14.12.10

Rangkaian Sosial di hari Isnin

Pagi-pagi lagi dah bangun dan siap-siap sebab encik Ray dah janji nak pegi amik tiket "burung awal" kat GSC Midvalley lepas hantar Irfan ke nursery. Dah mandi, dah mekap-mekap, pakai baju, cari barang-barang Irfan, mandikan Irfan. Siap! Tapi Incik Ray, masih atas katil dan mata tutup tapi terbuka sikit (memang style tido gitu). Hepppp! Dengan desakan secara halaju malar sebanyak 3 kali untuk tidak mengannoyingkan mangsa gerakan tido, di iringi dengan memaksa Irfan utk 'kacau' si abahnya. Akhirnya, Incik Ray bangun dan pegi ngadap IMac dulu. T_T ok dia siapkan kerja dia terlebih dulu. Sabar. Sabar. Baiklah, mari bg Irfan breakfast dulu. Ye tunggu lagi. Bersosial di muka buku dulu cakap nak kluar jalan bagi orang yang berkerja semlm menjadi cemburu buta lagi. Akhirnya, pukul 10.30 pagi baru kluar rumah. Ok la tu, kluar lambat sket dari burung-burung. iskk..





Dah hantar Irfan, lapar tak breakfast lagi, kat umah dah malas nk buat sebab dah excited nak pi tgk wayang. Jadi isi perut ringan-ringan ngan roti canai dulu. Orang kedai dah hidang lauk pauk tgh hari, kami baru nk cari roti canai. Heh!





Finally, tempat yang di tuju pun sampai. Terus naik lif sampai tingkat 3 dan beratur beli tiket "burung makan tgh hari dah". Jumaat haritu, kalau tak, nak tgk cerita Mark Zuckerberg tu, tapi tak jadi tengok satu apa pun. Pastu ada kazen pesan jgn tgk citer rangkaian sosial tu, sebab borink dan tak best, katanya. Hemoh-hemoh! Jangan lah memotong stim org semangat nak tgk tetiba cakap tak best. Jadi sepanjang beratur tu, masih teragak2, dok lawan sebut tajuk citer yang nk tgk..





"sosial network?"


"Due date?"


"ermmm sosial network..?"


"ke due date haa?"


"Hantu mak limah balik rumah?"





Dan kami sepakat tengok citer....

THE SOSIAL NETWORK


Hehehe, NAK JUGAK TENGOK. TAK KIRA. Ye lah dah guna mukabuku, mestilah kena tgk citer pasal founder dia kan. Baru rasa mcm eksyen sikit dan sembang bajet mcm kenai sgt lah perangai Mark tu dan asal usul Fesbuk dengan mereka yang tak tgk citer tu sebab terpengaruh dengan hasutan "jangan tengok citer borink tu!".



Org cakap borink sebab citer tu pasal mcm mana dia bleh buat FB tu. Ye lah byk sangat istilah pengatucaraan dan rangkaian pastilah membuatkan sesiapa yang tak belajar benda alah tu semua menjadi keliru ditambah dengan cakap laju si Mark dan sarikata yang tah haper2 lagi kan.



Ok kesimpulannya, ada pengajaran di sebalik kejayaan, tentang persahabatan, tentang tak pentingkan wang ringgit, tentang cinta yang putus tak perlu dikeji, tentang jangan mengaibkan orang- ini sgt keji dan tentang kehidupan mesti diteruskan. Jadi bleh la pegi layan. BEST!


nota saya :: ape kes tah semalam, tmpt beli popcorn lembab mcm siput.


Hooo nak tgk citer hantu mak limah balik umah, kihkihkih

3 comments:

d i d a said...

aku dah tgk hantu kak limah..serammm ooo...hehe..

atulhani said...

hg tak keja ke leh gi tgk wayang hari isnin?

..:: WiRdA ::.. said...

ida :: org len semua ckp lawak sampai jatuh kusi wayang.. eh hg brani tgk citer antu time pregnant..hebatlah..hahaa

atul :: aku cuti lah, amacam jeles tak? haha..ala replacement sabtu kan cuti sultan selangor. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...