2.8.11

Resepi Rahsia #21 :: Kuih Ketayap Vege/Daging

Assalamualaikum..

Soalan boring bulan puasa : Nak masak apa untuk berbuka harini?

Datang je bulan puasa mesti blur tatau nk masak apa. Ye lah, nak masak benda yg bleh membangkitkan selera tu yg mencabar tu. Kena ikut selera tekak btol2. hehe. Tak kisah lah, tp sekarang saya bukan nk kongsi resepi berbuka saya, just nk bagi idea je kalau sape2 yg terlebih masa untuk buat kuih ni. Actually ni salah satu alternatif breakfast untuk Misi Vege Arjuna. Tapi boleh jugak divariasikan dengan daging atau ayam jugak.


Kuih Ketayap Vege/Daging


Bahan untuk inti
Daging/ayam (dicincang)
Capsicum*
Seleri*
Tomato*
Bawang Kuning* - potong dadu
Kucai
(atau apa2 sayuran yg anda suka)
Olive oil
Serbuk Kari daging/ Cajun/ Paprika (ikut kesukaan)
Garam

Cara membuatnya
1) Panaskan olive oil, tumis bawang sehingga wangi. Masukkan daging/ayam bersama serbuk kari/ cajun / paprika. **(saya guna serbuk cajun+paprika atau just guna serbuk garlic kalau untuk inti vege..ikut dan je..hehe)

2) Bila ayam agak masak, masukkan semua sayur dan garam. Kacau sebentar. Tutup api.


Bahan-bahan ketayap
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan air
1 camca besar mentega (dicairkan)
Secubit garam

Cara membuatnya
1) Satukan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau sehingga semua sebati dan tapis adunan. Masukkan mentega cair dan kacau hinga sebati.

2) Panaskan non stick pan, lenserkan sedikit mentega. Tuang 1/4 cawan adunan dan ratakan. Masak dengan api perlahan. Siap.

3) Ambil 1 sudu makan inti, letak ke atas kulit ketayap. Gulung sedikit bahagian tengah dan baru lipat bahagian tepi kedalam. Kemudian gulung sehingga habis. Siap!





variasikan masakan ikut dan je. (kedah word :: dan = sempat, asal boleh..)

3 comments:

mast@work said...

nmpk sedap! nnt boleh try juga ni

..:: WiRdA ::.. said...

selamat mencuba..slamat berbuka! hehe

b said...

bila tah nak buat lagik... =.=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...