Showing posts with label tahukah anda. Show all posts
Showing posts with label tahukah anda. Show all posts

11.2.15

Punca, Rawatan & Pencegahan : Bagaimana KANSER terbentuk?


KANSER.
Bila sebut pasal kanser, kita terbayang hampirnya pada kematian kerana ia adalah penyebab utama kematian di dunia. Yes, ada sesetengah pesakit mampu melawannya, namun ramai yang menemui ajal.



DARI MANA PUNCANYA?

Banyak faktor yang membawa kepada penyakit kanser. Antaranya
  • Radikal bebas - setiap hari kita semua terdedah dengan serangan radikal bebas yang berpunca dari pencemaran, sinar uv, metabolisme, dan sebagainya. Tiada yang terkecuali.
  • Diet yang tidak seimbang - pertumbuhan kanser dalam darah berasid! Jika kita banyak makan makanan manis dan berlemak, badan kita akan jadi berasid dan menggalakkan pertumbuhan sel ini.
  • Genetik - mereka yang ada keturunan pesakit kanser sangat berisiko tinggi.
  • Gaya hidup tidak sihat  Merokok merupakan antara punca utama kanser yang menyumbang kepada 22% kes kanser di seluruh dunia dan 71% kematian daripada kanser paru-paru.
BERMULA DARIPADA SEL YANG ROSAK MEMBENTUK KETUMBUHAN!!

Tahukah anda setiap dalam tubuh kita terdiri daripada binaan sel-sel yang kecil. Selepas 21 hari, setiap sel tersebut akan mati (proses ini dinamakan Apoptosis) dan diganti dengan sel yang baru. Kanser terjadi apabila ada sel yang sepatutnya mati, tapi tak mati!! Sel ini yang dipanggil sel yang rosak!

Pada asalnya sel yang rosak ini tak merbahaya tapi oleh sebab ianya rosak, kadang2 ada sel ini yang memduplikasikan diri tanpa henti. Maksudnya selepas 21 hari pun tak ada yang mati. Jadi, semakin lama sel yang rosak akan semakin membesar dan menjadi ketumbuhan ataupun dalam bahasa medik, TUMOR! Namun, tumor ni masih tidak dikategorikan sebagai merbahaya kerana ianya boleh dibuang melalui pembedahan.

Situasi akan mula bahaya apabila sel yang rosak ini berkembang dan mengganggu sususan tisu di dalam badan. Apabila semakin membesar, kumpulan sel yang rosak ini jugak akan memerlukan oksigen lalu menarik salur darah baru utk terbentuk.

Dengan adanya salur darah yang bersambung dengan kumpulan sel rosak tersebut, maka bermulalah fasa yang berbahaya. Sel-sel yang rosak tersebut akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke kawasan2 lain dalam badan dan menyebabkan kanser.

ok jom kita tengok rajah ini untuk lebih mudah paham. :)








CARA RAWATAN & PENCEGAHAN

Antara cara rawatan kanser yang paling popular ialah kimoterapi. Tujuan utama adalah untuk membunuh sel kanser tapi oleh kerana ianya dibuat keatas seluruh badan, sel badan yang sihat jugak terkena tempias.

Sebab tu lah pesakit kanser yang sudah alami rawatan kimo akan kelihatan pucat, tak bermaya, rambut gugur dan susut berat badan. Ubat yang dimakan lepas rawatan juga mempunyai pelbagai kesan sampingan. T_T

Jadi, alternatif lain adalah denga pengambilan VIVIX, antioksidan yang membantu melindungi dan memperbaharui sel2 DNA yang rosak akibat rawatan dan serangan kanser. Ini kerana vivix mengandungi Revesratrol yang telah diuji secara klinikal mampu menrencatkan sel kanser dari menjadi semakin serius. Ok nanti saya akan terangkan lebih detail dalam entry lain. :)


RESVERATROL bahan yang terkandung dalam VIVIX!


FAKTA PENTING!!


Sel kanser tidak boleh berkembang dalam darah BERALKALI! Jadi sangat2 penting untuk pesakit atau kita mengambil makanan beralkali setiap hari. Sumber paling mudah adalah SAYUR-SAYUR MENTAH, and of course ALFALFA, supplement yang bersifat alkali yang tinggi!

Selain tu, proses oksidasi juga menyebabkan darah berasid. Jadi, ambil ANTIOKSIDAN seperti VIVIX/VITAMIN A, C , E dalam DIET HARIAN anda untuk langkah pencegahan dan rawatan. :)
Vitamin ACE, antioksidan terbaik untuk mencegah kanser.


Your Health & Beauty Consultant,

Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @slimbeauty_bywirda

6.7.11

Ia bermula dengan A bukannya aaaa~

yeahh...APPETON~~dengan lysine!



