22.12.12

Big Bad Wolf '12

Hai.

Ah ha muncul2 terus nak update psl pameran buku. Hari ini dalam sejarah btoi. Memang..memang sy bukanlah pembaca buku tegar apatah lagi nak pegi pameran buku.. Err so not me! Tapi bila dh masuk era 30an ni mcm suka pulak nak belek2 buku kan. Nak plak dgr diskaun sampai 90% gila kau tak pegi even takde duit sgt pon mesti nak pegi jugak.

Sebenarnye sy nak cari buku psl baking dan pasal cake decoration. Tanya lah staff bertugas, dia bleh plak ingat buku home deco. End up, dia ckp xde. Ciskek. Mmg tak jumpa. Mak kuciwaaa! Tapi demi merawat luka dijiwa sy amik jugak buku2 resepi. Amik itu amik ini x sedar dh sekotak. Haha.

Ha yg si Irfan pulak kepala dok langut je nampak mainan kat tingkat atas. Tapi sy berjaya alih perhatian dgn bw dia cr buku2 dia pulak. Wah excited nye dia pilih buku smpai penuh kotak. Bila ada buku mama x bagi, dia senyap2 masukkan dlm kotak jugak! Ingat kite tak nampak le tew!!

Encik Arjuna pulak kat mana lagi kalo bkn kt area photography n business. Sambil2 tunggu tu sambarrr la satu novel cintan. Actually nak amik byk sbb satu rm8 je beb! Tapi memandangkan sekotak lg dh dipilih dan novel beli tahun lepas pon x habeh baca, maka satu sudeyy! Hahaha

Nah total buku utk 3 anak beranak ni adalah 25 buah pada harga rm240! Perghh.. Kalau yg beli novel saja mesti smpai 30buah! Sapa nak pegi lagi bleh lg serang kul 3pg ke subuh ke sbb dorang buka 24jam sampai 9mlm esok! Serius syokkkk layan harga! Kekkeke tamau beli pon mesti terrrrbeli jugak! Ok bai..


Tgk org pegi rasa nak pegi lagi..





16.11.12

Seperti dulu

Lima tahun lepas, hari jumaat, 16 november 2007. Harini jumaat, 16 november 2012. Ulangtahun ke 5. :)

Happy 5th anniversary to me n hubby!

Happy,
Wirda

**testing mobile blogging.. Hihi**

1.11.12

Potty Train

Hello mommies!

Assalamualaikum..

Dah lama tak update psl anakku Irfan. Sejak tahun lepas, bila pegi mana2 org slalu kluar statement kalau tak psl umur dan ketinggian, mesti ayat yg ni..

"Eh dah besar pakai pampers lagi?? Umur brapa ni?"

"Eii.. tak maluu... dah besar pakai pampers lagiii.."

Sampai saya terfikir umur berapakah untuk budak2 tu tak pakai pampers?? Anak saya baru pakai pampers size XL..kan ade XXL lagi. Dan satu lagi, anak saya tak pakai Pampers lah, dia pakai drypers/Petpet je. Hahaha semua org dah terbiasa sebut pampers dari nak sebut diapers kan kan??kekeke..

Jadi, masa tu terfikir bila kah masa nak amik cuti seminggu utk latih anak laki-laki saya tu supaya tak pakai pampers dah. Hmm skrg baru saya rasa ada hikmah jugak jadi SAHM ni. Saya boleh buat potty train dekat Irfan tanpa perlu minta cuti. Hehe

Saya start bulan September kalau tak silap..(lupa dah mak!) First day, mmg ada yg tercicir sket..tapi sebbaik skali je, kalau tak jenuh mengelap sana sini. Bila malam saya bagi pakai pampers. Before tido, saya berdoa mudah2an, esok dia akan ingat latihan harini.

Keesokan harinya, Alhamdulillah..dia ingat apa yg di ajar semlm. Dia akan ckp "mama, nak ecing (kencing)" atau "mama, nak oilet (toilet)". So saya akan bawa dia ke toilet... bawa lagi...bawa lagi..dan lagi dan lagi...aigoooooo brapa byk nak membuang nehh??

So latihan seterusnya, melatih dia buang seluar sendiri utk masuk toilet. Phew..selamat satu tugasan. Dah pandai. Kemudian nak membuang air besar. Haa, yg ni dulu2, masa dia susah nk teran pon saya penah bagi dia membuang kat toilet bowl terus. So senang je lah part ni. Dah terlatih. ;)

Less than a week, Irfan dah pandai pegi toilet sendiri even nak memerut pon dia pandai duduk kat toilet bowl sendiri..dah sudah baru panggil "mamaaaa...dah!!!" Kalau mama lambat..dengar lah bunyi budak main air dlm toilet..haha.

Skrg ni Irfan masih dalam latihan utk tak pakai pampers time tido. Hmmm yg ni susah sket nak estimate, ade skali lencun katil..huhuu...sakit kepala bgn tgh2 mlm buta, salin baju dan cadar dia..sembur febreez..Urghhh! So most of the time, saya akan bg pakai pampers walaupun dia dah x kencing malam. Tu pun esok pagi dia bangun tdo, cabut seluar, buang pampers, pegi toilet. Haha Clever boy! Cepat dia belajar. Alhamdulillah.

