7.9.10

Salam Aidilfitri Episod 3

Assalamualaikum,
Walaupun esok saya masih berkerja dgn gigih, saya tetap nak pos entry raya ini harini kerana nk menghantar kad raya pastinya tidak akan dilayan lagi oleh posmen. Tambahan pula, saya merasa cemburu apabila ada yang dh mula bercuti esok dan yang dah bercuti dari sabtu lepas, sila jgn mention lagi. Ciskek..


Jadi dengan ini saya, Siti Wirda, empunya blog, dengan ikhlas hati ingin memohon maaf jika saya terlebih emosi, memerli, atau menggunakan kata2 nista didalam entry2 saya sepanjang thn ini sehingga ada yg lari masuk bilik dan menangis teresak2 di katil. Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. (nih tiru ayat cerekarama tv3) Jadi sama2lah kita bermaafan moga segala yg ikhlas dari hati kita diredhai Allah swt.


Pada yang tinggal di perantauan mcm saya (luar dari hometown kira perantauan lah kan?), selamat bersesak2 di jalan raya, yang dh cuti tu sila balik arini supaya esok malam tak jem teruk sgt bila saya pulang especially ke arah UTARA. Hikhikhik...Hati2 okey!


Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang baca blog ini.


Jom layan gambar pre-raya kami! Sudah kantoi baju raya saya disitu! Hahaha



++ Hai~~ yang ni lah tuan punya blog..mama saya lah tu!++

++ Adoiyaiii..kenapa makbapak aku begini????++

++ okeh ini baru suwit..Selamat Hari Raya Semua!++

*** Episod 3 = Raya ke 3 setelah berkahwin***


Oh duit raya tidak ditukar lg, nampaknye tade lah duit raya thn nih..hahahahah (aku suke?),

7 comments:

d i d a said...

selamat hari raya maaf zahir batin..jgn lupa simpankan sedikit biskut rayamu untukku..kuikuikui.. [betoi ni kang ngidam tatau]

^wirda^ said...

baeklah akan ku simpan..hg mai raya cepat2 umah aku..kalo tak aku yg dok makan..:D

Queen of Pirus said...

same 2 u wirda...selamat hari raya & maaf zahir batin..gambar2 tu, akak suka la.

^wirda^ said...

kakak queen :: slamat beraya di perantauan!

Mohamad Faizal said...

selamat hari raya wirda. maaf zahir sahaja. jangan lupa hidangkan kuih sarang semut aku

^wirda^ said...

selamat ari raya ijai..kalau tak bersemut, insyaAllah aku hidangkan..haha

oh aku dh start keje arini..tak sempat nk bangga cuti panjang ngan kau!

b said...

wah ijai melwat blog hebat ini... bukan snang artis blog terfeymes memberi ucaptama sebgini..wiwit siti wirda..bangga la tuh...heheh...

ah photoshoot raya yg memenatkan tp best.... irfan soo cute..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...