12.10.10

Putih berseri dengan SHISEIDO


Hey Ladies,
Dah cuci muka? Mesti lah dah cuci tgk lah jam before tanya okeh.Haha
Orait..arini saya saja nk cakap pasal skincare. Anda pakai produk apa?

Ermm..Dalam pemilihan produk penjagaan kulit muka, saya tidaklah terlalu cerewet. More to ikut mood. Haha boleh gitu? Mcm2 dah saya cuba, dari yg semurah2 Safi sehingga lah yang semahal2 SKII. Tapi mostly saya akan amik produk keluaran negara Asia mcm Japan, sbb mestilah dorang buat test terhadap kulit2 orang Asia kan. Saya dh pernah cuba produk dari Canada, cik D, tapi malangnya, selepas tu muka saya yg tidak pernah berjerawat di pipi terus berjerawat bak cendawan tumbuh selepas hujan. OMG! T_T


So, saya buang terus semua. Saya tak amik apa2 produk pun. Saya just pakai pencuci muka biasa saja, mcm Safi dan Ginvera untuk sebulan dua. Bila dah tinggal parut saja. Saya mencuba SHISEIDO White (masa tu). Pakai complete 1 set : Cleanser, Softener dan Moisturizer. Alhamdulillah, sebulan dua lepas tu, saya baru sedar bintik hitam bekas jerawat tu hilang terus. I said WOW WOW WOW! So sampai skrg, saya masih setia dengan SHISEIDO, dan saya pakai kategori WHITE LUCENT. Mak suke bila tgk muka berseri2 selepas memakai complete set.
1 :: Cleanser :: Dengan secalit cleanser tu, sila buat buih seperti dalam
gambar, dan gunalah buih2 itu untuk menanggalkan kotoran dan sel2 kulit mati di
setiap liang roma wajah anda! Bilas bersih dan anda akan tersenyum dengan hasil
nya!

2 :: Softener :: Macam toner jugak. Sapu pada wajah menggunakan kapas
lembut untuk mendapatkan kelembapan kulit yg seimbang.

3 :: Moisturizer :: Pastilah untuk melembabkan kulit disamping melindungi
kulit dari pancaran UV.
Ah takut lah nk beli botol2 besar yang mahal tu, nanti tak sesuai pulak ngan kulit muka rugi saja! Ohhh dont worry, Shiseido yang memahami kehendak pengguna mmg dah sediakan ala2 trial pack untuk sesapa yang nk cuba. So bleh la try!

Okeh, dah habis promote. Sekarang nk tunggu kot2 Shiseido call nk suh jadi duta. Hahahaha


Mesti lah nk berseri sentiasa.

8 comments:

b said...

oh..patut la tetiba nampak kotak tuh berterabur di kawasan pemilik blog ini tgh blogging...

^wirda^ said...

hahaha..syhhhhh..

tiKa_AkiTa said...

seyes ke??
brapa harga die eyh???
jom baca entry sy...

^wirda^ said...

basic tu rm179.. tp kalo setgh tmpt dia pack harga lain2..bg extra freegift lg..;)

atulhani said...

hang memang dah putih.....!

^wirda^ said...

putih kusam..putih lebam..bermasalah jugakk..aku putih kuning..so kena bg shining sket.. baru rasa glory2 lahahahhah

Anonymous said...

Muka sy jerawat kecil2 je pastu parut hitam bintik2 bekas jerawat.. bleh ke sy cuba.. risau frust plak nnti klu xmenjadi.. tlg sy sis.. ☺

..:: WiRdA ::.. said...

Hi anon.. sorry awak tak tinggalkan any contact.
btw, awak boleh PM fb saya atau Whatsapp saya 0122747294. nnt sy btau cemana nk hilangkan terus jerawat pasir tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...