21.8.09

kembali~

Alhamdulillah..
Ramadhan kembali lagi..
dan aku... masih bernafas utk bulan yg penuh keberkatan ni.
Istimewanya Ramadhan thn ini..aku sudah menjadi seorang ibu, bangganya bila bergelar seorang ibu, betapa istimewanya martabat seorang ibu itu disisiNya. Sejenak terlintas difikiran aku akan mak nun beratus kilometer di utara semenanjung. Terkenang puasa2 lepas, mak yang excited bila anak menantunya pulang berbuka puasa bersama. Pasti penuh hidangan di atas meja makan berkerusi 8 tu. Dah macam buffet Ramadhan RM45 per person. (T_T) Mcm membazir pun ada. Tapi ketahuilah..betapa berbunganya hati ibu bila berada bersama anak2. Tiada erti penat.Tiada memikirkan wang yg tidak cukup. Tiada erti pembaziran. Yang penting anaknya selesa, suka, hepi, kenyang! (*.*) Mudah2an abg aku sekeluarga menyambut Ramadhan bersama mak dan abah. Maaf ye mak kerna anak mu ini tidak dpt pulang menyambut awal Ramadhan bersama. Bukan tiada masa. Bukan tak suka. Aku tidak mahu memberikan alasan kerna bukan itu yg sepatutnya. Tapi aku tahu, mak pasti paham situasi aku. Sebab..mak adalah mak aku. InsyaAllah, sebelum raya ni sempat lg rasa "buffet ramadhan" mak tu..(^V^)

Dikesempatan ini juga, aku nk minta maaf pada hubby, kedua2 family ku, kawan2 and para penchinta blog meskipun blog hopper..sori kalo ada bahasa aku yg terkasar, terperli, or terrr ada kena mengena ngan korang.. maafi aku..kerna aku hanya makhluk yg tiada kuasa.

Selamat menjalani ibadah Puasa buat semua umat Islam!

++koleksi kad ramadhan tahun2 lepas, err thn ni tak sempat plak..++

salam posa,

8 comments:

NisS^ImmEr said...

uih, tgk gmabaq tu trus takut nak ponteng puasa..

anak sapa tu? bukan irfan kan

Ros said...

sesama la kita mama irfan..nampak gayanya tahun ni ada lagi sorang akan join bukak posa walaupun dia x posa...jenuh la nak kawai nanti...

^wirda^ said...

nisma :: tu anak abg aku..otai tu..sgt la tembun..haha

ibu rosie :: ye btol2..sebbaik irfan tak merangkak lg..hihi

Jue_liana said...

salam ramadhan wirda..

moga ibadah kite diberkati olehNYA.

b said...

alaa..hapanih... tahun nih letak la gambaq irfan plak...sian irfan juga dipinggirkan...

aiseh... bile dia crita pasal mak nih.mesti hati dia betul2 berkaca2...lalu air mata jernih perlahan2 turun membasahi pipi comelnya itu....kan kan???

hum.. next week kita balik nak??ahad malam kita tolak balik sini...mawu?

^wirda^ said...

jue :: slama posa jugak!

b :: huyey...balik umah mama..huyey!

hushuss said...

sedih ku membaca blog cik wirda pasai mak ni...tapi best kan ramadan kali ni...dah ada pangkat baru..MAMA...nikmatnya ya Allah...walaupun susah nak suap makanan kat mulut sbb ada tangan yang menganggu utk suruh suap jugak ke mulut dia yg tak posa, itulah namanya tangan Bobot! Alhamdullilah...Allah bagi peluang lagi utk jumpa Ramadan kali ni.

^wirda^ said...

haha,,bobot pun nk merasa nikmat berbuka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...