9.12.10

Cantik Menarik Kau Memang DaBomb!

Amacam? Tertanya-tanyakah anda dengan tajuk di atas? Adakah imiginasi anda meneka-neka "eh wirda nk tayang dia pakai winter coat ngan kasut but tinggi paras lutut dan legging polkadot kah?" Hehe.

Jawapannya, mesti lah tak ada kena mengena sebab mana mungkin saya membeli winter coat tanpa menempah pernerbangan ke Paris terlebih dahulu. Tidak tidak tidak. Tapi itu semua masih dalam impian. Hihi



Haish, bikin kecoh, sebenarnya ia adalah award dari kak zurin. Hehe, lama tak melakukan acara tag mengetag nih, sebab tu bagi intro poyo.

Adat award mesti ada soalan perlu jawab. Okeh mari menjawab soalan utk menghargai award yang diberi...:p


**Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?

Kak zurin, kenal dia sbb dolu-dolu mengikut salasilah agensi tempat Incik Ray keje, dia adalah wife kepada super duper boss Incik Ray. haa sbb tu kenai. Dah ada blog si adik ipar beliau, mestilah ada blog si kakak ipar kepada adik ipar tu jugak kan? ok penin dah ayat ni. So, blog kak zurin byk citer pasal life, info anak2, info2 pasal umah..mcm2 lah. Citarasa wanitanya sama lebih kurang ngan saya je, tapi mungkin dia capai dulu kot then saya ikut kemudian..haha. So kalo dia ada bg info tu, mmg berguna jugak la buat saya. Maka dengan itu terimakasih daun keladi lah kak zurin!


**Kenangan manis dalam hidup anda?

Adoi, nk kena flashback balik ni yg tak larat ni. Mostly byk jugak sepanjang 28 thn ni, tolak 5 tahun pertama yang mmg tak igt. haha

Zaman Kecik2 :: Masa darjah 4, joined pancaragam skolah. Pulun kedah pulun sampai jadi juara kebangsaan. Bangga jugak la dpt undangan merata sampai darjah 6 even tahun2 sebelum tu tak dak dah pertandingan. Masuk skolah menengah pun cikgu ajak jugak join lagi sampai la saya kena pindah membawa diri ke Penang.

++ cari cari mana saya? hehe++


Zaman Remaja :: ermm bukan nk bangga, tp ini manis ok.. Taktau lah masa tingkatan 4 masuk skolah tu, semua org (rasanya semua org kot) ditanamkan semangat kena gigih belajar dan bergiat ko-ko baru bleh masuk U. Susah o0o nak masuk U. Haa mcm tu la lebih kurang. haha ok lah bila merasa berada dlm list wanted kategori harapan negara, dan cikgu mestilah mengawal ketat xtvt kita dan menatang bagai minyak yang penuh talam. Kalau kantoi skandal pun, disalahkan skandal itu. Bukan kita. Haha. Pastu, budak laki2 yang tercabar bila perempuan yg sama asyik di tangga teratas saja, mungkin dah lekatkan gambar muka kita yang berpangkah dengan tikaman dat di dinding dan berdoa akan kejatuhan kita setiap masa. Haha. Apa2 pun itu bukan niat, niat just nk bg parent happy datang tgk anak naik pentas sambil ucap dalam hati "haa tu anak saya!". =)

Zaman Anggun :: Mesti lah hari bahagia dan termanis dalam hidup adalah hari perkahwinan. Gila kau kalau tak manis. Hehe. Dan di tambah pulak menjadi seorang mama untuk anak secomel Irfan. Alhamdulillah.....



**Kenangan pahit dalam hidup anda?
Life is short. So jgn lah diungkit yang pahit-pahit menikam kalbu itu. Nikmatilah sisa hidup seadanya. Haha. Actually pahit tu yang sedih ke? atau pahit yang menyakitkan hati? (slalu confuse :p)



**Anda puas hati dengan kehidupan sekarang?
Erm, mesti lah belom, saya kan manusia. Manusia mana penah puas. Haha. Actually byk lagi yang blom tercapai. Bila dah tercapai, baru puas kot. Apa-apa pun, saya still bersyukur kerana punya kehidupan sekarang yang tak pernah terlintas pun masa saya kecik dulu.



**Nyatakan 3 impian yang belum tercapai.
Alamak 3 je ke? Saya punya banyak impian. Tapi ikut tahun lah. So setakat ini...

1) Kalau diizinkan, saya nak 2 pasang anak. 2 pasang sama dengan 4 org lah. 2 laki 2 pempuan.. ahh so suwitttt family. (mudah2an dimakbulkanNya...amin..)

2) Saya nak lengkapkan umah yg masih kosong dgn konsep simple and modern lagi Manhattan..hehe. Dah kaya esok, mestilah bercita2 pindah di umah yg punyai laman yg luas, heh bleh la buat dapur lagi luas. Oh indahnya~


3) Saya dan suami bercita-cita membuka studio dan at the corner ada cafe cuppy saya (haa part ni Incik Ray tatau lg.. :P). Ah comelnya kedai tu!

4) dan seterusnya..mesti la ada byk impian lg mcm saya ckp tadi...menunaikan haji, pi melancong setiap 4 musim yg ada kat negara org..hantar anak belajar tinggi2.. ahh mcm2 lah.. tapi cukup la kot setakat ni, bg 3 tu je dulu sampai tercapai...hehe.


Ok dah, kini Award Blog Cantik & Menarik goes to.....
1) Ummi Izz bleh buat entry baru
2) Cikgu Ida yg sarat
3) Liza Guten Tag
4) Fana the grooo
5) Nida the other groooo


adoi byk lg nk boh tapi tak larat nk list up.. so utk semua la yg baca..haa kan senang! Ya anda SEMUA layak utk award ini! Tahniah!




cantek ke? hihi

4 comments:

atie said...

haha..cptla buka cuppy tu.huhu

..:: WiRdA ::.. said...

haha.. takpe impian tu dok no 3.. kumpoi duit dulu..haha

ZuRin said...

Memang da' bomb entry ni. Paling suka impian nak bukak studio yang ada cafe cuppy tuh...:)

..:: WiRdA ::.. said...

hahaha.. nanti meh la singgah ye. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...