Cuba makan makanan yg membakar lemak seperti beras perang, bijirin, sayur, buah segar, susu skim, makanan laut, lean meat, dan putih telur. Ckp bye bye bye kepada Piza, burger, tempura, dan semua makanan yg berlemak juga terlebih sudah gula!
29.4.10
belly oh belly
26.4.10
hias
Saya akan berlagak cool even merasa sangap giler lalu memasuki lot2 kedai yg ada, tak kira branded atau tidak.
Maka dengan tidak semena-mena, niat saya utk berbelanja tingkap tetiba bertukar menjadi shopaholic walaupun saya tak minum holick, maka bertaburan lah duit saya kat kaunter2 pembayaran. T_T (sila jgn contohi saya!)
Tabiat shopaholic saya adalah bermusim, kalo terasa nk beli pakaian, maka RM itu akan melayang ke kedai2 pakaian sehingga pudar musim itu.
Musim akhir april ini, saya lebih terjerumus ke arah perasan cantik! Oleh itu, saya telah singgah di segala lot2 yg bernama kedai alat solek. ok la tu..dh hammmmpir 1-2 thn aku tak beli alat2 solek! T_T
Maka bahan2 perasan cantik yg telah dimiliki secara mutlak adalah seperti berikut.
3) ELIANTO Extreme Volumiser Emulsion Mascara
23.4.10
JOM KECOH!
Kalo dah buntu sgt benak pikiran korang, Jom buat kecoh di EXHIBITION HALL MID VALLEY MEGAMALL!
ada apa ye?
haaa ada ini!!!

Photog dari MT,CP,SP dan GI tlah bersatu hati membentuk company yg lebih gah dimata doniaaa iaitu THE PRESTIGE telah membuka booth disana! Maka dgn tidak semena2, aku pun akan berada di booth itu esok dan lusa, InsyaAllah! Oh ya, kami juga menyediakan RM500 limited voucher giveaway! FCFS!!!
"kami dah kawin..perlu ke kami datang?"
PERLU!
dtg tlg tgk utk adik badik nk kawin pun buleh..
dtg utk makan kek2 free, coklat2 free dari jiran2 booth yg lain juga buleh..amacam best bukan? atau mungkin anda mencari sesuatu utk majlis2 anda spt majlis harijadi, majlis cukur jambul, mahupun majlis pencen..
atau mungkin anda buleh memanipulasikan pakej2 photo kawin menjadi pakej2 photo studio, family photo ataupun foto gigi anak anda yg baru tumbuh!
Jadi, JOM KECOH di sanaaaa sanaa sanaaaa! si yu!!!!
nota tambahtolak:
+ THE PRESTIGE juga adalah official photographer (OP) for Malay Wedding Expo 2010 ini!
- err sori gambar promo kecik, encik Ray, sila upload gambar besar sket kat FB tu ye..:P
berPRESTIGE,
22.4.10
menyingkap tajuk entry sebenar (help me pls)
err tapi soalan yg aku letak awal2 tadi dirahsiakan semula...hahahaha
21.4.10
peti ais kena selongkar?
15.4.10
dont play play okay!
6.4.10
pabila dimensi membutakan mata
Geng 8848 telah anjurkan Hari Kesihatan lg dan lg... pada yg pegi tu aku ucapkan tahniah kerana anda punya usaha kearah memperolehi kesihatan lestari! (ayat mau gempaq je)
Apa yg tlah Geng 8848 nih buat adalah checkup internal body kita.
Maka setelah saspen membuat ujian2 tersebut, maka inilah hasilnya utk kami laki bini.


So, result utk mak anak satu nih adalah seperti berikut
*Tinggi = 1.51 m ...ye ye sy tawu sy kuit..:P
*Berat = 47.4 kg
*Umur = 28 thn ... kire muda lg la kan?
*Umur biologi = 30thn!! ...hah, umur dalaman tua 2 thn dari asal. Ni pun sbb sy agak malas/xsuka memakan makanan spt junkfood, kurang minat minuman bergula...bla bla bla.. ANDA BAGAIMANA?
*Fat level = 31.4% ...sy dpt rasanya ini semua dtgnya dari arah perut saya yg seperti permukaan muffin/kek yg berombak. T_T
*Visceral Fat = 3.0 ...lemak dalaman, doktor ckp result yg bawah dari 5.0 adalah baik, bermakna, organ2 seperti jantung tidak disaluti lemak yg byk. Fuh..alhamdulillah..
*BMI = 20.8 ...result between 18-23 adalah berat badan yg ideal/unggul.
*% Otot = 24.4% ...maaf ini sy tak pasti
*Kalori = 1070 ... maaf juga ini pun sama.
*Sugar Level = 4.1 ... paras gula dibawah 6-7 (kot) adalah baik. Tahniah buat saya.
*Tekanan Darah = 98/65 ... normal pressure adalah 120/80. Saya adalah seorang yg mempunyai Low Blood Pressure sejak melahirkan anak. Makasihhhh!
Dan ini pula result ikhlas Encik Ray.
*tinggi dan berat = 1.71 m dan 74.6kg
*Umur = 28 thn
*Umur biologi = 40!! ...Encik Ray mmg penggemar tegar junkfood, minuman berkafien, dan segala jenis pe- lg..
*Fat level = 24.1% ...yeah dia kelihatannya kurus dr sy..T_T tak perlu ketawa terbahak2 ok?
*Visceral Fat = 9.5 ...tp lemak pada organ beliau agak tinggi..oh sgt bahaya ini. Harus dibanteras!
*BMI = 25.5 ...meskipun beliau nampak kurus dari sy, tp 23-27.5 adalah kategori overweight. Haha sila kuruskan badan lg. :p
*% Otot/Muscle = 32.2%
*Kalori/ Calorie = 1675
*Paras Gula/Sugar Level = 11.4 ...beliau mmg pengidap diabetes. Result ini diambil selepas makan, jadi result 11 ke bawah adalah kategori selamat lg. Kalo beliau berpuasa, result begini adalah tidak selamat.
*Tekanan Darah/ Blood pressure = 118/72 ... ini ok.
Kesimpulannya, jgn kita igt kita SIHAT, maka segala organ dalaman kita turut sihat. Itu bg org yg sihat. Orang yg sememangnya berpenyakit, lg lah patut beringat. Apa yg di highlited di atas, spt UMUR BIOLOGI, adalah perlu dititikberatkan dan bak kata wonderpet, INI SERIUS! Kerna ia bukan melibatkan angka, tetapi fungsi organ dalaman kita.
PERNAHKAH ANDA OVERHAUL BADAN ANDA?
SOLUTION?
menulis tanpa melihat tajuk asal,

cerita dari BANDUNG ya buk~

















