3.9.10

Resepi Rahsia #12 :: Murtabak Hentaman

Bleh agak tak mengapa tajuk resepi aneh seperti itu? Oh mmg resepi kau slalu begitu kan cik puan chef wannabe? hihii
Okeh okeh, satu petang saya tiada uwang yg lumayan di dalam beg duit saya, dan singgah lah di petronas untuk mengambil wang di atm. Malangnya, tiada parking dan Q haidar yg panjang di ATM telah membantutkah niat untuk membeli belah di PARAM. Jadi terpaksa pulang dgn niat memasak seperti biasa. (-_-")
Nak masak makanan berat, konfem amik masa sbb ikan masih beku kot... jadi jom masak makanan ringan untuk berbuka dulu. Yeahhh cekidauttttt!!!

~Murtabak Hentaman~

Bahan-bahan:
Doh Kulit
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat
secubit garam dan gula
air secukupnya
Isi Murtabak
1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji telur
serbuk kari
serbuk jintan manis
kulit kayu manis
garam dan gula
Cara membuatnya:
Doh
1) Campurkan semua bahan kecuali air. Gaul perlahan2 dan campur air sedikit demi sedikit sehingga doh kental. (kalau nk masak terus, pastikan doh itu lembut, tp kalo nk simpan esok, bg kenyal lg)
2) Dah siap, ketulkan satu2 menggunakan minyak.

Isi Murtabak
1) Tumis bawang dan rempah ratus tadi, masukkan daging dan segala benda yg anda nak pun buleh masuk. Jangan masukkan telur lagi. Siap
Membuat murtabak
1) Jika mahir, anda boleh tebarkan doh murtabak tadi. Jika tidak, usah musnahkan, sila leperkan dan tarik2 saja doh itu sehingga besar.
2) campurkan telur dengan isi murtabak tadi, tuang ke atas doh, dan balut.
3) Bakar di atas pan fry. Siap.


Peeeewittttttttttttttttttttttttttt!

++ patut saya namakan dia Murtabak Herot Petot kan? Tapi kalau elok sgt korang tak percaya pulak saya buat. Hahaha++

Ini simple2 saja, "hentaman" disini bermaksud pada isinya, sbb patut ada 5 rempah, tp sy malas nk amik tau, sy guna saja apa yg ada kat dapur. Kahkahkah. Tapiiii rasanya same je malah ok lagi kot dari sesetengah murtabak-wannabe-kat-Param nun...Haha.

** PARAM?? = PAsar RAMadhan**

Selamat try!

4 comments:

ummi Eiz said...

kelazatan dan kelembutannya dirasai dihujung jari yg memetik mouse ini, mengapa hujung jariku tidak memetik murtabak yg lazat itu?? mama open house pelisss

^wirda^ said...

haha open house buat murtabak? sesuaiii kah? haha

atulhani said...

perrrrghhhh giler rajin ko wirda!!! tabik spring.. sanggup buat murtabak tuuuu..

^wirda^ said...

sbb aku tetiba rindu nk buat roti canai..tp ape kes nk makan roti canai time buka posa..baik tambah daging..jadi murtabak..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...