18.10.12

Resepi Rahsia #29: Sup cendawan berkrim disukai ramai!

Hai cik kiah-cik kiah semua!

Lama kan I tak hapdet blog ni kan kan? Hari2 bz baking, so bila masa terluang, mmg lah nk rehat secukupnya ngadap TV! harapan lah nk buka pc update blog. Nak update thru ipad, takleh nk upload gambar, tak syok lah. Maklum lah ipad keluaran pertama, takde kamera hebat mcm ipad3 utk amik gambar-santek-ala-insta-jeles-gila-mak-nok!

So arini I nk share resepi omputih yg sememangnya di cilok dari perkhidmatan encik gugel. Tapi memandangkan I tak igt link sebenar, maka I bagi je apa yg masih segar diingatan..cewahh.

CREAMY MUSHROOM SOUP

Bahan2:
3 biji Swiss Mushroom (I used swiss brown)
5 biji shitake ( bleh je nk tambah, tp bau dia kuat sket)
2 biji bawang putih cincang
1 cawan stok ayam
1 1/2 cawan krim masakan
1 helai daun bay
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh mixed herb
garam secukup rasa
lada sulah *optional

Cara2:
Tumis bawang putih bersama butter, masukkan cendawan yg telah dipotong dadu. Biarkan sebentar.

Masukkan stok ayam dan daun bay. Rebus selama 10 minit.

Masukkan krim dan kacau seketika. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau jangan bagi berketul.

Masukkan mixed herb dan garam serta lada sulah.

SIAP!

Senang je kan. Takde MSG. Enak dimakan bersama garlic bread. Yummy!



lapar pulak,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...