So Irfan, kamu dah lulus potty train pada umur 3 tahun 8 bulan! Tahniah!


Mama suka,

21.10.12

Tingkatkan Metabolisme Badan!

Hey ladies,

How's ur diet today? Harap2 berat anda semua sgt ideal. Sepanjang work-from-home ni, badan saya semakin 'gebu' mcm kek-kek yg saya jual jugak. Mana tak nya kalo dah setiap kali order, ade lebih nk je masuk mulut konon2 nk rasa sedap ke tidak. Akibatnya, berat badan saya skrg dah nak sama mcm saya mengandung 4 bulan! Rasa nak pengsaaaan!!

Maka dengan itu, saya search balik dlm blog sendiri psl MENU metabolisme dan beberapa TIPS yg penah saya share kat sini dulu. Haha biasa lah dh kurus mmg cepat lupa diri lalu makan sesuka hati dan sekarang saya kena mulakan sekali lagi!!

Harini saya share tips baru utk tingkatkan metabolisme badan kita utk sesapa yg senasib dgn saya. Kenapa? Sebab kalo metabolisme tinggi, proses penghadaman pun pantas, lemak pon terbakar dgn cepat, pastu kuruslah anda!


1) Jadi Aktif
Tak perlu nak terang lebih2 kot. Nak aktifkan diri bukan macam aktifkan kad hotlink anda. Kena lah buat erobik, jogging, atau paling malas pon berjalanlah sekeliling kawasan perumahan anda. Setakat ni saya baru rajin sket buat sit-up. Parahnya rasa. T_T

2) Makan sedikit tapi kerap
Macam tips dulu jugak, makan 5-6 kali sehari pon takpe tapi kuantitinya mesti sikit. Ha kaedah makan pulak kunyah la byk kali, nescaya anda akan cepat kenyang.

3) Makan makanan yg kaya protien
Kurangkan karbohidrat dan banyakkan makanan berprotien. Tapi pastikan pilih makanan protien yg rendah lemak mcm daging tanpa lemak, dada ayam, dan mana2 dairy product yg rendah lemak.

4) Makanan berempah/pedas
Rempah mcm cili boleh meningkatkan kadar metabolisme sehingga 50% sebabnye heart rate kita pon turut meningkat kalo tgh pedas. Jadi kalo nak makan kari, pastikan yg takde santan ye. Kira buat lah kari mamak style. ;)

5) Minuman teh hijau
Boleh gantikan minuman pagi anda dgn kesegaran minuman teh hijau sebab teh hijau ada antioksidaa yg bleh tingkatkan metabolisme. Oh ade jugak saya terbaca minum Coffee jugak boleh kuruskan badan.

6) Sejukkan diri
Haa yg ni susah sket, melainkan anda ada bilik iglu kat rumah atau menggunakan altenative pasang air-cond pada suhu 16 degree ke (tu kan paling sejuk aircond rumah?). Sebab kesejukan akan tingkatkan metabolisme sehingga 20%!

7) Sauna
Kalau dah takleh nk sejukkan diri sebab Malaysia takde musim salji, boleh lah buat sauna. Kesannya tetap sama. Tapi utk yg low blood pressure mcm saya takyah lah nk pulun bersauna lama2 sgt, pengsan kang! Haha


Sebenarnya banyak lagi tips2 utk tingkatkan metabolisme ni. Tapi rasanya cukup la 7 tips. Sebabnya yg 7 ni pon bukannya mampu nk buat semua kan?? Nak lagi pi buka link tips yg saya ckp awal2 tadi tu. Saya nak mulakan tips ni mulai esok dan nak tgk hasilnya lg 2 minggu. Minta-minta berhasil. Anda bila lagi?




Mahu ramping mcm dulu,

18.10.12

Resepi Rahsia #29: Sup cendawan berkrim disukai ramai!

Hai cik kiah-cik kiah semua!

Lama kan I tak hapdet blog ni kan kan? Hari2 bz baking, so bila masa terluang, mmg lah nk rehat secukupnya ngadap TV! harapan lah nk buka pc update blog. Nak update thru ipad, takleh nk upload gambar, tak syok lah. Maklum lah ipad keluaran pertama, takde kamera hebat mcm ipad3 utk amik gambar-santek-ala-insta-jeles-gila-mak-nok!

So arini I nk share resepi omputih yg sememangnya di cilok dari perkhidmatan encik gugel. Tapi memandangkan I tak igt link sebenar, maka I bagi je apa yg masih segar diingatan..cewahh.

CREAMY MUSHROOM SOUP

Bahan2:
3 biji Swiss Mushroom (I used swiss brown)
5 biji shitake ( bleh je nk tambah, tp bau dia kuat sket)
2 biji bawang putih cincang
1 cawan stok ayam
1 1/2 cawan krim masakan
1 helai daun bay
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh mixed herb
garam secukup rasa
lada sulah *optional

Cara2:
Tumis bawang putih bersama butter, masukkan cendawan yg telah dipotong dadu. Biarkan sebentar.

Masukkan stok ayam dan daun bay. Rebus selama 10 minit.

Masukkan krim dan kacau seketika. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau jangan bagi berketul.

Masukkan mixed herb dan garam serta lada sulah.

SIAP!

Senang je kan. Takde MSG. Enak dimakan bersama garlic bread. Yummy!



lapar pulak,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...