Haa mcm iklan pulak. :P

Ye memang nk iklankan sikit walaupun ada yang dah tahu. Siapa tak nak anak membesar bagai johan kan. Nak bg milo dia taknak. Nak bg nasi pun tak nak sgt. Nak bg roti pun tak nak jugak. Apatah lagi sayur dan buah kan. Harapkan susu formula tu je. Dia bukan baby lagi!! Jadi saya pun mengambil langkah ini untuk monitor balik perkembangan Irfan.

Masa umur setahun dulu, dah penah beli, tapi Irfan selamber bg pecah botol tu.

Then saya beli Scott's yg chewable tu. Tapi ini budak kecik terlebih suka pulak sampai nk buat sebagai gula2. Kang teroverdose pulak. T_T

Then beli lagi yg jenis tablet, lupa lah jenama apa, masa tu nk cari Appeton, tp tak de, salesgirl tu beriya2 suh beli yg tu. Hampa. Irfan tak suka tablet. Sapa nak angkat tangan!


Akhirnya, last week jumpa jugak Appeton dengan Lysine ni dalam bentuk syrup. Biasa lah, kalau saya mencari mmg payah btoi nk jumpa. Cuba tak cari.. bersepahhhhh je dok jual sana sini. T_T


Berat Irfan dah turun dekat 2 kg kot sebab dia tak makan nasi dah seminggu. Sebelum tu pun makan cuma 2, 3 sudu je. So dari last week sampai arini, saya bagi Irfan minum 4 kali je baru. Alhamdulillah. Selera dia bertambah. Siap over lg.


Dah makan nasi lebih dari 10 sudu dah. Pastu sambung lg pulak makan biskut or yogurt or apa2 yg dia nampak lah. Pantang saya turun dapur, dia pun turun selongkar peti ais, amik lagi koko crunch.. vitagen..buah.. okeh mision to improve the appetite sukses!


Okeh jom tgk multivitamin yg terkandung dlm sebotol Appeton ni.

Nutrient
Composition
Each ml
US RDA*
Functions
Vitamin A
1500iu
100%
Ensure good eye sight
Maintenance of proper calcium level in the body
Ensures healthy bones and teeth
Vitamin D3
400iu
100%
Vitamin E
5iu
100%
For proper cell function and protect body cells from free radicals
Vitamin B1
0.5mg
100%
Necessary for the normal process in carbohydrate, protein and fat metabolisms
For red blood cells formation and
Correct functioning of nervous system and proper food assimilation
Vitamin B2
0.6mg
100%
Vitamin B6
0.4mg
100%
Nicotiamide
8.0mg
100%
For normal skin condition and nervous system
Vitamin C
35mg
100%
Helps to increase body resistance toward infection
Prevent the occurrence of scurvy
Vitamin B12
2mcg
100%
Essential for cell formation especially red blood cells and they are vital in prevention of certain form of anemia
Taurine
20mg
-
Helps in brain development, memory, attention, improve learning ability
For eye healthiness and development
L-Lysine HCI
20mg
-
Promotes muscle growth, weight gain and calcium retention
Helps to enhance body height and weight gain which have been proven in a Japan study


Bagus kan. Cubalah.




senang hati,

22.4.11

Measles or Chickenpox

Haa..ini mmg saya konfius dari dulu. Ye la sebab dari kecik cuma tau satu je. Demam campak. Campak besar dan campak kecil. Bahasa kampung la kiranya. Saya penah kena kedua2 nya masa umur 16 tahun dan 22 tahun kalau tak silap. Tp masa tu dah pandai la jaga diri supaya tidak berparut. But still, saya panggil demam campak. hehe.


Sampai laaa terjadi kat si comel Irfan, baru saya start confuse, bila kawan2 mula tanya measles ke chikenpox? Ohh tipah keliru. Tanya doktor aritu, dia ckp yg mcm ruam tu measles dan yg berair tu adalah chicken pox.

Ok tapi dalam bahasa melayu nya org panggil apa sebenarnya? Jadi untuk kepastian jitu, maka saya gugel terjumpa blog doktor ni. Konklusinya adalah..


Measles adalah campak, iaitu berpunca daripada virus measles yg menyebabkan demam tinggi, sakit tekak yg teruk dan ruam pada seluruh badan.



Chicken-pox adalah Cacar Air, iaitu berpunca daripada virus varicella yang menyebabkan demam dan ruam berair pada badan.



Haa skrg saya dah puas hati. =)


So as a conclusion, Irfan skrg diserang penyakit cacar air atau chickenpox. Sian dia gatal2. Makan pun tak lalu. Dah 5 hari asyik makan biskut mini tiger tu je. Sakit tekak agaknya. T__T


Gambar Irfan demam hari ke 4.. harini dah hari ke 6.



get well soon, son!



