5.1.11

PART 3 :: Merlion Park, Singapore

23 Disember 2010, Khamis



Ok kembali pada sambungan episod terakhir cuti2 asia tenggara sempena akhir tahun 2010. Tiga hari adalah tidak cukup kami menikmati keunikan di Singapore. Ye lah, USS saja sudah seharian kan. Banyak lg tmpt wajib kunjung yg kami tak sempat nak pegi especially kat Sentosa Island tu. Ramai jugak yang suruh saya pergi jugak Zoo Singapore, katanya sgt interesting. Pastilah membuat saya sgt teringin nak pegi tgk apa yang menarik sgt kan, tapi apakan daya, masa sgt jeles ngan i~~!


So hari terakhir, lepas check out, kami naik teksi dan terus menuju ke simbol wajib Singapore, Merlion Park. Dah semua org kalau pegi sana mesti ada gambar ni kan. Jadi adalah mustahil kalau kami yang camwhore nih ketinggalan tempat macam ni kan.

++ ewah, pandai posing lompat skrg..:P ++
++ oh si comel geram-geram sayang ++
++ orang penting dalam kehidupan ++
++ hiyaaaaa...err takde la berat sgt..*cough*++
++ nakk jugakkk..;p++
++ Skypark Singapore, kalau nak amik gambar full ni, dok kat Merlion saja ++
++ Merlion Park ++
++ Lunch kat Bugis Street dan kalau nak beli souvenier dari Singapore kat bangunan merah belakang tu ++
++ First Coach ++



Perjalanan balik tak lah membosankan sebab bleh layan movie dua tiga round. Tapi mcm gambar di atas lah, Irfan lah yg bolot. Tangan yang tekan sana sini akhirnya benda tu pun hang. Lalala, terus tutup dan dok diam2. Tido sampai lah ke KL.


Percutian akhir tahun yang sangat enjoy, mmg rasa nak pegi lagi. InsyaAllah. That was my first time to Singapore and yes, it's unique and awesome. Saya sangat suka dengan sistem pengangkutan awam mereka yg sgt teratur dan pantas lagi murah. Cuma ralatnya, saya tak sempat nak jumpa medan selera yg org dok makan sup ekoq yg kaler merah (katanya di Arab Street) dan jugak tak sempat nak makan Murtabak Singapore. Oh, rasanya kena ulang 2 kali atau duduk 4-5 hari terus. Baru puas tawaf kot. See you again, Singapore!




fresh in my mind,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...