Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

16.8.12

Tibanya Syawal..

Tibanya Syawal tanda ingatan
Ku kirim rindu di angin lalu~

Aishh rindu btol nk blogging. Entry puasa ke resepi rahsia ke iftar ke semua lesap.. tak sempat nak post entry. Tu haa entry besday hubby pon tak buat sampai kesudah..kihkihkih. Tup tup dah nak raya lah. Tup tup kejap lagi jugak lah saya sekeluarga akan balik raya. hihi suka suka! Sepanjang Ramadhan tak sempat nak balik berbuka puasa kat dua2 belah umah. Ingatkan dapat lah balik awal seminggu tanpa perlu apply cuti, tp ternyata tinggal harapan ajo lah. Rezeki Ramadhan datang berduyunnn tibhaaaa~ (sila ikut rentak juliana banos).

Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT.

Oh, lupa nk ckp, saya amik order kuih raya aritu. Tapi tak sempat nk promo kat blog, kat FB laju je masuk order. So saya buat sekadar termampu je. First trial, mana branih nk amik byk2 sgt apatah lagi nk hired org tlg kan. InsyaAllah tahun depan kalau berkesempatan dan kalau masih ade yg nak order maka akan buat busat-busat punya! hehe.

Sebelum kesibukan melanda, minggu pertama lg Encik Arjuna dah ajak pi cari baju raya. Ajaib gila sebenarnya bila dia yg ajak pegi beli sbb selalunya mak datin ni lah yg dok pulun. hehehe. Tapi tu lah, ingatkan dah paling awal laaa kann.BUT STILL tak de jugak baju size irfan dgn warna pilihan! Urghhh.. tensen mak. Dah kena tukar ke warna pilihan kedua. (sila rujuk gmbar) :P SETTLE BAB BAJU RAYA.

Dalam kesibukan melanda pulak, sempat jugak kami join majlis berbuka puasa dengan anak2 yatim Rumah Badan Amal Nur Zaharah di Janda Baik. Surau Cahaya SPK pon ada buat iftar dengan anak2 yatim hari yg sama jugak. Saya ni sebenarnya hati tisu, bukan bleh tgk anak2 yatim ni, tgk gmbr pon bleh nak sebak2. Dengar cerita psl keinginan dorang pon dah basah pipi..adehh..sayu sayu..T_T

Kalau keje makan gaji pon ade cuti, maka saya pon kena isytihar cuti tanpa gaji jugak selama sehari untuk melayan naluri wanita bershopping. Maka jejaklah kaki ini di Kenanga City Mall tu. Ala takde lah shopping ape pon, cari baju Irfan je sambil teman kazen nak cari baju raya. Pastu pi Pavilion jamu mata dan perut. TETTTTTTTTTTTT Habis cuti.

Hari2 dalam kepala otak dok pikir nak buat kuih..kuih kuih dan kuih. Kuih lagi... sampai tertido aku gentel jem utk tart nenas tawuu?! Asal termenung dlm keta, Encik Arjuna mesti sergah "hah teringat kuih la tu".. sepupu pulak hantar sms pon nak perli2 "Ingat nak ajak kluar esok, tp mesti hg buat kuih lg kann?" MEMEEEYYY PONNNN!

Haha DUA SETENGAH MINGGU saya struggle buat kuih bg siap. Kalah struggle nak amik exam Engineering Math 3 tauuuu.. huhu rezeki kan.

Saya ada terbaca status seorang kawan, dan termotivated secara automatik..lebih kurang mcm ni bunyinya...
"Kalau gaji kita rm2000, tapi kita kerja macam org gaji rm20k, jangan mengeluh kalau takde kenaikan sbb Allah SWT akan beri ganjaran dlm bentuk lain, mcm anak yg soleh, rezeki pada pasangan atau ibubapa, kesihatan.. dan begitulah kalau sebaliknya." 

Allah Maha Adil, kan?