Whats you berry???? Check it out!

6.1.11

gigi manja

Dah dua hari sakit kat bahagian dalam pipi, menjalar ke dinding gusi dan anak tekak. Ku pikirkan tonsil, tapi tadi turun jumpa doktor kat in-house clinic, katanya gigi bongsu nak tumbuh. Ni haa kat seblah kiri..bawah ni..aa aa.. oh ok mesti la tak nampak kan..imagine sudah. :p

Uhm.
dan uhmmm lagi skali.
Terus gugel info, katanya, pertumbuhan gigi geraham ketiga atau bongsu adalah antara umur 17-25 tahun. Tapi ada info cakap 17 tahun ke atas. So, pada umur saya yg lagi beberapa hari akan dikategorikan sebagai hotmama late 20s ni, adakah pertumbuhan ini sgt lembab? atau usia dalaman saya yg masih muda? Ngeee~ ok tak perlu jawab. Hehe


So sebab dah gugel, terjumpa plak risiko si gigi bongsu ni. Dah la lambat tumbuh, byk hal pulak kan. Gigi bongsu nih berisiko untuk tumbuh secara tidak normal, terutamanya pada rahang bawah kerana mungkin tidak cukup ruang. Maka ia boleh tumbuh dengan gaya bebas kuak lentang mahupun kupu-kupu. T__T

Kesan tragisnya:
Pastilah merasa sakit pada gusi, bengkak, nafas berbau, karies pada gigi jiran dan susah nk buka mulut apatah lagi nak makan. Jadi orang sekeliling patut peka dan tidak membuat lawak bangang atau kemurkaan pada pesakit bagi mengelakkan terkena tinju bertubi2.


Apa nak buat?
Kalau gigi bongsu itu tumbuh elok dan tak ada apa-apa masalah, tak perlulah cabut. Tapi, kalau sakit dan bengkak berlarutan, baiklah berjumpa doktor gigi anda, dan pasti mereka akan cadangkan untuk dicabut saja.



Maka dengan itu, saya perlu berjumpa dentist untuk melihat pertumbuhan gigi manja saya ini normal ataupun tidak. Anda juga perlu (jika belum tumbuh)!




sakit!

8.10.10

Gen2, mak panggil balik!

Di suatu tengah hari yang suam2, aku, yana dan jue berjalan menuju ke kereta Gen 2 ku...

"Eh tadi kat FB, ada kawan aku post pasal Proton nk recall keta Gen 2 dan Neo 2004-2008"

"Oh ye ke? Sebab apa?" tanya si yana.

"Ntah, katanya sbb clock spring? Ada sangkut paut ngan hon, airbag.." aku cuba buat terer.

"Oo0o bleh la dpt keta baru..waja evo..." ayat tak pasal2 dari yana. Jue dengar saja.


Tuit Tuit!


Kami masuk dalam keta. Aku pun hidupkan engine dan mula kluar dari parking yang illegal.

Ho0o0oonnkkkk! Hooonnnkk!

Begitu kot bunyi hon keta aku bila aku mula pusing stereng! Watefisssssssshh!
Keta ni dengar aku cakap ke tadi..adoiyaiii! Terus tukar naik keta si Yana dan kepala masih pusing memikirkan keta ku itu.

Tunggu lepas org balik solat jumaat, minta tlg membe opis yg tau repair keta. Di cabut wayar hon pun masih berbunyi. Sentuh sana sentuh sini. Baru je aku nk tunjuk terer bagi dia alatan spanar untuk buka segala benda. Dia dh cabut satu fius dalam kotak fius banyak2 tu. Hmmm Diam pun kau wahai hon. Try bawa keta pusing2 stereng. Mmg diam. Tapi ada bunyi2 kat tmpt hon kat stereng tu. So naik opis pegi baca balik artikel tadi tu.

PROTON RECALL SATRIA NEO & GEN2 2004-2008!!!

A Clock Spring is located behind your steering wheel, between where your
dashboard and steering wheel connects. It connects the switches and airbag in
the steering wheel to the radio, horn and cruise control.


The defect of the clock spring could cause the following incidents,
1. Noises when turning the steering wheel.
2. Unintentional triggering of the car horn.

3. Malfunction of car audio remote button on the steering wheels.
4. Self-deployment of the air bag.
5. Unable to start car due to short circuit of the electronic components.

Check your car whether is affect
Go copy down your chasis number located here.

Go to the url HERE to check whether your car is affected.


Sah. I need to see them!
Oh nanti nk kena check chasis number dia! Sapa pakai Gen 2 or Neo 2004-2008, silalah check skrg! Rujuk pada WEB ini!

Sumber gambar dari incik gugel. Makasih.

Sapa kata dapat keta baru?

