29.12.10

PART 2 :: Universal Studio Singapore

21 Disember 2010, Rabu


Seperti tertera di atas. Acara terulung kami di Singapore adalah ke Universal Studio Singapore (USS) !!! Hurayyy!

Actually, ada shuttle bus dari hotel, tapi memandangkan bas cuma ambil 6 org sahaja setiap hotel maka tak cukup lah buat kami 8 org. Jadi kami pun terpaksalah amik teksi bermeter.

Baru 5 minit bertolak, sepupu saya yg budiman, Fana, bertanya,

"Eh tiket bawa tak?"

"Huh!!!" terbeliak mata aku.
"TAK BAWAKKKKKK! Patah balik!!! Patah balikkk hotel!!!!" jerit aku bagai histeria.

Incik Ray dan uncle teksi yang tengah borak terkezut ingat itu jeritan main-main. Tapi ternyata benar. Memang kena patah balik. Fuhhh~ sebbaik ada org teringat nk sebut. Kalau dah sampai situ, tak pasai2 kami kena patah balik dan bayar triple charges. Fuhhhhh~~~ lagi skali! Geng teksi lagi satu meneruskan perjalanan, dah cuak sebab kami tak sampai2. Malang jugak sebab semua gadget kamera dekat kami. Sian dorang takleh nk bergambar awal2. Ha ha. Charge teksi kami yg sepatutnya $12 (termasuk early charges) menjadi $17, sebab patah balik tadi. Kalau anda naik teksi bukan waktu peak hour (after 10 am or before 9 pm) tiada 30% early charge di kenakan.

++ Finally!!!!! ++





By the way, kami beli ticket online. Dinasihatkan, kalau anda nak pegi pada waktu kemuncak seperti cuti skolah, sila la beli sepsiap tiket tu. Kalau berangan nak pegi beratur beli tiket, memang USS anganku musnah lah jawabnya. T_T Tapi kalau bukan cuti skolah, saya rasa ok je kot nk pegi beratur. ;)



++ online ticket, just need to scan and then redeem $10 vaucher for your food and souvenier++

++ Ramai ke? Gimik je ni, nanti semua org dah hilang masuk attraction, masa datang dan nak balik je nampak ramai org TAPI ini hari RABU tau, bayang kan kalau WEEKEND~~T__T++



USS ada 7 attractions mengikut pusingan jam :: Hollywood, Madagascar, FarFarAway, Lost World, Ancient Egypt, Sci Fi City dan New York.


Tapi sayangnye, Madagascar tutup pulak haritu. Haishhh..time kami pegi ni la dia nak repair. Ciskek btoi. Tapi ada la jugak show menari "i like to move it" tu.

++ Gambar anda akan diprint terus. Kalau nak, $12, sila bayar di kaunter.++


++ we like to move it!!!!++

++ with Mr Alex, King of New York!++



Our next destination is Far Far Away~~~




++ the FFA castle++



Ok, mestilah tonton 4D short movie dulu. Irfan cuma rasa 1 je kot, part effect luaran mcm semburan bersin, naik2 kuda, dan semburan naga. Dah dia tanak pakai spek 3d sgt. Hihi.




++ Pussy in a boot~ Meawww++


Incik Ray tak masuk tgk 4D sebab pegi jumpa uncle teksi tadi, sebab dia TERTINGGAL HP dalam teksi. T__T Sebbaik uncle itu baik hati dan kami rajin borak2 ngan dia dalam teksi tadi. Fuhhh lg sekali! Mesti uncle tu ckp dalam hati, "ini olang suka tinggai balang o0ooo haiyaaamopikolaila!"


++ Maka hanya dia yg dpt tgk Shrek dan Fiona kat pondok buruk Shrek masa kami sedang enak layan 4D. Tapi mestilah dia takkan pegi bergambar ngan maskot sorang2 kan. Hilang macho la konon. Haha ++




Ok, lepas tu we like to move it move it ke next attraction sebab malas nk beratur Enchanted Train tu lagi. Roaaaarrrrhhhhhh~~~!! Sudah kedengaran ngauman dinosour di Lost World. Jeng jeng jeng.. Malangnya, dinosour tido lagi. Jadi kami go next dulu. Haha pemalas punya dino.


