Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

8.6.11

Confession of Shopaholic (version Bandung)

Ya ibu2, aku baru pulang dari Bandung. Kali kedua ke sana, pastilah aku membalas dendam segala ralat semasa pertama kali ke sana dulu. hehe.

Misi terulung adalah shopping. No Tangkuban Perahu, no Kawah putih. Even mmg kami rasa nk pegi tgk kawah putih, tp tak cukup masa kalo pegi, sebab cuma pergi 3 hari saja. InsyaAllah next time.

Bertolak jam 940 pagi waktu Malaysia, sampai 1045 pagi waktu Bandung. Lebih kurang 2 jam perjalanan, nasib baik Bandung sejam lewat dari Malaysia.

Terus terjah ke Grand Seriti Hotel. Masa tiba baru pukul 12.15 tgh hari. Check-in time pukul 2 ptg. Jadi kami tinggalkan barang dan terus terjah Pasar Baru sampai lah kedai semua tutup jam 5 petang. Erk lama jugak. Kemudian terus ke Rumah Mode. Alang2 dah Rumah Mode dekat dengan hotel kami. Malas nk checkin awal2.

Dah habis shopping di Rumah Mode, makan2 di cafe sebab tunggu cewek manis, teman baru aku dari Jakarta datang jenguk kami. Aku puji kardigan dia pakai cantik, tak pasal2 Lina bagi kardigan tu buat souvenir pulak. haha. Thanks darling~!


Memandangkan semua udah penat, lalu kami kembali check-in. Lihat bagasi seblah kanan bersama hasil tangkapan. Oh nampak tak bayangan seblah kiri, sepupu aku yg di timpa musibah pulak di toilet lobby..


Sinki top (marble) ini jatuh menimpa kakinya. Aduhhh, aku tgk pun dah ngilu kot.. T__T

Pihak hotel bawa pegi hospital dan sah ibu jari kaki retak. T_T Lalu dia terpaksa la kuarantin kat bilik hotel je. Sebbaik dh settle shopping byk2 before tu. So dia cuma layan spa di bilik saja.

Hah ini bilik kami. Irfan suka benar kalo masuk bilik hotel.. sejuk2. Haihh nk kena pasang air-cond lah ginih..Ye umah mak takde ekon lagi okayyyy! Hahaha

Ya inilah hasil tangkapan hari pertama kami.


Hari kedua, pegi shopping lagi di Uptown, Episode, Oasis, Secret, Heritage, Cascade, Summit, Terminal Tas, dan Jonas.

Mesti lah penat kan, jadi wajib memanjakan diri di Mariati's Spa, Gallery and Cafe.. enak banget!

Hasil serangan hari kedua. Terpaksa beli luggage baru. hahaha.

Ohhh i dont believe this. Semalam semasa di pasar baru, aku terus tempah kain yg dibeli, katanya bleh siap sehari. Nah terbukti! Pantas dan kemas dan lagi cantik! Mak sukaaaa~! Ok dah kantoi baju raya i!

Last day, check-out hotel seawal 8 pagi. Terus serang segala kedai brownis. Try beli Amanda pulak sebab dulu tak sempat rasa. Tp tak bg saya tak sedap sgt. Salah pilih flavour kot. Hehe.

Paling suka, Kartika Sari... sedap sgt! Borong gila2. Dulu aku hanya beli DUA saja. DUA sahaja apa punya tak masuk akal!! hahahha Kali ni beli berketoi2.. hamek kau!

Nak shopping di Rumah Mode kali terakhir, tak buka lagi pulak. Jadi bergambar saja depan ni, sebab blom penah ada gambar kat sini sepanjang kami ke mari. haha

Tak puas hati, paksa supir masuk Jln Dago balik, yey Uptown buka. Masih punya masa utk shopping, maka shopping lagik supaya tidak rasa termimpi2 apa2 baju lagi. hahaha. See irfan pun kecoh je.

Ka-ching!

Singgah lagi beli buku photography..