6.4.10

pabila dimensi membutakan mata

Ceritera dari episod lepas aku rentetkan ke entry yg dijanjikan.

Geng 8848 telah anjurkan Hari Kesihatan lg dan lg... pada yg pegi tu aku ucapkan tahniah kerana anda punya usaha kearah memperolehi kesihatan lestari! (ayat mau gempaq je)
Apa yg tlah Geng 8848 nih buat adalah checkup internal body kita.
Maka setelah saspen membuat ujian2 tersebut, maka inilah hasilnya utk kami laki bini.

So, result utk mak anak satu nih adalah seperti berikut
*Tinggi = 1.51 m ...ye ye sy tawu sy kuit..:P

*Berat = 47.4 kg

*Umur = 28 thn ... kire muda lg la kan?

*Umur biologi = 30thn!! ...hah, umur dalaman tua 2 thn dari asal. Ni pun sbb sy agak malas/xsuka memakan makanan spt junkfood, kurang minat minuman bergula...bla bla bla.. ANDA BAGAIMANA?

*Fat level = 31.4% ...sy dpt rasanya ini semua dtgnya dari arah perut saya yg seperti permukaan muffin/kek yg berombak. T_T

*Visceral Fat = 3.0 ...lemak dalaman, doktor ckp result yg bawah dari 5.0 adalah baik, bermakna, organ2 seperti jantung tidak disaluti lemak yg byk. Fuh..alhamdulillah..

*BMI = 20.8 ...result between 18-23 adalah berat badan yg ideal/unggul.

*% Otot = 24.4% ...maaf ini sy tak pasti

*Kalori = 1070 ... maaf juga ini pun sama.

*Sugar Level = 4.1 ... paras gula dibawah 6-7 (kot) adalah baik. Tahniah buat saya.

*Tekanan Darah = 98/65 ... normal pressure adalah 120/80. Saya adalah seorang yg mempunyai Low Blood Pressure sejak melahirkan anak. Makasihhhh!

Dan ini pula result ikhlas Encik Ray.
*tinggi dan berat = 1.71 m dan 74.6kg

*Umur = 28 thn

*Umur biologi = 40!! ...Encik Ray mmg penggemar tegar junkfood, minuman berkafien, dan segala jenis pe- lg..

*Fat level = 24.1% ...yeah dia kelihatannya kurus dr sy..T_T tak perlu ketawa terbahak2 ok?

*Visceral Fat = 9.5 ...tp lemak pada organ beliau agak tinggi..oh sgt bahaya ini. Harus dibanteras!

*BMI = 25.5 ...meskipun beliau nampak kurus dari sy, tp 23-27.5 adalah kategori overweight. Haha sila kuruskan badan lg. :p

*% Otot/Muscle = 32.2%

*Kalori/ Calorie = 1675

*Paras Gula/Sugar Level = 11.4 ...beliau mmg pengidap diabetes. Result ini diambil selepas makan, jadi result 11 ke bawah adalah kategori selamat lg. Kalo beliau berpuasa, result begini adalah tidak selamat.

*Tekanan Darah/ Blood pressure = 118/72 ... ini ok.

Kesimpulannya, jgn kita igt kita SIHAT, maka segala organ dalaman kita turut sihat. Itu bg org yg sihat. Orang yg sememangnya berpenyakit, lg lah patut beringat. Apa yg di highlited di atas, spt UMUR BIOLOGI, adalah perlu dititikberatkan dan bak kata wonderpet, INI SERIUS! Kerna ia bukan melibatkan angka, tetapi fungsi organ dalaman kita.
PERNAHKAH ANDA OVERHAUL BADAN ANDA?
SOLUTION?


menulis tanpa melihat tajuk asal,

16.3.10

ibu-ibu yg hebat semua dh buat ke?

salam..
nak tanye, pembaca2 blog aku nih dh buat ke yg ni? (bajet mcm ramai je pembaca..ihikk)

kalo blom, tolong laa sign petition ni supaya cuti bersalin yg 60 hari tu bertukar menjadi 90 hari. Tak kira la korang dh jadi ibu ke, baru nk jadi parent ke, baru nk kawin ke, baru nk bertunang ke.. even yg masih single dan available pun perlu buat benda ni! Bukan utk kepentingan sesapa pun.. utk diri kita juga. Yg lelaki, pk2 kan la ini pun utk anak bini korang jugak. Maka dgn itu, semua org sgt2 disarankan sign. Tak susah pun. kan?

ok le tu baru 90 hari.. ada negara barat cuti bersalin sampai anak umur 2 thn. X terjejas pape pun. Lagi maju dari negara kita. So kat Malaysia, y not?? Kan?


mudah2an cuti bersalin anak ke2 dan seterusnya akan jadi 90 hari. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...