16.8.11

Resepi Rahsia #23 :: Puteri ke Badak?

Biasanya, kalau saya membuat kuih, kalau awal2 belajar dulu je saya akan sukat betol2. Lepas2 tu, mau tuang je byk mana tepung, byk mana air. Sesedap tangan je. Tapi tu utk resepi kuih2 simple je la. Macam kuih yg saya nk share ni.

Sebenarnya saya pun tak sure mana satu yg betul dengan nama kuih ni. Kalau dari kecik (di utara) saya kenal kuih ni sebagai "BADAK BERENDAM". haha kelakar bukan? Tapi sejak belajar kat melaka dan kl dulu, baru tau org panggil kuih ni "PUTERI BERSIRAM" pulak. Tapi saya tak tau la ia adalah kuih yg serupa ke tidak. Sebab badak berendam saya tu, sama macam buah melaka cumanya tak salut kelapa tapi salut kuah santan lemak. Cik puteri bersiram pulak saya tak sure, dalam tu ada isi gula melaka ke tak. Tak penah beli pun. hahahhaha.

Okeh, kat sini saya nk skip kaedah buah melaka, sbb bleh tgk kat SINI. Terus masuk bab cara membuatnya kuah santan yg berlemak tu.

1) Sementara gentel buah melaka tadi, didihkan air utk rebus buah tu. Bila dah mendidih, masukkan buah melaka.

2) Di dapur sebelah, panaskan santan bersama sago. Kacau perlahan, jgn berhenti, nanti berbiji. Masukkan sedikit garam dan sesudu gula. Biar rasanya lemak2 saja. Masukkan daun pandan.

3) Bila buah melaka tadi dah timbul, kaut dan masukkan terus ke dalam periuk kuah santan tadi. Kacau perlahan sehingga hampir likat. Tutup api. Sedia dihidang.

Mudah je. Cubalah.



gambar kalut takut badak nampak..:P





masak main agak2 je. hehe

3 comments:

Farah said...

org utara mmg suka buat kuih ni..mak aku meniaga kuih ni paling laris kat bazaar tp thn ni die dah tak meniaga dah.letak kuih ni kat gerai kawan die je.

..:: WiRdA ::.. said...

so apa nama kuih mak ko jual tu farah? badak ke puteri? haha

b said...

uh oh tak bleh makan jugek. =.=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...