24.8.11

Resepi Rahsia #26 :: Biskut Perantau

Dolu-dolu, time kecik2, pegi beraya je, nampak biskut ni mesti excited. Makan banyak2. Tak cukup lagi, siap tapau dalam tisu. Sebbaik tuan rumah tak menangis. Haha. Yes forever love.. my Almond London....and again..this is my 1st attempt lagi buat biskut ni. Wah tahun ni banyak ahkakk try buat biskut baru. Eh biskut lama tp BARU 1st time nk buat. Alhamdulillah menjadi. Makasih lah pada org2 yg kongsi resepi sedap2 tu. Saya pun jenuh belek mana satu nk amik, mana satu yg btol2 sedap.. nasib baik membuat pilihan yg tepat. ;) Okeh bg yg blom ada resepi biskut yg merantau dari London ni, jom kita tgk!





ALMOND LONDON


Bahan-bahan

125 g mentega
225 g tepung gandum* (diayak bersama*)
1 sudu teh emplex*
70 g gula icing
1 kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla
100 biji badam berkulit - dipanggang terlebih dahulu


Hiasan

500 g coklat masakan
1/3 camca teh shortening
Badam cincang yg di panggang


Cara membuatnya:

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati, masukkan esen vanila dan kuning telur, dan putar sehingga rata.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh lembut.
  3. Ambil secubit doh, balutkan pada sebiji badam yg sudah dipanggang tadi. Bentukkan bujur dan susun dlm dulang pembakar dan bakar pada suhu 175C selama 15-20 minit atau kuning keemasan.
  4. Cairkan coklat masakan dengan cara double-boiler. Tambahkan lemak sayuran untuk menjadikan coklat lebih berkilat.
  5. Ambil biskut yg sudah dibakar tadi (sudah disejukkan) letak didalam paper cup, dan sudukan coklat cair tadi ke atasnya sehingga menyaluti seluruh permukaan. Taburkan badam cincang di atas. Siap!!!


Tadaaaaaaaaaa!


Ohh selama berbulan-bulan, asyik fail buat coklat cair.. rupanya tersalah beli coklat...beli coklat yg poyo2..last2 yg buruk2 balutan jugak yg menjadi..hahaha. Tu lah omputih ckp, don't judge a book by its cover. Degil. :P




Apsal tah nama dia Almond London...:)

4 comments:

atulhani said...

hahaha.. betul2.. bdak2 zaman skang pun, kalau jumpa kuih ni, itu yang kejar dulu.. sampai habis sebalang kuih atas meja tuh.

..:: WiRdA ::.. said...

dulu2 jumpa kat umah org kaya2 je.. sbb biskut ni mahal..hahaha..

b said...

yippie yeay! saya suda membelasah seketul dua secara senyap2..

uhhhh...sedappppppppp

..:: WiRdA ::.. said...

haha.. jgn lupa makan ubat lepas tu okeyyy!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...