15.12.10

when he's 22...

Hi Irfan,

So sorry mama always forget to update your milestones for every month. Last haritu adalah 18 bulan update entry tanpa milestones, sbb 17 bulan dah update. Hihi. Tapi ok la, mama buat recap 4 bulan terus. Wow 4 bulan!!! (-.-')


Jadi apakah lagak saya-sudah-besar-lah-mama yang Irfan boleh buat?



  1. Pantang nampak makanan walaupun dalam iklan kat TV, semua pun nak. Nak! Nak! Nak! Tapi tak demok demok pun. :P


  2. Dah boleh sebut banyak words, dan dia dah buat ayat guna 2 atau 3 perkataan. Bunyi mcm ni, "Hey maa, nak!" Tatau la fesyen percakapan apa tah dia buat, semua pun mesti sebut Hey.. silap2 panggil abah, hey bro! pulak nanti. :p


  3. Gigi pun sudah 16 batang. Trademark adalah gigi arnab di depan mewarisi gigi mama. Oh dua2 pun shomel..lalalala



  4. Dah boleh buka peti ais pintu atas (tmpt ais tu) dan dah tak cari cereal tapi cari minuman berbakteria baik (vitagen) dan apa-apa makanan yang memukau matanya.


  5. Berlagak naik tangga kadang2 tak pegang tepi dah. Baik-baik nooo irfan.


  6. Dulu selak2 saja buku sampai koyak. Skrg dah pandai buka page kegemaran, sebut dan tunjuk objek dalam buku. Clever boy!


  7. Mula mengenali binatang dan bunyi skali.. Qea-qea (bunyi duck), neom (bunyi cat) , Chit chit (bunyi cicak) - bunyi semua adalah sgt aneh tapi benar. hahaha


  8. Kalau dgr mama tersebut "eh nyamuk!" atau "irfan kena gigit nyamuk ke?" Pantas tangan comel tu tepuk konon-konon tgh tampaq nyamuk la tu. :p


  9. Dah terer minta susu tp tak sebut susu. Sama ada dia pi dapur tunjuk botol atau tunjuk botol susu dalam buku atau habis malas merengek ckp nakk nakk nakkk dengan harapan mama paham. Ok mmg mama paham. Terer kan mama?haha


  10. Kalau dulu solat tau sujud, skrg tau dh nk rukuk. baguih imam muda nih. hihi


  11. Pantang terhantuk ke apa ke yg buat dia sakit, benda tu haruslah dibabap olehnya tanda marah. garang you~


  12. Suka ajak mama main doodle. Mama lukis dia teka la. Mesti la mama lukis yg Irfan kenai je, mcm duck, ball, cat, rabbit. Sebbaik mama terer lukis..haha terer la sgt. :p


  13. Dah pandai nyanyi.. Tuuu taaa tuuu taaa tii taaa (twinkle twinkle) sambil tangan genggam lepas genggam lepas. :p pape je la irfan...haha


  14. Mentang-mentang mak pak ada Mangotouch, anak pulak over nak jadi model. Perasan btoi org nak amik gambar, terus nk posing. (-_-")

++skrg nih sgt mahir buat gaya "menantu mak"- bajet sopan habis! :p++




Disebalik kebolehan tanpa batasan beliau, ada jugak onar terlebih pandai dia buat:


  1. Nak layan youtube lagu2 ABC la, Old Mcdonald la. Kalau abah takmo bagi laptop, dia cari henpon pintar mama. Aish. Everynite nk tido mesti kena layan sampai dia sendiri ngantuk, dan amik hp, letak kat ujung kepala mama, dan pegi tido atas katil sendiri. Tapi, sepanjang nk layan tu, mama dipaksa jadi tukang pegang hp. T_T. Oklah , mama tepuk tangan jugak sbb bijak letak henpon kat tempat dia balik.


  2. Kalau tetiba dia lari dan capai penyapu dan hilangkan diri. Sila ikut dgn pantas. Pasti dia telah tumpahkan/luahkan sesuatu di atas lantai. Cubaan nk sapu bahan buangan harus dihalang sebelum menjadi lebih bersepah. Haha..irfan..irfan...rajin sampai besar ye nanti..


  3. Buli mama dia, kluar pintu belakang, tutup pastu ketuk suh mama buka. Dah buka, takmo masuk, tutup lg, dan ketuk lg. Haa nk kena ketuk ngan mama lah tu..huhu


  4. Tutup pintu belakang takpe lagi. Nih masuk bilik, tutup pintu dan kunci! Choooyy..sebbaik ada kunci spare kat luar tau! Eii kena berjaga-jaga sekarang.


  5. Pegi hypermarket, sila jauhi diri dari lalu tmpt VITAGEN kalau tak berniat nak beli. Kalau tak, kena la dgr budak histeria nak vitagen. hahahahha

** Spoiler :: muka kadang2 habis macho la, bajet garang pun ada, tapi dengar guruh je terus lompat peluk mama. T_T


Fuuuuu~ banyak pulak milestone..hehhe. Banyak jugak perkembangan Irfan rupanya selama 4 bulan ni. Bagus2, keep it up bebeh!




Happy 22nd Months Alif Irfan!






kalau 22 years old, mcm mana laa dia agaknya?

8 comments:

ummi iez said...

hohoho big bro irfan memang shomelness....!! next month dah 2yrs huhuhu time flies !

..:: WiRdA ::.. said...

ummi, next month baru 23 lah.. another 2 months..haha btw, next month mummy besday..ummi beli hadiah dh ke? hahahaha

d i d a said...

umo 22 tahun nnti dia bawak balik menantu..hehe

..:: WiRdA ::.. said...

ida :: BAKAL menantu, bukan menantu lg..hahahah gatai nk kawin awai2..haha

atulhani said...

irfan chomel... umur 22thn nanti mesti hensem... takde ker orang dah book anak hang jadi menantu keh keh keh...

ZuRin said...

handsome Irfan nih...nak buat menantu...sayang aunty belom ada anak pompuan...hihi..

..:: WiRdA ::.. said...

haha.. tak igt plak ada ke dak.. tapi yg pasti aku byk jugak book anak org..hahah ye la anak aku kan laki..mesti la nk sunting bunga kan..hahaha

..:: WiRdA ::.. said...

kak zurin :: takpe irfan bleh tunggu zurin jr. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...