16.12.10

Resepi Rahsia #15 :: Mee Rebus Mamita

Semalam, rasa macam malas nak masak nasi. Tetiba teringin nak makan mee rebus macam mamita selalu buat. Jadi nak hentam resepi kang jadi lain pulak, maka teruslah jemari comel ini mendail mamita untuk meminta resepi sesimple mungkin sebab bahan bukan nya prepare pun. Haha. Selesai mamita potpetpotpet tentang bahan. Terus pegi check kat dapur. Heh, ada yang lebih kurang. Ok la tu, janji ada rasa lebih kurang sudah~..hihi.



Ta-daa~!

++Mee Rebuih Resepi Mak++

Haha gila tak seprais langsung! Erm first trial, kira boleh la nak letak diri dalam bakul dan suruh Incik Ray dan Irfan angkat. T__T

Ok, sapa yg mengidam nak try, bleh cuba resepi simple ini. Nak buat yg susah payah pun buleh, tambah la bahan lebih byk. Ce-ce-cekidauttt~!



Bahan-bahan (untuk 2-3 hidangan)

2 Biji Ubi Kentang (sepatutnya ubi keledek)

4 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1.5 sudu cili boh

3 sudu tomato puree (kalau tak, guna tomato sup)

2 sudu sos cili dan sos tomato

Isi ayam/daging/udang (apa-apa saja la yg nak diletak secara logik akal)

Garam dan gula secukup rasa

Mee kuning

Sawi/Kobis/taugeh/Daun Bawang/ Limau nipis/ Bawang goreng

Cara membuatnya

  1. Rebus ubi sampai empuk dan kisar. Kalau nak tambah udang kering pun boleh. Tapi mcm saya ckp tadi, bahan saya tak prepare pun. So saya tak letak. ;)

  2. Kisar bawang merah dan bawang putih.

  3. Tumis bawang yg dikisar tadi dengan sedikit minyak. Masukkan segala cili boh, sos, dan puree tadi.

  4. Masukkan air dan ubi yg di kisar tadi serta bahan lauk pauk (ayam/udang/ daging).

  5. Celur taugeh, sawi dan kobis. Kalau malas, campak je dalam kuah tadi tapi nanti sedikit layu la. Tapi kalau nak makan terus, takde hal lah. :p

  6. Celur mee kuning.

  7. Akhir skali, hidangkan bersama telur rebus, daun bawang, cili merah, bawang goreng dan limau nipis. Siap dah boleh makan.


Agak-agak nak desert, bleh makan kek karot walnut. Hahaha tiada kaitan, ni nk tunjuk rupa kek aritu bila dah di potong. Nanti lah saya sharing is caring resepi kek pulak. ;)

++ Carrot Walnut Slice++


suka mee rebuih suka kek keret,

4 comments:

yaNa MaLeK said...

alamak tetibe je lapaaa tgk mee rebus akak tu..hehehe mesti try ni..selalu guna yg siap rempah dari Muar je..

http://yanamalek.blogspot.com

atulhani said...

apa2pun nampak mavelesssss!!! habis la diet camni wei hehehhee

..:: WiRdA ::.. said...

yana malek :: hi yana, thanks for stepped in..hehe wow ada ek rempah siap mee rebus? makin pantas la buat gitu..;)

atul :: wei, makan mee rebus takpe kot tade lemak.. haa bukan nasi takpe takpe..hahaha pastu keret kek, ada karet kan..ha ok la tu sayur..(alasan kah?)

b said...

apa2 pon..mmg terbaekkkkkkkk... yeayy!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...