Sebab tu kalau kita tgk org buat bisnes berjaya, sebab dia berusaha sungguh2. Tak keje, tak berusaha, takde lah rezeki/duit. Ye tak? Kalau makan gaji, kalau mengulat sket pon gaji still ON kannnn? Just a lesson for me yg kadang2 lalai bila berada dlm comfort zone.

Oklah, panjang pulak entry ni. Ni sbb dok tunggu Arjuna ku sayang yang tak pulang2 ke rumah lg. huhu bila bleh balik kampung ni..adoyaiiii~~

Ok, mcm biasa, mcm tetiap tahun, tak kisah lah nak kata apa pon, sempena 27 Ramadhan ni, malam yg diampunkan dosa2 kita, saya menyusun 10 jari, mohon maaf pada semua yg membaca blog ni tak kira lah apa salah yg saya dah buat. Bak kata citer 7 Ramadhan tadi, "Jangan biarkan sesaat berlalu pergi kerana ada dosa dalam diri kita..."

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA!


Dengan ingatan tulus ikhlas daripada
 & Familia

1.8.11

Buat semua yg rajin membaca, melawat, atau sekadar terklik blog ini..

"Mohon maaf jika tulisan aku ada yang membuatkan hati korang sakit. Aku minta maaf."



Semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Pengasih.

28.7.11

Famous keyword for this week

80% adalah pencarian tentang hal PUASA..hehe nampak sgt Ramadhan dah dekat kan. Thanks pada mereka yg dah berkunjung ke sini secara sengaja atau pun tak sengaja even takde lah banyak mana sgt pun info kat sini. Semoga info yg sikit tu dapat jugak membantu korang.


Next week puasa, InsyaAllah ade la entry resepi biskut nk di post lagi. hahaha. Esok jugak nk pegi beli sepsiap bahan2 kuih raya. Jom!




semangat nk puasa.

15.6.11

tentang puasa ganti yang jarang diambil berat

Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata :

"Di saat kami haidh di masa Rasulullah SAW, kami di larang berpuasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat" (H.R Bukhary Muslim)



Nah, siap kluarkan hadith lagi. Harini saya tgh qada puasa. Maka dgn itu, rajin la nk gugel2 beberapa hal pasal ganti puasa, dan nk sharing sket. Tak sangka jumpa byk sgt. So tak larat lah nk taip banyak2.

Jadi saya share link je la kan..haha.

Mula2 tercari pasal menggabungkan puasa ganti Ramadhan dan puasa sunnat Syawal. Ada ulama ckp harus, ada yg ckp sunat. Aisyah ra. jugak tidak menggabungkannya. More info tgk sini. Btw, saya pun tak penah lagi gabungkannya. Err puasa sunat Syawal pun tak penah buat. #pengakuan_jujur T_T


Lepas tu search lagi pasal hukum membatalkan puasa ganti. Nah terjumpa pulak blog yang ini dan byk pulak info lain yg dpt. Terima kasih banyak2 sebab sharing. Dia pun ada bg link lanjutan ke sini pulak. Baca lah!


Tak jumpa pulak apa yg saya nak dalam link2 atas tadi. Tapi saya tetap nk cari evidance hukum membatalkan puasa ganti dengan sengaja atau jika datang haid. Sebab dulu masa sekolah, kalau tak silap saya, ustaz saya cakap, kalau batal puasa ganti tu, maka puasa kita tu akan berganda. Sebab bila kita berpuasa ganti, sama seperti kita sedang berpuasa Ramadhan jugak. So, kalau sapa2 ada terjumpa pasal hukum ni, sila la sharing ngan saya.


Oh lagi satu pasal menggantikan puasa di bulan Sya'ban. Selalu dengar, tak boleh berpuasa pada Hari Syak, iaitu 29 atau 30 Sya'ban. Tapi tadi terjumpa pulak, sebaiknya jgn berpuasa 15 hari terakhir bulan Sya'ban melainkan dia sudah memulakan puasa sebelum 15 hari terakhir itu.
Sorry yang ini saya dah tertutup link dia. Tak igt dah jumpa mana.


Insaf2.. lenkali kena ganti awal. Ayuh mulakan skrg bg yg belum mula tu. ;)






Memperbaiki diri,

10.8.10

Selamat Menahan Diri...

