya membuat entry bervolume satu dan dua dan mungkin tiga. Haha cool bukan? Ekceli malas nk citer, sbb ramai blogger dh tulis panjang2, dan mungkin korang penat nk baca, so layan je la gambar sambil korang membuat cerita karut sendiri dan memuji2 kecomelan kami..hahahha eh eh tlg kaver muka loya anda demi menjaga hati penulis..hahaha
Raya Pertama : Bagan Serai, Perak

++ BIG familia. Tgk muka pun bleh tau kot ia adalah seblah Incik Ray. Tema hijau tak terancang ini hampir menjadi nampaknya ++

++ Muka glemer nih mesti lah wajib ada kan..++

++ Ini pulak acara wajib setiap raya : Salam+minta maaf+dpt duit raya++

++ Ahh..si omey2 baru nk pakai songkok sbb mama dh nk pi beraya dah..yey!++
++oh berdua saja? Irfan mana?++
++ Irfan duduk ngan arnab..oh dia telah menjamu kuih raya pada arnab yg lapar itu..T_T++


Raya Kedua : Changlun & Alor Setar, Kedah

++ Raya kedua sessi ke open house sanak saudara seblah saya. Ada 3 4 umah pegi..tapi kat sini saja yg bergambar..haha++
++ Incik Irfan..posing apakah itu?++
++ Mamita saya..saje buat muke ala gedik style kazen saye ++++ Abah yang maintain cool saja ++
++ Geng Serbu Open House. Branih jemput lah kami! ++

** Kalau prasan, cuba teka brapa kali irfan tukar baju di raya seken? Haha byk main btol itu budak!


Sudah rindu pada Hari Raya dan Ramadhan,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...