23.8.11

Resepi Rahsia #25 :: Biskut Gajus Nestum


Ah-ha..
Malas nk ckp banyak2.. ni resepi kuih lagi satu.. tp bahan2 ni, bleh hasilkan takde laa byk pun.. lebih kurang 50 bijik je. Jadi pandai2 lah gandakan sukatan ye.


BISKUT GAJUS NESTUM

Bahan-bahan

2 cawan nestum- dikisar halus
1/2 cawan serbuk gajus
1/2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder* (*diayak bersama)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan gula aising
2 kuning telur
4 camca besar mentega

Hiasan

Kuning telur
Gajus (optional)


Cara membuatnya:

  1. Dalam satu bekas, gaul rata nestum dan tepung yg telah diayak. Ketepikan. Dalam mixing bowl, putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan terus memutar hingga sebati. Masukkan esen vanila.
  2. Perlahanlan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata hingga bersatu. (jangan putar lama2)
  3. Canaikan doh dan terap dengan acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu dengan kuning telur, buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.
TADAAAAAA~~!





selamat mencuba.

4 comments:

Norasikin said...

Nestum dan gajus memang kombinasi yang baik

..:: WiRdA ::.. said...

yes.. kalau letah gajus seketul atas tu lagi marvellous..;)

Diyana said...

weh banyaknye ko wat kuih wirda..aku tunjuk je suma..ahaah

..:: WiRdA ::.. said...

kan aku dh buat list aritu.. 6 jenis...hakhakhak.. gigih..ni lagi satu tak buat..aku tak senang duduk..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...