++Hanya tugu tak bernyawa saja yg tak tido++




Di Ancient Egypt, hanya 5 orang termasuk saya yang menyahut cabaran Revenge of the Mummy! Sesapa yang darah gemuruh ke gayat ke ape ke, lebih baik jangan masuk kerana ia adalah HIGH SPEED TRAIN! Ok better put, VERY HIGH SPEED TRAIN!!!!! ahahah mmg thrill giler. Tengah-tengah train bergerak, tetiba berhenti langgar dinding, then pecut gear reverse! Cuak tak cuak wa ckp lu! Then bleh plak dia Uturn, dan pecut secara bagai terkena sawan beruk dalam gelap siap muncul2 pulak hantu keparat mummy semua. Hahahaha. Bisa membuat anda terkencing kalo tak tahan dengan kejutan ini. Opppsst...tak pasal2 saya dah bg spoiler di situ. Tapi saya nasihatkan better jgn tunduk, penin kot. Sebab tu la muka saya dalam gambar mulut ternganga dan terbeliak mata. Haa haa haa. Tapi sorrry, saya tak beli gambar tu pun! Huduh siot muka i untuk SDG12. Ngee~


++ daddy long leg..haha sebbaik irfan tak tolak kaki depa ++



Dah penat jerit, lapar la kan, so makan di Oasis Spice Cafe, Ancient Egypt. Soto dia sedap. Nasi beriani mcm tak brapa sedap plus bleh pulak mcm mentah sket. Tatau la mentah atau sebab terdedah kat ekon sampai keras balik ke. Sorry tiada bahan bukti sebab lapar sgt. (-_-")



++ ada branih ke nak naik roller coaster tu?++



Perjalanan diteruskan memasuki Sci Fi City, erm tapi takde pape sangat melainkan orang planet ini saja. Battlestar Galactica roller coaster masih dalam testing lagi. Rasanya tahun depan kot baru buka.


++ makhluk aneh yg comel ++



Jadi kami terus kan bergambar di New York city. Berangan kejap konon dok New York.



++Ahh i di kota New York youu~!++




++Dalam byk2 benda, apsal kat taxi ni baru nk nangis?(*.* )++



++posing-posing perasan++


++Jom alami efek sebenar dalam movie di Light!Camera!Action!++


Jangan lupa masuk Light!Camera!Action! untuk menghayati satu scene dengan special effect yg real punya dalam pembikinan filem. Memang menarik!


++Dalam banyak2 attraction, dalam studio ni je sempat amik sket sbb degil nak snap jugak. Incik Ray, rakam video terus..haha++
++Terbawa2 bakat lakonan bila dah nk masuk Hollywood..:p (sila lari cepat2 pegi toilet utk muntah)++


Seterusnya kembali ke Hollywood, diiringi ngan 3 gadis molek menyanyi riang. Layan2 sambil shopping. Theater start pukul 5. Kami pun tak jadi lah nak tgk sebab nk pegi Lost World lagi skali.

++menari-nari sampai nampak spentot. Haha++



++See tak semena-mena dah dpt award, kategori Best Witch Wife.++


++ Okeh, ini irfan bg tau "supermom". Btoi la irfan yg bg. :p++

++show ni pukul 5 kot, tak tgk sbb kami nk pi Rapid Advanture++

++Wirda dan Woody yg sgt noti++



++ Poo, Kungfu Panda shomel!++


++ Baru tau nama dia Betty Boobs, kalau org tipu, tatau la.. kuit kan kami berposing? :p++


Kembali ke Lost World, dinosour semua sudah bangun dan siap sedia menari poco-poco. Sebab ini final destination, maka kami sanggup la beratur panjang sket untuk naik Rapids Advanture Jurassic Park.


Bukan panjang sikit rupanya. PANJANG GILERRRRR! Di pertengahan baru saya sedar rupanya awal2 kami masuk tu, sebenarnya waiting time is 1 jam 40 minit!! Bila dah dekat 2 jam, tiba giliran, cik Irfan comel TAK BOLEH NAIK pulakkk!! Maka, saya dan Incik Ray decide, untuk tunggu bagi Melati gang settle kempunan depa dulu, baru lah service bertukar tangan.


Tapiiii...tak dan nak naik lagi, tetiba hujan turun dan acara itu kena suspended sampai hujan dan kilat benti. Adoiyaiii, sebbaik saya dan Incik Ray dah duduk kat tempat "nursery" siap ada kusi dan TV lagi. Melati still berdiri dalam barisan. T__T Dekat 20 minit jugak la nak tunggu hujan benti baru bleh sambung.


Awal-awal lagi kami dah di warning bahawa Rapid Advanture akan buat anda semua basah! Raincoat dijual pada harga $2. So kami berlapan cuma beli 2. Haha bajet cool beb! Alah basah sikit apadahal! Skali tengok geng Melati dah settle, perghhh BASAH KUYUP beb! Terus saspen. Yang pakai raincoat selamat la jugak. So bila tiba giliran saya dan Incik Ray, kami berdua bleh la pakai dua2 raincoat. Bajet selamat la konon......



