6.9.10

Resepi Rahsia #13 :: Miki Milky Oat Choco

Masa saya sedang menjaga booth photog di Jln Conlay tempoh hari, saya ada beli kuih nih dan terus terpikat. Nah, skrg sy buat sendiri. Cukup puas ati sbb menjadi dan tak perlu beli mahal2 lg. yeyey! Nak rasa meh beraya umah saye..hahah bajet best saja..:P
Alamak, resepi sukatan sebenar tak igt lah, sy bg ramuan2 je la kot..Aci tak?


~ Milky Oat Chocolate ~

Bahan-bahan
250g Butter
230g Gula halus
75g serbuk koko
300g tepung gandum
500g oat (saya campur nestum jugak)
1 camt empleks
7 camb minyak sapi
susu tepung untuk hiasan

Cara membuatnya:
1) Campurkan semua bahan kecuali minyak sapi dan susu tepung. Adunkan sebati dan masukkan minyak sapi.
2) Canaikan dan terapkan mengikut bentuk yg anda suka.
3) Bakar pada suhu 180 darjah, selama lebih kurang 20 minit.
4) Sejukkan, kemudian golekkan di atas susu tepung.

Syokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

saya sgt suka ini biskut!

10 comments:

farakaka said...

arghhh hg buat jugak biskut nih kannn

^wirda^ said...

sedap wei..mesti hg akan suka dan berkata " ct plisssss buatkan kat aku sebalang...."

Lizzie Yasmin said...

sedapnya, ... nk blaja wat tp tak der sukatan tepat.. mcm mn?

sue-sama said...

sedapnyeeeee

chekpid said...

hi...singgah sini cari resepi oat...

..:: WiRdA ::.. said...

lizzie :: sorry aritu lupa sukatan brapa, tu dah ade..

sue :: try la buat, sedap.

chekpid :: oh sy lupa nk update, tu dh update resepi, slamat mencuba!

ashikin said...

salam..thanks awak..dengan resepi biskut yg awak bagi saya dapat jual 80 balang kuih tahun lepas..alhamdulillah..semoga dmurahkan rezeki awak sekeluarga..

Anonymous said...

empleks tu apa?

..:: WiRdA ::.. said...

ashikin.. awak ade meniaga kat utara ke? sbb sy ade nampak pattern biskut sy ni kazen saya beli..hahaha

nurul jannah Sulaiman said...

Ada tak org ada resipi choco oat yg tgh meletops skrg ni. Teringin nak wat sendiri.

My blog. www.prettyraudhah.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...