Akhirnya pulang. Haih flight delay pulak, kalau supir kami takde keje lain, mmg aku paksa dia patah balik amik kami makan Bakso Malang.. Malangnya kami tak sempat makan.

Apa2 pun, trip kali nih mmg heaven lah shopping. Mmg puas. So pause shopping sampai raya! bleh caya ke? hahahahhaa....




till we meet again Bandung!

6.4.10

cerita dari BANDUNG ya buk~

Yeah bebeh..
sudah 2 bulan aku pulang dari kota shopping, Bandung, kini baru berkesempatan nk story mori.
Actually nk upload dh lama, cuma dok tunggu gambar dari laptop Encik Ray di transfer ke laptop aku. Nampaknya sampai kesudah pun tak transfer, lalu aku cedok saja dari fesbuk Encik Ray yg hensem. haha so malas nk tulis panjang2 sbb gambar2 pun akan memanjangkan lg entry aku ini. layannnns!
DAY One
Tiba di epot yg ciput saja besarnya dgn menaiki penerbangan merahputih yg terus ke Bandung. Irfan mengamuk sbb digroundedkan dlm stroller..kerna dia benci keadaan itu..lalala kami purak2 tak dgr jeritan dia..hahahaha cewek bandung dia kaunter hotel. Hotel Naval adalah accomondation sejati kami sepanjang 4 hari di sana. Ini di Jln Sukajadi nk jadi apa pun..
inilah bilik deluxe kami. er bukan mengada nk berdeluxe tp mereka tiada bilik standard. Itupun tiada peti ais mahupun cerek ajaib. cis. Boleh la kalo nk jimat utk membawa famili ceria anda.
Terus ptg tu kami pegi Pasar Baru yg disebut2 org Malaysia. Aku telah merembat baju2 sulam utk hari raya kelak. (errr sapa nk tolong jahit?) Gambar di atas adalah di kedai membeli telekung pesanan Mamita ku. Pulun jugak endon itu membuka semua telekung utk merambangkan mata berbulu lentik aku ini.
Percaya atau tidak, kami cuma berada 2 jam saja di Pasar Baru.DUA JAM SAJA! Adakah kerana membawa bapak2 yg tidak suka tmpat ibu2 seperti kita? T_T Lalu kami shoot ke Rumah Mode pulak. Ahh aku buntu mau beli apa di situ, pilih 3 helai..try2 ada je yg tak kena. Last2 aku beli baju irfan saja 2 helai, lalu berambus menuju ke Jalan Chimpelas, dan aku nekad untuk membeli sehelai baju jugak (sbb aku gamble dgn membawa sehelai saja baju ke sana) dan akhirnya dpt la sehelai saja. Akhirnya kami pegi dinner kat Paris Van Java sbb nk cari kedai2 yg jual makanan ala carte seperti nasi goreng, mee hailam gitu. After dinner, balik hotel tido!END of Day 1. DAY Two
Seawal pagi, kami sudah bangun utk pergi ke Tangkuban Perahu yg digembar gemburkan oleh orang2 Malaysia yg telah pegi.
Bersama BFF, elis yg sedang mengandung 4 bulan..dan si adik ipar beliau. ini kami..di bawah itu kawah. Busuk sulfur gunung berapi ini..huhu tp disini dingin dikit. On the way turun dari Tangkuban, tempat wajib yg dikatakan org Malaysia lg, adalah makan di Kampung Daun. Mula2 sampai di muka pintu, aku tgk, lalu berkata "ala nih ke yg dikatakan best sgt tu?" tp bila sudah berjalan masuk, aku terpesona. Indah, cool, tenang amat. Dgn deruan air terjun..pilih laa pondok yg menjadi tmpt utk korang nk santap. Ah nk citer mmg jenuh la. Pegi la rasai sendiri suasana hebat ini. ;)
hik hik..sudah makan..irfan pun ngantuk2 nk titon..