Sepanjang naik boat bulat untuk 9 orang tu, kami dok berjaga2. Skali tetiba, masuk satu kawasan, boat berhenti, boat macam naik lift dan tetiba pintu dibuka dan DUSHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH boat kami sudah meluncur laju dan kami berdua mengadap belakang maka air 'sungai' dari momentum boat luncur tadi menyimbah betoi2 tang muka kami berdua. BASAH KUYUP kepala dan kaki. Fuhhh~ bayang kan kalo takde raincoat?? Confirm basah kuyup satu badan macam 3 sepupu saya tadi. Hahaha. Uppppsssi lagi satu spoiler saya terbagitau. :p

++Proses pengeringan pakaian dan urusan tempelan bedak pada wajah akibat "paksaan mandi" di Rapids Advanture tadi++

++ Thumbler gergasi berharga $18 (kot) yg bleh refill ($2) kami tak beli sebab mcm tak berbaloi je. Unless mmg nak simpan tumbler pelbagai bentuk tu. Btw, kami bawa extra air mineral sendiri.++




Dah nak kluar dari Lost World tu, baru pasan dekat waterworld rupanya di situ lah Live Water Show yg saya cari-cari dari tadi. Dammmnn!!!!! Last show adalah pukul 5 ptg, dan kami perasan pukul 5.30 petang. Terrrbaek dari ladang kan?? Ini membuatkan saya nak berkunjung lagi ke sini, sebab dah yg ni terlepas, Madagascar pun terlepas, Galactica pun tak siap lg (bajet brani) dan tgk website ada Transformer pulak nanti kat Sci Fi city. Wahh menarik untuk di kunjung lagi ni. Yey alasan yg kukuh skali!!!


++shopping sket apa yg patut tanda dah sampai USS++

++pose lg sepam dua.. tipu nih awal2 sampai tadi. Sbb irfan dah tukar baju time balik++


Sesudah membeli belah, kami tinggalkan USS dengan hati yg girang dan kaki yg lenguh. Kami naik FREE Sentosa Express ke Vivocity. Tapi, mmg saja gedik pun pegi situ, tak mampu nk ronda dah. :p



Lastly, kami naik MRT dan Circle Line bajet nak pegi Arab Street untuk makan malam. Heh, turun kat Norwill Highway rasa macam nak menyebut what the fisherman saja... Where are we?? Si uncle tukang sapu nasihatkan kami naik saja teksi b4 kami berdarah kaki berjalan menuju ke Arab street. Ok kami akur. Sampai Arab Street dah tak kuasa nak cari kedai-kedai ala foodcourt yg ditayang di blog2 orang lain. Terus je makan kat kedai Kampung Glam. Sudah makan, amik teksi dan pulang.

++Rugi pulak tak beli baju HR kat sini, slalu buat trademark pegi memana. (sbb igt duit dh habis)++




Tak cukup lg, sebab ini adalah malam terakhir, so kami pegi Hard Rock Cafe belakang hotel kami, utk berdansa bergambar lagi.


Lepas tu baru balik bilik btoi2 and again menjadi badak merendam dalam bath tub! Sekian.


++Tapi Incik Ray, masih bertungkus lumus bekerja siapkan album USS kawin++




**penat scroll??? :p


enjoyable day ever,

5 comments:

atie said...

nak ole-ole?hehehe

..:: WiRdA ::.. said...

haa tu la menghilangkan diri.. ade kat tmpt akak. dok reserve baik punya..haha

b said...

hoho..banyaknye typo error dikala anda menaip ye..cube amati betol2..

anyway, uss for guys, rasanya tak funs sgt kot..terlau kebudak budakan..tak kuasa nak melayan.haha.

tp plg best adalah tarian 50`s oleh gadis2 mat salhe tuh.wiwiwtt~!!

anyway, enjoyable trip, plus super hell letih...

Lin said...

bestnya pegi uss..napela time i study kat utm dulu takde benda nih..tensen betul..xpe, nanti klu balik rumah mil kat jb boleh ajak hsband turun singapore..asyik tengok lampu singapore je dr seberang tambak.kekeke

..:: WiRdA ::.. said...

b:: tak nampak pun typo..dh baca 10 kali..hahaha
ala sesuai je la utk semua, dah takmo naik roller coaster..pastu kite missed waterworld live show lg.. ok ape..nk pi lagi.

lin :: hah dekat sgt. pegi la time bukan cuti skolah. aman sket kot. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...