Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

25.8.11

Resepi Rahsia #27 :: Biskut Badam Coklat

Biskut kegemaran masa lampau yg jarang2 ketemu dan jarang2 terjumpa resepinya. Saya cuma ingat kaedah pembuatannya saja sebab penah tgk mak buat dulu. Nak minta resepi kat mak, tatau dah mak letak mana buku resepi dia. Maka saya cari selama bertahun2, teliti cara membuatnya sama ke tak dgn yg mak saya buat. Nahhhh dah jumpa! Walaupun ada terskip step misteri.

Ia adalah Biskut Badam Coklat.



Saya tak ingat resepi ni dari sapa.. Thanks pada empunya resepi.


BISKUT BADAM COKLAT

Bahan-bahan

250 g mentega
50 g gula halus
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
200 g tepung kek
(saya guna tepung gandum je)
30 g tepung jagung
300 g badam kasar
100 g nestum
250 g coklat masakan (*ini yg mistik ni. Takde dlm kaedah. Jadi saya tukar kepada 50g serbuk koko)


Cara membuatnya:

  1. Putar mentega, gula halus dan kuning telur hingga kembang. Masukkan esen vanila.
  2. Masukkan tepung kek, tepung jagung dan serbuk koko (diayak dulu). Kacau rata.
  3. Campur badam kasar bersama nestum dan diuli sebati.
  4. Simpan di dalam peti sejuk, 20 minit. Saya bentukkan mcm gambar di bawah terus. Gulung dlm kertas minyak atau wrapping plastik.
  5. Lepas tu, saya potong2 je dengan pisau letak dlm dulang. Kalau tak, korang bleh je canai dan terap adunan mengikut bentuk kesukaan. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.

SIAPPPP!

Takde la molek sgt bentuknya. Hehe. Rasanya mmg kena guna coklat masakan untuk rasa yg lebih pekat dan lazat. Takpe thn depan saya buat lagi ataupun raya haji. hahaa






badam + coklat = heaven!

Opppsst I did it again~~

"Mama~~naaakkk kutttt~~~!"

Alahai comelnya dia minta.
Irfan nak biskut raya sambil tunjuk2 balang. Ade satu balang lagi biskut, dah hancur tunggang langgang sbb dia amik sendiri..T_T


Oleh kerana anak kecil itu sangat sangat suka. Maka mama terpaksa nyanyi...Oppppss I~~ did it againnn~~~~ BISKUT TAT NENAS! Kali ni versi bunga bunga cinta pulak. Resepi sama kat SINI.


Comel tak? hihi

Tapi saya suka jenis gulung lg.. terpaksa lah tarik balik kata2, kena buat gulung2 lagi thn depan. hehe. Actually buat gulung2 bleh dpt byk lagi dari buat bunga2 nih. Pastu lagi terasa melting dgn lebih nikmat. Oh I love that~~~ (^V^ )





Baru tau nama tat gulung adalah Biskut Nastar. T_T

24.8.11

Resepi Rahsia #26 :: Biskut Perantau

Dolu-dolu, time kecik2, pegi beraya je, nampak biskut ni mesti excited. Makan banyak2. Tak cukup lagi, siap tapau dalam tisu. Sebbaik tuan rumah tak menangis. Haha. Yes forever love.. my Almond London....and again..this is my 1st attempt lagi buat biskut ni. Wah tahun ni banyak ahkakk try buat biskut baru. Eh biskut lama tp BARU 1st time nk buat. Alhamdulillah menjadi. Makasih lah pada org2 yg kongsi resepi sedap2 tu. Saya pun jenuh belek mana satu nk amik, mana satu yg btol2 sedap.. nasib baik membuat pilihan yg tepat. ;) Okeh bg yg blom ada resepi biskut yg merantau dari London ni, jom kita tgk!