yeah..dan aktiviti tegar kami, adalah Shopping. Kali ini di Jln Dago. Mmg maveles disini. sampai tak cukup kaki nk pi cari. Ngan kendong anak lg, ahh mak tak pedulik nokk..mak shopping jugak!
So, hari dihabiskan dgn makan mlm kat tmpt semlm (kena mandrem barangkali) dan diakhiri ngan xtvt ngurut kaki di spa seblah hotel. Wah spa kaki yg sgt2 best, dan environment hebat. sila ke Zen @ jln sukajadi nanti! cuma Rp50,000 saja lebih kurang rm15 saja. murah kan? END of Day 2.
DAY Three
"Belom ke Jonas Belom ke Bandung" slogan yg emangnye benerrr, baik utk photographer tegar seperti kami ataupun org yg suka bergambar. Jonas adalah kedai gambar femes yg bukan calang2 kedai gambar. Adakah di Malaysia kelihatan kedai gambar di kerumuni org seperti IKEA? Di Jonas, semua itu realiti. Kedai gambar yg punyai pelbagai jenis studio shooting. Beratur la kalo korang larat. Aku teruja dgn design2 framing dia, lalu aku dan Encik Ray nekad untuk spend money membeli 3 bijik frame dan background2 deco2 dia. Hahaha.
yeah inilah suasana di satu sudut Jonas. Bz bukan? Lepas tu kami shopping2 area Jln Riau (ye ke?) err agak lama pulak kerna apabila Encik Ray berminat untuk shopping barangnya, maka berjanggut lah nk tunggu pembelian itu. T_T
Lagi satu tempat wajib yg disebut2, adalah Kartika Sari. Ibuk Kartika ini sgt popular dgn brownis nya sehingga kedai bakeri nya juga penuh sesak seperti di kala sales 70% MNG. Sampai aku jadi keliru mendengar harga brownis itu lalu aku terrrrbeli SATU SAHAJA brownis dan satu kek lapis prune. Bila dh berambus dari situ baru ku sedar, harganya cuma Rp30,000 sahaja = RM12 sahaja!! Arghhhhh mana ada org juai brownis 11"x5" dgn harga itu!! RALAT ku rasakan disitu. Takpe, janji aku beli jugak satu. Cuma tak dpt nk sedekah utk kawan2 dan sanak saudara. Sori ya! Last round kami cuba ke pasar baru lg skali, tp sayangnye, salah info, kami tiba di sana pukul 5.45pm, Pasar Baru tutup pukul 6 ptg, dan time kami sampai, kedai2 idaman kami semua tutup dan sunyi terus. T_T Ralat lagi disitu..Lalu membawa diri ke Rumah Mode skali lg utk membalas dendam. Ah sebbaik ada stock baju baru, jd aku rembat sehelai tshirt Guess dgn harga yg hebat. Dinner terakhir kami di kedai mandrem kami, memperkenalkan, Quali @ Paris Van Java.
Paris Van Java adalah seperti supermarket hebat seperti KLCC atau Pavillion Bandung..err tak sgt kot... bawah sket dari itu..:P END of Day 3.

DAY Four
Tiada apa yg bisa dilakukan, kerna flight pukul 12, dan kami hanya breakfast di Hotel Naval itu.
Perhatikan wajah riang ini sambil memegang Butter dan Jem Stoberi, kerna mereka ini telah mengsongklap SEMUA Butter dan Jem itu utk dibawa pulang ke Malaysia. Kami tidak jakun, tapi kami suka makanan itu.Yeah acara wajib, bergambar di hadapan hotel, dan bersama supir sejati, Pak Agus. Pak Agus ada fesbuk, silalah add beliau sebagai kenalan luar negara anda.
Ruangan menunggu. Si omey Irfan sudah menunjukkan ciri2 nk mengamuk, seblom dia benar2 amuk di dalam flight selama beberapa jam perjalanan..T_T
Apakah kejadian ini pernah berlaku pada bas udara anda? Ya anda mungkin akan jumpa ini pada bas udara merah putih anda suatu hari nanti. Sekian perjalanan kami ke Bandung. Tunggu Episod "sesuatu" di Bandung! Coming soon!

Nak pegi lg ke sana,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...