22.8.11

Resepi Rahsia #24 :: Tat Nenas Gulung




Dah nk raya dah rupanya. Biskut raya dah buat ke blom? Tahun ni, sunyi sket "resepi rahsia" ahkak sbb bz ngan keje. Hoh letih bebenor la nk siapkan list biskut raya aritu. Ni pun baru siap 4.5 jenis. 0.5 tu sbb si Almond london belum di celup lagi so kira siap separuh je lah. :P

Semlm baru siap buat biskut kegemaran yg gebu2.. tat nenas gulung. Ini adalah my first attempt. Tak sangka buat tat gulung sgt memenatkan super maksimum. Makan masa lama la jugak bila buat sorang2 disamping di ganggu irfan secara terus menerus. haha. Tapi puas hati sbb hasilnya sgt memuaskan. Gebu, melting in my mouth gitu. Jom tengok resepi.



TAT NENAS GULUNG

Bahan-bahan

230 gram mentega (buttercup)
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard* (*ayak bersama)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla

1 kuning telur untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Matikan mixer, uli sepenuhnya dgn tangan. (Jika adunan terlalu keras, tambah mentega. Jika terlalu lembik, uli bersama tepung sedikit)
  3. Guna acuan untuk membentukkan tat. Letakkan jem yg sudah digentel kecil2 dan gulung.
  4. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dip anaskan pada suhu 175C selama 15-20 minit atau hingga kuning keemasan.
Siappp!




Lenkali takmo dah buat tat gulung sorang2..baik buat tat bunga style dulu2 lebih cepat. T_T



melting melting~~

6 comments:

b said...

ahaha..mmg comey la tat nenas ini... gambar pon cantik..thumbs up si chomel yg rajhin...

malangnya saya takleh makan.. =.=

..:: WiRdA ::.. said...

tak buleh makan ek..tp makin hilang sebijik2 dlm balang tu..hahaha

Lin said...

wirda tak bukak oreder ke tart nenas.sya tak makan+ tak minat tapi husbandla big fan tart nenas gulung ni.thn ni tak order lagi.tak jumpa yg kena kt tekak dia.hehe

..:: WiRdA ::.. said...

lin, ni baru first time try buat.. camne nk meniaga..haha nanti raya, mai umah rasa dulu.. kalo kena tekak, baru order thn depan..(bajet sempat je..hahaa)

Azie said...

OMG, cantiknya gambar...teringin nak ambik gambar secantik ini

..:: WiRdA ::.. said...

haha meh la rasa tart ni pulak..sy jual skrg..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...