ALMOND LONDON


Bahan-bahan

125 g mentega
225 g tepung gandum* (diayak bersama*)
1 sudu teh emplex*
70 g gula icing
1 kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla
100 biji badam berkulit - dipanggang terlebih dahulu


Hiasan

500 g coklat masakan
1/3 camca teh shortening
Badam cincang yg di panggang


Cara membuatnya:

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati, masukkan esen vanila dan kuning telur, dan putar sehingga rata.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh lembut.
  3. Ambil secubit doh, balutkan pada sebiji badam yg sudah dipanggang tadi. Bentukkan bujur dan susun dlm dulang pembakar dan bakar pada suhu 175C selama 15-20 minit atau kuning keemasan.
  4. Cairkan coklat masakan dengan cara double-boiler. Tambahkan lemak sayuran untuk menjadikan coklat lebih berkilat.
  5. Ambil biskut yg sudah dibakar tadi (sudah disejukkan) letak didalam paper cup, dan sudukan coklat cair tadi ke atasnya sehingga menyaluti seluruh permukaan. Taburkan badam cincang di atas. Siap!!!


Tadaaaaaaaaaa!


Ohh selama berbulan-bulan, asyik fail buat coklat cair.. rupanya tersalah beli coklat...beli coklat yg poyo2..last2 yg buruk2 balutan jugak yg menjadi..hahaha. Tu lah omputih ckp, don't judge a book by its cover. Degil. :P




Apsal tah nama dia Almond London...:)

23.8.11

Resepi Rahsia #25 :: Biskut Gajus Nestum


Ah-ha..
Malas nk ckp banyak2.. ni resepi kuih lagi satu.. tp bahan2 ni, bleh hasilkan takde laa byk pun.. lebih kurang 50 bijik je. Jadi pandai2 lah gandakan sukatan ye.


BISKUT GAJUS NESTUM

Bahan-bahan

2 cawan nestum- dikisar halus
1/2 cawan serbuk gajus
1/2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder* (*diayak bersama)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan gula aising
2 kuning telur
4 camca besar mentega

Hiasan

Kuning telur
Gajus (optional)


Cara membuatnya:

  1. Dalam satu bekas, gaul rata nestum dan tepung yg telah diayak. Ketepikan. Dalam mixing bowl, putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan terus memutar hingga sebati. Masukkan esen vanila.
  2. Perlahanlan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata hingga bersatu. (jangan putar lama2)
  3. Canaikan doh dan terap dengan acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu dengan kuning telur, buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.
TADAAAAAA~~!





selamat mencuba.

22.8.11

Resepi Rahsia #24 :: Tat Nenas Gulung




Dah nk raya dah rupanya. Biskut raya dah buat ke blom? Tahun ni, sunyi sket "resepi rahsia" ahkak sbb bz ngan keje. Hoh letih bebenor la nk siapkan list biskut raya aritu. Ni pun baru siap 4.5 jenis. 0.5 tu sbb si Almond london belum di celup lagi so kira siap separuh je lah. :P

Semlm baru siap buat biskut kegemaran yg gebu2.. tat nenas gulung. Ini adalah my first attempt. Tak sangka buat tat gulung sgt memenatkan super maksimum. Makan masa lama la jugak bila buat sorang2 disamping di ganggu irfan secara terus menerus. haha. Tapi puas hati sbb hasilnya sgt memuaskan. Gebu, melting in my mouth gitu. Jom tengok resepi.



TAT NENAS GULUNG

Bahan-bahan

230 gram mentega (buttercup)
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard* (*ayak bersama)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla

1 kuning telur untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Matikan mixer, uli sepenuhnya dgn tangan. (Jika adunan terlalu keras, tambah mentega. Jika terlalu lembik, uli bersama tepung sedikit)
  3. Guna acuan untuk membentukkan tat. Letakkan jem yg sudah digentel kecil2 dan gulung.
  4. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dip anaskan pada suhu 175C selama 15-20 minit atau hingga kuning keemasan.
Siappp!




