29.4.10

belly oh belly

Hye ladies!
Ya utk pertama kalinya, saya nk sharing tips yg saya gugel utk mereka yg tensi ngan belly masing2. (termasuk empunya blog ini..hahaha)

Kebanyakan wanita yg sudah melahirkan anak, walaupun nampak luaran sekali imbas mcm kurus, tetapi hanya mereka yg tahu bahawa perut mereka adalah seperti permukaan muffin saja. Jadi adalah sgt membencikan bila tetiba terjumpa kawan2 yg jarang2 terjumpa sanggup mengeluarkan ayat2 picisan seperti
"eh eh pregnant lg ke?"
Gulp! Terus hati ini bertukar menjadi saiz XXS!

Jadi, kalau dah begitu gayanya, nak tunggu ngadap nasi berpinggan2 lagi ke? Katakan TIDAK!
Ada banyak jenis cara untuk ilangkan berat anda, lebih jitu lg, ilangkan lemak yg mungkin dah tepu (lemak degil) terutama di bahagian perut anda! Mari kita lihat 10 langkah untuk kempiskan perut yg mungkin anda rasa mcm tak masuk akal tetapi BENAR!

1) Makan lebih kerap!
Ada org excited nk diet sampai tak makan langsung. No No No! Makanlah 5-6 kali sehari dgn kadar sedikit untuk elakkan kita terlebih makan ketika waktu makan tiba dan kadar metabolisma utk bakar lemak dan makanan tu berjalan lancar.

2) Perlu sarapan!
Jika kita tidak makan selepas beberapa jam dari bangun tido, badan kita akan jadi lapar giler! Jadi malanglah bg lemak2 diperut kerana metabolisma kita akan menjadi sgt rendah utk bg tenaga dan bakar kalori! Sbb tu byk pakar2 diet ckp, sarapan terbaik adalah sarapan berat!

3) Perhatikan apa yg kita makan!

Cuba makan makanan yg membakar lemak seperti beras perang, bijirin, sayur, buah segar, susu skim, makanan laut, lean meat, dan putih telur. Ckp bye bye bye kepada Piza, burger, tempura, dan semua makanan yg berlemak juga terlebih sudah gula!

4) Makan perlahan-lahan
Jangan gelojoh ok! Dalam Islam pun suh kita kunyah 40 kali makanan tu. See, ada hikmah kan?Ya, ini utk elakkan kita terlebih makan dan rasa sebu.
5) Bersenam
Senaman Kardiovaskular macam berjalan, joging, erobik dan kayuh basikal adalah perlu kalo nk kuruskan badan! Kalo kita senaman b4 sarapan, lemak kita tu akan terbakar memandangkan takde makanan utk dibakar. Jadi pagi2 lepas subuh, kluarlah joging!

6) Minum dan minum lagi dan lagi!

Dari kecik pun dok dgr nasihat org tua/cikgu/doktor suruh kita minum air 8 gelas sehari atau lebih. Jadi mengapa degil. Minum je lah! Sbb air menghidratkan badan, hati kita berfungsi dan proses membakar lemak pun berjln lancar serta segala toksin juga senang kluar! Boleh minum Green Tea utk nuetralizes makanan berlemak juga!
7) Tido secukupnya!
Mesti tido sekurang2nya 7-8 jam setiap mlm. So, baru ada energy nk bersenam dan makan dgn betul. Nak tido yg berkualiti, bleh try minum Byoung.

8) Hapuskan Jalan Pintas!
Ha, nih mcm nk perli aku je. Kalo anda bekerja di bangunan bertingkat atau tempat parking jauh, gunalah peluang 'keemasan' ini utk bakar lemak anda. Anda bleh guna jln jauh utk ke meja anda dan guna tangga utk ke tingkat atas. Tapi kalo tingkat 5 keatas, takyah la cari pasal. Kalo larat ok je. Haha.
9) Kurang garam
Ayat2 seperti "Aku ni lebih byk makan garam dari kau" tidak boleh dibanggakan lg. Sbb terlebih sudah garam makes the body retain water dan perut kite pun akan jadi bloated! Patut lah kalo tgk kebanyakan org Melayu bila dh beumur badan sedap2 je. Haha.
10) Elakkan tekanan!
Sbb bila kita stress, badan kita akan lepaskan hormon2 yg bleh tukarkan kadar metabolisma kita. Org stress juga suka makan kan? So hepi slalu!

Tamat.

Selamat Beramal!

nota saya :: saya sedang menjalani permakanan utk meningkatkan kadar metabolisma saya. Nanti saya akan share menu dgn anda!

4 comments:

d i d a said...

ms pegnen dlu ada x sapu perut dgn baby oil ke franch oil ke?

menu tu sesuai dak utk keadaan aku?

yg belum berpengalaman,

^wirda^ said...

Masa pregnant, aku sapu CREAM cocoa butter tu..mak aku ckp, amik cream instead of Lotion..berkesan! tp sapu sampai pinggang2 belakang..hahah aku aritu sapu kat perut je..ngeee..

TIPs aku bg utk hg lepas bersalin nanti je..hahaha kalo skrg, cuba tanya gynea hg la..hahah tp bleh laa kurang kan gula, garam dan ais..;)

Farah said...

skang ni yang aku amalkan ialah makan dinner awal..atau kalau dah lewat sgt takyah dinner lansung..makan oat je.

takat ni cara tu berkesan la untuk jaga perut supaya tidak buncit dan berlipat2.

^wirda^ said...

farah :: ohhh tapi oat bukan kegemaranku..cemane ek huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...