6.1.11

gigi manja

Dah dua hari sakit kat bahagian dalam pipi, menjalar ke dinding gusi dan anak tekak. Ku pikirkan tonsil, tapi tadi turun jumpa doktor kat in-house clinic, katanya gigi bongsu nak tumbuh. Ni haa kat seblah kiri..bawah ni..aa aa.. oh ok mesti la tak nampak kan..imagine sudah. :p

Uhm.
dan uhmmm lagi skali.
Terus gugel info, katanya, pertumbuhan gigi geraham ketiga atau bongsu adalah antara umur 17-25 tahun. Tapi ada info cakap 17 tahun ke atas. So, pada umur saya yg lagi beberapa hari akan dikategorikan sebagai hotmama late 20s ni, adakah pertumbuhan ini sgt lembab? atau usia dalaman saya yg masih muda? Ngeee~ ok tak perlu jawab. Hehe


So sebab dah gugel, terjumpa plak risiko si gigi bongsu ni. Dah la lambat tumbuh, byk hal pulak kan. Gigi bongsu nih berisiko untuk tumbuh secara tidak normal, terutamanya pada rahang bawah kerana mungkin tidak cukup ruang. Maka ia boleh tumbuh dengan gaya bebas kuak lentang mahupun kupu-kupu. T__T

Kesan tragisnya:
Pastilah merasa sakit pada gusi, bengkak, nafas berbau, karies pada gigi jiran dan susah nk buka mulut apatah lagi nak makan. Jadi orang sekeliling patut peka dan tidak membuat lawak bangang atau kemurkaan pada pesakit bagi mengelakkan terkena tinju bertubi2.


Apa nak buat?
Kalau gigi bongsu itu tumbuh elok dan tak ada apa-apa masalah, tak perlulah cabut. Tapi, kalau sakit dan bengkak berlarutan, baiklah berjumpa doktor gigi anda, dan pasti mereka akan cadangkan untuk dicabut saja.



Maka dengan itu, saya perlu berjumpa dentist untuk melihat pertumbuhan gigi manja saya ini normal ataupun tidak. Anda juga perlu (jika belum tumbuh)!




sakit!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...