Lenkali takmo dah buat tat gulung sorang2..baik buat tat bunga style dulu2 lebih cepat. T_T



melting melting~~

6.9.10

Resepi Rahsia #13 :: Miki Milky Oat Choco

Masa saya sedang menjaga booth photog di Jln Conlay tempoh hari, saya ada beli kuih nih dan terus terpikat. Nah, skrg sy buat sendiri. Cukup puas ati sbb menjadi dan tak perlu beli mahal2 lg. yeyey! Nak rasa meh beraya umah saye..hahah bajet best saja..:P
Alamak, resepi sukatan sebenar tak igt lah, sy bg ramuan2 je la kot..Aci tak?


~ Milky Oat Chocolate ~

Bahan-bahan
250g Butter
230g Gula halus
75g serbuk koko
300g tepung gandum
500g oat (saya campur nestum jugak)
1 camt empleks
7 camb minyak sapi
susu tepung untuk hiasan

Cara membuatnya:
1) Campurkan semua bahan kecuali minyak sapi dan susu tepung. Adunkan sebati dan masukkan minyak sapi.
2) Canaikan dan terapkan mengikut bentuk yg anda suka.
3) Bakar pada suhu 180 darjah, selama lebih kurang 20 minit.
4) Sejukkan, kemudian golekkan di atas susu tepung.

Syokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

saya sgt suka ini biskut!

25.8.10

Resepi Rahsia #08 :: Cornflake Choco Almond La Diva

Perghh...nama nak anggun saja. Actually saya telah mengvariasikan resepi asal, maka sbb itu nama dia mcm asal-boleh-je nk letak. :p Ok lah puan-puan semua..meh kite jog down resepi yg takde lah gempak mana pun ni..hahaha

~Biskut Cornflake Choco Almond La Diva~

Bahan-bahan (+/- 60 biji) :

250g mentega
200g tepung gandum
100g gula kastor
100g cornflake - dikisar halus
2 camca teh nescafe - bancuh dengan 2 sudu besar air
1 camca besar serbuk koko
hirisan badam
chocolate chip
Cara membuatnya:
1) Putarkan mentega, gula dan esen nescafe tadi.
2) Masukkan tepung, serbuk koko, cornflake, badam dan coklat chip. Gaul hingga menjadi doh.
3) Sudukan doh dan letakkan di atas dulang pembakar. 4) Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20minit. Siap!


WOOOOOOOOOOOooooooooo0ooooooO!

++ Biskut Cornflake Choco Almond++




Cuti sekejap buat kuih..tunggu lagi 3 jenis insyaAllah.

24.8.10

Resepi Rahsia #07 :: Biskut Injit-injit Semut

Hai kawan-kawan. Amacam rindu tak pada RR? (bajet mcm chef terhebat alam maya kan?..cisss!) Oklah, buat julung kalinya, saya nak tayang resepi biskut raya pulak. Oh hari ahad aritu, nekad membuat 2 jenis biskut raya. Maka mari kita lihat satu dulu supaya anda merasa teruja yang amat untuk menunggu resepi biskut lg satu. (tgk..lagi nk perasan..heh!)

~Biskut Injit-injit Semut Sapa Sakit Naik Atas~
++Nama sebenar :: Biskut sarang semut++
Bahan-bahan:
160gm butter
100gm gula halus
180gm tepong gandom
80gm tepong kastad
50gm tepong jagung
1 sudutek esen vanilla
coklat rice secukupnya

Cara membuatnya:
1) Pukul butter, gula dan esen vanila hingga sebati.
2) Masukkan kesemua tepong dan gaulkan hingga menjadi seperti doh.
3) Gunakan pemarut untuk menjadikan doh bertali.
4) Masukkan kedalam cawan kertas yang kecil.
5) Taburkan semut coklat rice di atas.

6) Bakar selama 15-20minit, angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelom disimpan didalam bekas kedap udara.
Jennngjennngjengggggggggggggggggg!

++ sarangheee!++

nota chef:: Ada resepi yg pakai kuning telur. Tapi saya blom cuba yg itu. hehe. Oh ya, Thanks to Ummi Iez kerana mencadangkan kuih-raya-yg-saya-patut-buat-raya-ini!

Ok nanti saya sharing is caring biskut lagi satu ye. Try lah yg ni dulu! Selamat mencuba!


Mmg semut kat umah saya pun suka..cisss!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...