PUASA ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
Jadi marilah....
~~menahan diri dari makan dan minum~~
~~jauhilah maksiat, bergaduh, atau mengeluarkan kata2 yg sia-sia~~~~mempunyai swimming suit body..Yey!! unless korang melantak time buka posa..haha~~
Alhamdulillah, aku masih berpeluang menyambut bulan penuh keberkatan ini skali lagi. Mohon ampun dan maaf jika ada yang tersinggung, tersigung, terrrrr apa2 lagi dgn segala intipati dalam blog ini.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam!
sudah semangat nk buat kuih raya! yey!

17.6.10

beku dan ganti

Damn, it's freezing in here.
In my office.
Baru service aircond, I guess.

...



Ermm skrg dh masuk rejab. Tengok status mukabuku, semua gadis2 dan wanita2 anggun pakat2 dok ganti posa. Memang dah lumrah manusia sejagat, tak reti nk buat benda awal2. Mesti jadi last minute jugak. Ihik ihik. Contoh terhebat adalah aku. Aku nih masih mencari hari pertama utk mula mengganti apa yg ditinggalkan dulu. Mmg liat kalo nk start. Tapi bila dh start, mungkin senang kot nk teruskan. T_T.

Rabu lepas dh tekad, nak posa. Set alarm baikk punya. Tapi akhirnya kecundang. Alasan aku, irfan terjaga byk kali mlm tu, maka aku dh jadi ngantuk. Mmg ia adalah alasan mutlak aku. Lalala~

Khamis, yakni harini, skali lagi aku set alarm pukul 5 pagi since subuh 5.41 pagi. Sudah terjaga. Aku bangun lalu offkan alarm tu. Perlahan-lahan aku letak kepala aku di atas bantal. Tidurzzzzzz~~
tenenettnetnetnet~~
Bunyi alarm lagi. Terjaga semula.



6.45pagi.
Ya mari bangun pegi keje. =p





pasti ganti jugak!

21.8.09

kembali~

Alhamdulillah..
Ramadhan kembali lagi..
dan aku... masih bernafas utk bulan yg penuh keberkatan ni.
Istimewanya Ramadhan thn ini..aku sudah menjadi seorang ibu, bangganya bila bergelar seorang ibu, betapa istimewanya martabat seorang ibu itu disisiNya. Sejenak terlintas difikiran aku akan mak nun beratus kilometer di utara semenanjung. Terkenang puasa2 lepas, mak yang excited bila anak menantunya pulang berbuka puasa bersama. Pasti penuh hidangan di atas meja makan berkerusi 8 tu. Dah macam buffet Ramadhan RM45 per person. (T_T) Mcm membazir pun ada. Tapi ketahuilah..betapa berbunganya hati ibu bila berada bersama anak2. Tiada erti penat.Tiada memikirkan wang yg tidak cukup. Tiada erti pembaziran. Yang penting anaknya selesa, suka, hepi, kenyang! (*.*) Mudah2an abg aku sekeluarga menyambut Ramadhan bersama mak dan abah. Maaf ye mak kerna anak mu ini tidak dpt pulang menyambut awal Ramadhan bersama. Bukan tiada masa. Bukan tak suka. Aku tidak mahu memberikan alasan kerna bukan itu yg sepatutnya. Tapi aku tahu, mak pasti paham situasi aku. Sebab..mak adalah mak aku. InsyaAllah, sebelum raya ni sempat lg rasa "buffet ramadhan" mak tu..(^V^)

Dikesempatan ini juga, aku nk minta maaf pada hubby, kedua2 family ku, kawan2 and para penchinta blog meskipun blog hopper..sori kalo ada bahasa aku yg terkasar, terperli, or terrr ada kena mengena ngan korang.. maafi aku..kerna aku hanya makhluk yg tiada kuasa.

Selamat menjalani ibadah Puasa buat semua umat Islam!

++koleksi kad ramadhan tahun2 lepas, err thn ni tak sempat plak..++

salam posa,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...